Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman
Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan
Tempoh7 Julai 1961 - 20 Ogos 2008
Diikuti olehTunku Nadzaruddin
KeputeraanTunku Abdullah ibni Tuanku Abdul Rahman
(1925-05-02)2 Mei 1925
Kemangkatan20 Ogos 2008(2008-08-20) (umur 83)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor
Pemakaman20 Ogos 2008
Makam Diraja Seri Menanti
Tan Sri

Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman

P.S.M., P.P.M.
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Rawang
Dalam jawatan
1964–1974
Didahului olehLiu Yoong Peng
Digantikan olehkawasan dibubarkan
Kumpulan parlimenParti Perikatan

Tan Sri Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (2 Mei 1925 - 20 Ogos 2008) ialah seorang ahli politik Malaysia dan kerabat diraja Negeri Sembilan. Beliau ialah adinda kepada Tuanku Ja’afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10. Baginda juga merupakan putera kedua daripada perkahwinan antara Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong pertama bersama Che Maimunah dan diputerakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baginda turut dikenali dengan nama gelaran "Charlie".

Beliau adalah pengasas perniagaan Kumpulan Melewar pada 1963.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdullah mengahwini Tunku Zaharah Tunku Zakaria pada tahun 1946, Che Engku Ho Yuzin pada tahun 1959, Che Engku Khatijah pada tahun 1966, Che Engku Chesterina pada tahun 1973, Che Engku Maimunah pada tahun 1991 dan Che Engku Rozeeta pada tahun 1997. Perkahwinan baginda dikatakan perkahwinan muhibbah kerana mengahwini dua orang Melayu, seorang Cina, seorang Kaukasia, seorang Jepun dan seorang Eurasia. Ho Yuzin merupakan orang Cina manakala nama asal Che Khatijah ialah Kathryn Heather Barbara Martin, Chesterina Sim Zecha pula orang Eurasia dan nama Jepun Maimunah ialah Yuko Shima. Baginda mempunyai sembilan orang anak.

Tunku Abdullah menamatkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Glasgow dan mempunyai diploma dalam agrikultur dari Universiti Miyazaki di Jepun. Baginda pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 10 tahun

Politik dan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1964 di Parlimen Rawang dari 1964 hingga 1974. Beliau berusaha membawa balik Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke dalam UMNO melalui UMNO Rawang pimpinannya.Jika tidak kerana Tunku Abdullah, tidak mungkin Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Pada 1969, Dr Mahathir Mohamad dipecat dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman kerana mengedarkan surat-surat yang memburuk-burukkan Tunku.

Selain menjadi pengerusi Kumpulan Perindustrian Melewar, baginda juga mempunyai jawatan yang sama dalam MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.

Isu dan tengkarah[sunting | sunting sumber]

Melawat Israel[sunting | sunting sumber]

Selaku ahli perniagaan terkenal dan bertaraf antarabangsa, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah melawat negara Israel pada bulan Jun 1994. Berita lawatan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak kerana pasport Malaysia melarang rakyatnya melawat Israel. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdullah telah mangkat pada 20 Ogos 2008 di sebuah klinik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Baginda dikatakan baru sampai di KLIA dari London dan mengalami sesak nafas, lalu dikejarkan ke klinik tempat baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.

Jenazah Tunku Abdullah tiba di bandar diraja Seri Menanti pada 4.45 petang dari kediamannya di Kuala Lumpur, kemudian disembahyangkan di Istana Besar Seri Menanti .Jenazah disemadikan bersebelahan makam kekandanya, Tuanku Munawir di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah pada pukul 6.45 petang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]