Toga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patung Kaisar Tiberius memaparkan toga dari abad ke-1 M

Toga adalah sejenis pakaian yang khusus dipakai dalam kalangan masyarakat Rom Purba. Ia terdiri daripada sebidang kain berbentuk hampir separuh bulatan, biasanya ditenun dari bulu bebiri putih,[1] yang berjarak antara 12 dan 20 kaki (sekitar 3.7 dan 6.1 meter) dan disarung melepasi bahu dan membaluti sekeliling badan dialaskan tunik.

Toga dikatakan secara bersejarahnya dipakaikan Romulus, pengasas Rom; ia juga dianggap telah dipakai oleh kedua-dua jantina, dan oleh warganegara-tentera. Apabila wanita Rom secara beransur-ansur menerima stola, toga itu diakui sebagai pakaian rasmi untuk lelaki warganegara Rom;[2] wanita yang terlibat dalam kerja-kerja pelacuran mungkin dapat pengecualian utama kepada peraturan ini.[3] Pakaian ini menjadi dibanggakan dalam kalangan masyarakat ini sehingga ada penulis yang menggelarkan diri mereka sebagai gens togata ("bangsa bertoga").

Dengan berlanjutnya zaman-zaman seterusnya, kain toga lama-kelamaan dikembangkan semakin besar dan rumit penggayaan serta bertambah mahal sehingga menjadi tidak sesuai untuk pakaian harian melainkan dalam penggunaan rasmi dan upacara; ia secara beransur-ansur hilang daripada penggunaan, mula-mula di kalangan warga kelas bawah, dan kemudian kelas menengah sehingga akhirnya diganti oleh pallium dan paenula yang lebih praktikal pada abad ke-5.

Rupa[sunting | sunting sumber]

Kain toga dipakaikan secara dibalutkan mengelilingi badan tanpa menggunakan sebarang kancing; balutan-balutan ini memberat sebelah tangan kiri. Lebihan kain pada lapisan dalam boleh dikeluarkan membentuk suatu saku disebut sebagai umbo ("gumpalan"). Ada catatan dari penulis seperti Aulus Gelius yang menyatakan masyarakat Rom lebih awal memakai toga tanpa sebarang pakaian dalam.[4]

Sesetengah kain toga diwarnakan dengan suatu pewarna ungu yang diperolehi daripada beberapa jenis siput laut termasuk Bolinus brandaris, Hexaplex trunculus dan Stramonita haemastoma,[5][6] kos mahal yang diperlukan untuk membuat pewarna ini menjadikan kain berwarna ini sebagai suatu simbol status.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Jenis toga yang dipakai mencerminkan pangkat warganegara dalam hierarki sivil. Pelbagai undang-undang dan adat mengehadkan penggunaannya kepada warganegara sahaja, yang dikehendaki memakainya untuk perayaan-perayaan awam dan tugas-tugas sivik.

  • Toga virilis ("toga kejantanan"), toga alba ("toga putih") atau toga Pura: dipakai secara rasmi oleh warga kebanyakan dan Senat-Senat, ia diberi perlambangan kebebasan.[7]
  • Toga praetexta: toga putih dengan dua jalur ungu, dipakai imperium dan anak-anak warga sebelum baligh (jalur-jalur ini menandakan perlindungan kerajaan ke atas mereka)[8][9] Anak lelaki yang baligh mula beralih memakai toga virilis maksudnya sudah dianggap bersedia menjalani tanggungjawab sebagai seorang dewasa termasuk berkeluarga.[10][11]
  • Toga candida: toga diputihkan dengan kapur, dipakai para pegawai pemerintahan semasa berkhidmat.[12]
  • Toga picta: toga diwarnakan ungu seluruh bahagian dengan sulaman benang emas, dipakai para konsul dan Maharaja.[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ William Smith, LLD; William Wayte; G. E. Marindin, penyunting (1890). "Toga". Dictionary of Greek and Roman Antiquities. London: John Murray.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ Vout, Caroline, "The Myth of the Toga: Understanding the History of Roman Dress", Greece & Rome, 43, No. 2 (Oct., 1996), p. 215. Published by Cambridge University Press on behalf of The Classical Association. DOI: https://doi.org/10.1093/gr/43.2.204. (Vout cites Servius, In Aenidem, 1.281 and Nonius, 14.867L for the former wearing of togas by women other than prostitutes and adulteresses).
  3. ^ Catharine Edwards, "Unspeakable Professions: Public Performance and Prostitution in Ancient Rome," in Roman Sexualities (Princeton University Press, 1997), pp. 81-82
  4. ^ Vout 1996, halaman 214‒215, citing Aulus Gellius, 6.123–4.
  5. ^ Ziderman, I.I. (1986). "Purple dye made from shellfish in antiquity". Review of Progress in Coloration. 16: 46–52. doi:10.1111/j.1478-4408.1986.tb03743.x.
  6. ^ Radwin, G. E.; D'Attilio, A. (1986). Murex shells of the world. An illustrated guide to the Muricidae. Stanford, CA: Stanford University Press. m/s. 93. 284 pp incl 192 figs. & 32 pls.
  7. ^ Edmondson 2008, halaman 26; Dolansky 2008, halaman 55–60.
  8. ^ Edmondson 2008, halaman 26. Not all modern scholarship agrees that girls wore the toga praetexta; see McGinn 1998, halaman 160, note 163).
  9. ^ Sebesta 2001, halaman 47.
  10. ^ On coming of age, he also gave his protective bulla into the care of the family Lares.
  11. ^ Bradley 2011, halaman 189, 194‒195; Dolansky 2008, halaman 53‒54; Sebesta 2001, halaman 47.
  12. ^ Edmondson 2008, halaman 26–27 (including footnote 24); citing Isidore of Seville, Etymologiae, XIX.24,6 and Polybius, Historiae, X.4,8.
  13. ^ Edmondson 2008, halaman 26, 29; Koortbojian 2008, halaman 80–83; Dewar 2008, halaman 225–227.
Sumber utama
  • Dewar, Michael (2008). "11 Spinning the Trabea: Consular Robes and Propaganda in the Panegyrics of Claudian". Dalam Edmondson, Johnathan; Keith, Alison (penyunting). Roman Dress and the Fabrics of Roman Culture. Toronto: University of Toronto Press. m/s. 217‒237.
  • Dolansky, Fanny (2008). "2 Togam virile sumere: Coming of Age in the Roman World". Dalam Edmondson, Johnathan; Keith, Alison (penyunting). Roman Dress and the Fabrics of Roman Culture. Toronto: University of Toronto Press. m/s. 47–70.
  • Edmondson, Jonathan (2008). "1 Public Dress and Social Control in Late Republican and Early Imperial Rome". Dalam Edmondson, Johnathan; Keith, Alison (penyunting). Roman Dress and the Fabrics of Roman Culture. Toronto: University of Toronto Press. m/s. 21–46.
  • Koortbojian, Michael (2008). "3 The Double Identity of Roman Portrait Statues: Costumes and Their Symbolism at Rome". Dalam Edmondson, Johnathan; Keith, Alison (penyunting). Roman Dress and the Fabrics of Roman Culture. Toronto: University of Toronto Press. m/s. 71‒93.
  • McGinn, Thomas A. J. (1998). Prostitution, Sexuality, and the Law in Ancient Rome. New York: Oxford University Press.
  • Sebesta, Judith Lynn (2001). "2 Symbolism in the Costume of the Roman Woman". Dalam Sebesta, Judith Lynn; Bonfante, Larissa (penyunting). The World of Roman Costume. Madison, WI: The University of Wisconsin Press. m/s. 46–53.
  • Vout, Caroline (1996). "The Myth of the Toga: Understanding the History of Roman Dress". Greece & Rome. 43 (2): 204–220. doi:10.1093/gr/43.2.204.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]