Transformers The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Transformers The Movie
PengarahNelson Shin
PenulisRon Friedman
Dihasilkan olehJoe Bacal
DibintangiJudd Nelson
Orson Welles
Leonard Nimoy
Robert Stack
Diedarkan olehSunbow Productions
Marvel Productions
BahasaBahasa Inggeris

Transformers The Movie ialah siri filem animasi yang diadaptasikan dari siri kartun animasi Transformers yang mengisahkan robot Autobots yang berjuang menentang musuh yang durjana iaitu Decepticons. Filem ini berkisar tentang sebuah raksasa planet iaitu Unicron hendak menghancurkan sebuah planet yang mendiami robot itu. Unicron juga merupakan sekutu kuat Decepticons yang ditugaskan untuk mememusnahkan sebuah Matrix Kepimpinan yang dipegang oleh seorang raja Autobots. Filem tersebut telah diterbitkan oleh Marvel Productions pada tahun 1986.

Rampasan kapal angkasa Autobot[sunting | sunting sumber]

Cerita ini bermula apabila seorang raja dan komander Autobot iaitu Optimus Prime telah menjalankan tugas di pangkalan bulan 1. Baginda telah mengarahkan pegawai keselamatannya Ironhide untuk membawa kiub kuasanya dari Bandaraya Autobots bumi ke pangkalan bulan 1. Tetapi pemimpin puak Decepticon iaitu Megatron menyangka kapal angkasa milik Autobots yang membawa beberapa orang Autobots ke Bandaraya Autobots di bumi itu ialah kiub kuasa. Akhirnya kapal angkasa tersebut telah dirampas oleh Megatron dan pengikut-pengikutnya lalu menuju ke Bandaraya Autobots di bumi.

Pertempuran di Bandaraya Autobots[sunting | sunting sumber]

Di bumi ada seorang robot pemuda Autobot bernama Hot Rod. Hot Rod bersama kawan kesayangan bumi bernama Daniel Wiktwicky sedang pergi memancing ikan tidak jauh dari Bandaraya Autobot. Daniel berasa bosan apabila bapanya Spike tiada kerana bapanya sedang bertugas bersama Bumble Bee di pangkalan bulan 2. Apabila kapal angkasa Autobot sampai ke bumi, Hot Rod bersama Daniel pergi menghampiri kapal angkasa berkenaan. Tetapi ada sesuatu yang tak kena kerana kapal angkasa ini bukannya Autobots malah Decepticons! Sepantas kilat, Hot Rod bertindak menembak kapal angkasa itu lalu terhempas. Decepticon mula menyerang.... Seorang robot tua Autobot bernama Kup mengarahkan Hot Rod balik ke bandaraya kerana musuhnya semakin dekat dan mahu menyerang bandaraya. Di Bandaraya Autobots. Perceptor seorang pakar penyelidik Autobot melihat lebih dekat musuh berkenaaan lalu memanggil seorang adinda Optimus Prime yang juga komander bandaraya Ultra Magnus bersama Springer, Blurr, dan wanita robot bernama Arcee. Ultra Magnus mengarahkan Springer, Blurr, dan Arcee mengubah bandaraya tersebut menjadi kubu dan kota pertahanan musuh. Manakala Perceptor diarahkan menghubungi kekanda Optimus Prime di pangkalan bulan 1. Starscream wizurai udara Decepticon cuba untuk memasuki kubu berkenaan namun gagal. Seluruh bandaraya telah bertukar menjadi kubu pertahanan musuh. Kup dan Hot Rod telah selamat sampai ke bandaraya ini. Di menara komunikasi, Perceptor mengarahkan Blaster menghubungi Optimus Prime untuk mendapatkan bantuan. Namuun begitu usahanya tidak berjaya kerana pemancarnya telah dirosakan oleh pengikut Soundwave pembantu kanan Megatron. Pertempuran yang berlangsung selama dua hari dua malam telah menyaksikan Decepticon dibawah pimpinan Megatron berjaya menembusi pintu masuk kubu itu. Tidak lama kemudian Optimus Prime telah sampai ke bumi dan baginda mengarahkan Dinobots menyerang Devastator. Optimus Prime bertitah "Megatron mesti dihalang! Tiada pada syak wasangka!". Sepantas kilat baginda telah bertukar menjadi sebuah trak lalu menuju ke tempat pengikut Decepticon. Hasrat Megatron untuk menawan kota tersebut telah dihalang oleh Optimus Prime lalu bertitah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!" Maka kedua-duanya bertarung sesama sendiri. Hot Rod yang menyaksikan pertarungannya itu cuba menolongnya. Setelah bertarung. Megatron tumbang lalu menyerah kalah dan Megatron bersumpah tidak akan melakukan kezalimannya lagi. Namun begitu Hot Rod cuba untuk menghalang Megatron lalu Megatron menembak Optimus Prime sampai cedera. Megatron segera mengacukan pistolnya ke baginda. Dengan tidak sabar lagi Optimus Prime menghentak kuat Megatron lalu tumbang ke tanah. Hot Rod pula mengampunkan dosa pada baginda. Tidak lama kemudian pengikut-pengikut Decepticon mula berundur dari bumi.

Berakhirnya riwayat Optimus Prime[sunting | sunting sumber]

Optimus Prime yang cedera parah telah dibawa ke sebuah bilik perubatan. Namun keadaan kesihatan baginda bertambah berat dan tiada harapan lagi untuk menyembuhkannya. Sebelum mangkat Optimus Prime mewasiatkan agar baginda menyerahkan sebuah Matrix ini kepada penggantinya untuk meneruskan takhta kerajaan Autobot. Baginda sempat menemui adinda Ultra Magnus dan memberikan wasiat terakhirnya. Wasiatnya berbunyi - "pada suatu hari, Autobot akan bangkit dari jawatannya, dan gunakan kuasa Matrix ini baik-baik dan akan terang dalam sinar cahaya kegelapan." Selepas itu Optimus Prime terus membuka dadanya yang di dalamnya ada sebuah Matrix Kepimpinan lalu menyerahkan Matrix ini kepada adindanya Ultra Magnus lalu disertai dengan kata-kata terakhir "Sehingga hari ini kita bersama jua....". Tidak lama kemudian mata Optimus Prime akan terpadam perlahan-lahan dan menutup riwayatnya yang terakhir di sisi anggota Autobot. Mayat baginda telah bertukar menjadi abu selepas kemangkatannya.

Decepticons dan Unicron[sunting | sunting sumber]

Unicron menyerang kedua-dua pangkalan bulan Autobots[sunting | sunting sumber]

Pengunduran dari bumi[sunting | sunting sumber]

Hot Rod dan Kup di planet ganjil[sunting | sunting sumber]

Autobot di planet usang[sunting | sunting sumber]

Lari dari planet ganjil[sunting | sunting sumber]

Autobots dan Junkions[sunting | sunting sumber]

Unicron bertukar menjadi robot raksasa[sunting | sunting sumber]

Matrix di tangan Galvatron[sunting | sunting sumber]

Ayah Daniel diselamatkan[sunting | sunting sumber]

Rodimus Prime bertakhta[sunting | sunting sumber]

Sesudah tamat riwayat Optimus Prime.Rodimus Prime(atau sebenarnya Hot Rod)mentakhta Autobots pada generasi ke 3.Dengan menjaga Matrix yang diamanahkan oleh Optimus Prime.Kini Rodimus Prime bertempur dengan ketua Decepticon yang baru,Galvatron.

Tamatnya perang dan kemenangan buat Autobots[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]