Video atas permintaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Video atas permintaan (Video on demand, VOD) atau Audio dan video atas permintaan (Audio and video on demand, AVOD) merupakan sistem yang membolehkan pengguna untuk memilih dan menonton/mendengar bahan video atau audio atas permintaan sendiri. Teknologi IPTV sering digunakan untuk membawakan video atas permintaan kepada televisyen dan komputer peribadi.[1] Catch up TV merupakan sejenis kaedah video atas permintaan yang mana siaran televisyen yang berlalu boleh dipilih dan ditonton dalam jangka masa tertentu.

Sistem VOD televisyen menstrimkan bahan melalui kotak atas set, komputer atau seumpamanya supaya boleh ditonton secara langsung, ataupun memuatturunkan bahan berkenaan ke dalam alat seperti komputer, perakam video digital (atau perakam video peribadi) atau pemain media mudah alih untuk ditonton pada bila-bila masa. Kebanyakan perkhidmatan televisyen berasaskan kabel dan telekom menawarkan penstriman VOD, baik yang berbayar mahupun percuma, yang mana pengguna membeli atau memilih filem mahupun rancangan televisyen lalu pilihan tersebut serta-merta mula berputar dalam set TV, ataupun memuat turun ke dalam DVR yang disewa dari pembekal atau dimuat turun ke dalam PC untuk ditonton pada kemudian hari. Televisyen internet yang menggunakan Internet semakin diminati ramai sebagai satu bentuk VOD.

Perkhidmatan AVOD turut ditawarkan dalam kenderaan pengangkutan awam jarak jauh oleh syarikat pengendali, baik bas, keretapi mahupun kapal terbang, yang mana penumpang boleh mendengar muzik atau menonton video sepanjang perjalanan.

Pembekal VOD di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Broadband Users Control What They Watch and When". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-04. Dicapai pada 2013-06-16.