Turin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Torino
Panorama kota dari Gunung Cappuccini
Panorama kota dari Gunung Cappuccini
Bendera Torinocode: it is deprecated
Jata Torinocode: it is deprecated
NegaraItali
DaerahPiedmont
Ditubuhkan59 SM
Pentadbiran
 • Datuk BandarStefano Lo Russo
Keluasan
 • Bandar Raya130,01 km2 (5,020 batu persegi)
Aras
+239 m (787 ft)
Penduduk
 (2023)[1]
 • Kepadatan6,514/km2 (16,870/batu persegi)
 • Bandar
846,926
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
10100
Kod kawasan011
Santo penaungSt. John Baptis
Laman sesawangwww.comune.torino.it

Turin (Itali: Torino; Bahasa Piedmont: Turin disebut T[y]r-ìn) merupakan sebuah bandar perindustrian, perniagaan serta kebudayaan utama di utara Itali. Ibu negeri daerah Piedmont ini terletak sebahagian besarnya di tebing barat Sungai Po. Jumlah penduduk bandar raya Turin ialah 908,000 orang mengikut banci 2004; atau 1.7 juta jika termasuk kawasan metropolitan. Provinsi Turin merupakan salah satu provinsi terbesar di Itali, dengan keluasan 6,830 km², dan juga antara yang terbanyak penduduk, dengan jumlah 2,236,941 orang mengikut banci 2004.

Turin terkenal dalam kalangan penziarah Kristian sebagai tempat terletaknya kain kafan yang dikatakan terguna untuk membalut mayat Yesus selepas tokoh tersebut disalib. Selain itu juga, ia menempatkan kelab bola sepak Juventus F.C., ibu pejabat pengeluar kereta Fiat dan sebagai tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dilangsungkan pada tahun 2006. Turin juga merupakan ibu negara pertama Itali.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ISTAT. "Monthly demographic balance January-November 2023". Dicapai pada 2023-04-12.