Tiol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiol dengan kumpulan sulfhidril, ditanda dengan warna biru.

Tiol ialah suatu sebatian organosulfur dengan formula kimia R-SH, di mana R ialah kumpulan alkil ataupun sebarang bentuk kumpulan organik. Tiol secara asasnya sama bentuk dengan alkohol dengan atom oksigen digantikan dengan atom sulfur. Kumpulan berfungsi –SH boleh dipanggil sebagai kumpulan tiol atau sulfhidril.

Tiol juga dipanggil sebagai merkaptan, daripada frasa bahasa Latin, mercurium captāns, "menangkap merkuri" kerana kumpulan tiolat, RS- boleh menghasilkan ikatan yang kuat dengan atom merkuri.[1][2]

Kebanyakan tiol dikatakan memiliki bau yang kuat yang dikatakan serupa dengan bau bawang putih.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Patai, Saul, penyunting (1974). The chemistry of the thiol group. London: Wiley. ISBN 978-0-471-66949-4.
  2. ^ Zeise, William Christopher (1834). "Sur le mercaptan; avec des observations sur d'autres produits resultant de l'action des sulfovinates ainsi que de l'huile de vin, sur des sulfures metalliques" [On mercaptan; with observations on other products resulting from the action of sulfovinates [typically, ethyl hydrogen sulfate] as well as oil of wine [a mixture of diethylsulfate and ethylene polymers] on metal sulfides]. Annales de Chimie et de Physique. 56: 87–97. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-20. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]