Tokek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tokek
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
G. gecko
Nama binomial
Gekko gecko
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Lacerta gecko Linnaeus, 1758

Tokek (Jawi: توكيق ; nama saintifik: Gekko gecko) adalah sejenis cicak dalam keluarga Gekkonidae[3][4] yang terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat. Ia hidup pada pokok-pokok tinggi dan tebing dalam hutan hujan tropika.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama tokek datang daripada mendengarkan bunyi dihasilkan oleh haiwan jantan spesies ini.[5][6]:120[7]:253

Habitat[sunting | sunting sumber]

Cicak tokek mudah membiasakan diri dengan suasana persekitaran kawasan perkampungan, dinding, siling rumah khususnya rumah papan kampung, serta ia aktif pada waktu malam untuk menangkap serangga sebagai makanannya. Namun berikutan kebanyakan kawasan hutan sudah diterokai untuk dijadikan kawasan perbandaran, maka cicak tokek semakin terancam dan sukar untuk mendapat habitatnya yang semulajadi menyebabkan populasi cicak ini semakin berkurangan. Pada akhir tahun 1980 hingga akhir tahun 1990, tokek mula diperkenalkan di Hawaii, Florida, Texas, Belize, dan sebahagian kepulauan Caribbean, kini ia merupakan spesies terancam.

Dalam bahasa Inggeris ia lebih dikenali sebagai 'Tokay Gecko, juga dikenali sebagai Tuko atau Toko di Filipina, Tokek di Malaysia, Indonesia, dan Jawa. Orang Vietnam pula memanggilnya tắc kè.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Cicak ini dapat dikenalpasti dari alunan vokalnya. Kebanyakan orang berasa takut pada cicak ini kerana saiznya yang agak besar, warna kulitnya yang agak pelik dan unik manakala jarinya pula dianggap boleh menyirat kulit manusia yang terkena pada cakarannya. Di Filipina, kebanyakan orang menganggapnya sebagai haiwan yang dihormati kerana cicak ini memakan serangga yang berbahaya seperti kala jengking dan lipan.

Panggilan[sunting | sunting sumber]

Tokek terkenal dengan nada bunyinya yang kuat, seakan-akan bunyi burung gagak, tetapi nadanya lebih kepada berbentuk seperti menyebut perkataan token, gekk-gekk atau Poo-Kay, dimana secara saintifiknya dalam bidang Onomatopoiea diambil dari perkataan bahasa Melayu, bahasa Sunda, bahasa Thai, Tagalog dan bahasa Jawa. Cicak ini adalah dari famili Gekkonidae dan dari sinilah istilah generik gecko berasal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lwin, K.; Neang, T.; Phimmachak, S.; Stuart, B.L.; Thaksintham, W.; Wogan, G.; Danaisawat, P.; Iskandar, D.; Yang, J.; Cai, B. (2019). "Gekko gecko". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T195309A2378260. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-1.RLTS.T195309A2378260.en. Dicapai pada 19 November 2022.
  2. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 8 Januari 2023.
  3. ^ Uetz, Peter, penyunting (2022) [1995]. "Gekko gekko Linneaus 1758". The Reptile Database. Muzium Zoologi Hamburg. Dicapai pada 8 Januari 2023.
  4. ^ Corl, Jaime (1999). "Gekko gecko". Animal Diversity Web. Muzium Zoologi Universiti Michigan. Dicapai pada 8 Januari 2023.
  5. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "to'kek". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 597 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  6. ^ Siti Zaleha Mat Diah; Rosli Hashim; Yong Hoi Sen; Daicus Belabut; Syuhadah Dzarawi N.; Lim Boo Liat (2010). "Preliminary Survey of Lizards of Pantai Melawi, Bachok, Kelantan, Malaysia". Malaysian Journal of Science (dalam bahasa Inggeris). 29 (isu khas): 117–120. doi:10.22452/mjs.vol29nosp.13. ISSN 2600-8688. Dicapai pada 8 Januari 2023.
  7. ^ Marcellini, Dale (Februari 1977). "Acoustic and Visual Display Behavior of Gekkonid Lizards". American Zoologist. 17 (1): 251–260. doi:10.1093/icb/17.1.251.