Walter Warlimont

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Walter Warlimont
Walter Warlimont, ketika berpangkat Kolonel, pada tahun 1939.
Kelahiran3 October 1894
Osnabrück, Jerman
Meninggal dunia9 October 1976 (aged 82)
Kreuth, Jerman
KesetiaanEmpayar Jerman Empayar Jerman (hingga 1918)
Jerman Republik Weimar (hingga 1933)
Jerman Nazi Jerman Nazi
PerkhidmatanWehrmacht
Tahun perkhidmatan1914–1945
PangkatGeneral der Artillerie
UnitTimbalan Ketua Staf Operasi (WFS)
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II

Walter Warlimont (3 Oktober 1894 – 9 Oktober 1976) ialah seorang Jeneral kanan tentera Jerman yang dikenali dengan peranannya sebagai Timbalan Ketua Staf Operasi dalam Oberkommando der Wehrmacht (OKW), iaitu Markas Tertinggi Angkatan Tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, bertugas di bawah Kolonel Jeneral Alfred Jodl.

Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Warlimont telah dilahirkan di Osnabrück, Jerman. Pada Jun 1914, sejurus sebelum bermulanya Perang Dunia I, beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Ke-10 Artileri Prusia yang berpengkalan di Alsace. Sewaktu peperangan, beliau bertugas sebagai pegawai artileri dan komander bateri di Perancis dan kemudian di Itali. Pada penghujung tahun 1918, beliau bertugas di dalam Kor Raifel Jäger Freikorps Jeneral Ludwig Maercker.

Zaman antara perang[sunting | sunting sumber]

Di zaman antara Perang Dunia, Warlimont berkhidmat di pelbagai jawatan tentera. Pada tahun 1922, beliau bertugas didalam Rejimen Ke-6 Artileri dan pada tahun 1926, selaku Kapten, beliau adalah asisten kedua kepada Ketua Staf Am Tentera Darat. Pada Mei 1929, Warlimont telah dihantar bertugas ke Tentera Darat A.S. selama setahun bagi mempelajari teori mobilisasi industri Amerika sewaktu peperangan. Ini membawa kepada penugasannya sebagai Mejar di staf Cawangan Mobilisasi Industri dalam Kementerian Pertahanan Jerman antara tahun 1930 dan 1933. Beliau menjadi Ketua Cawangan tersebut pada tahun 1935.

Antara bulan Ogos dan November 1936, selepas meletusnya Perang Saudara Sepanyol, Warlimont – sekarang dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel – berkhidmat sebagai Wakil Penuh Delegasi (OKH) Wehrmacht Menteri Perang Reich kepada penentang kerajaan Sepanyol Jeneral Francisco Franco di Sepanyol. Menteri Perang Reich Werner von Blomberg mengarahkan Warlimont untuk menyelaras bantuan Jerman bagi menyokong peperangan Franco menentang tentera kerajaan Sepanyol. Sebelum terbang ke Sepanyol untuk bertemu dengan Franco, Warlimont menemui beberapa orang pegawai risikan Itali bagi membincangkan Perang Saudara Sepanyol.

Leftenan Kolonel Warlimont menjadi terkenal dan semakin meningkat sebagai seorang pegawai staf apabila, pada tahun 1937, beliau menulis Memorandum Warlimont yang menyeru penyusunan semula angkatan tentera Jerman dibawah satu unit staf dan seorang pemerintah tertinggi. Rancangan itu adalah untuk menghadkan kuasa kasta pegawai tinggi dan menyokong "Führer" Jerman Nazi Adolf Hitler. Berdasarkan memorandum ini, Hitler membangunkan Oberkommando der Wehrmacht (Markas Besar Angkatan Tentera), dengan Hitler sebagai Pemerintah Tertinggi. Warlimont telah diberi ganjaran dengan jawatan sebagai timbalan kepada Jeneral Alfred Jodl pada tahun 1939.

Pada tahun 1937, beliau bertugas sebagai komander Batalion Ke-2, Rejimen Ke-34 Artileri, di Trier. Pada tahun 1938 beliau dinaikkan pangkat ke Kolonel dan menjadi komander Rejimen Ke-26 Artileri.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Pada akhir tahun 1938, Warlimont menjadi Pegawai Kanan Staf Operasi kepada Jeneral Wilhelm Keitel. Ini adalah kedudukan yang didambakan, dan di antara September 1939 dan September 1944 beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Staf Operasi (Wehrmachtführungsstab: WFSt: Staf Operasi Angkatan Tentera). Jeneral Jodl adalah pegawai atasannya, yang berkhidmat sebagai Ketua Staf Operasi, bertanggungjawab untuk semua perancangan strategik, eksekutif dan operasi perang.

Pada awal tahun 1939, semasa berkhidmat di staf perancangan operasi ketenteraan ini, beliau telah membantu membangunkan beberapa rancangan pencerobohan tentera Jerman keatas Poland. Pada 1 September 1939, angkatan tentera Jerman menyerang Poland, dengan itu memulakan Perang Dunia II.

Tahun 1940 menyaksikan kenaikan pangkatnya ke Generalmajor dan beliau telah membantu dalam membangunkan rancangan serangan Perancis. Pada tahun 1941, beliau terus membantu membangunkan operasi pencerobohan keatas Rusia. Ini memberikan beliau kenaikkan pangkat ke Generalleutnant pada tahun 1942.

Kenaikkan mendadak pangkat hampir terhenti pada 3 November 1942 apabila beliau telah dipecat daripada tugas selepas seorang pegawai bawahannya gagal memproses mesej dengan segera dari Fil Marsyal Erwin Rommel. Bagaimanapun, lima hari kemudian beliau telah dipanggil semula bertugas untuk melawat Kerajaan Vichy di Perancis bagi menyelaraskan pertahanan wilayah kolonial mereka daripada penjajahan yang mungkin berlaku dari pihak Bersekutu.

Pada bulan Februari 1943, Warlimont mengembara ke Tunisia untuk berbincang dengan Rommel samada atau tidak askar-askar Jerman harus meninggalkan Afrika Utara.

Pada awal tahun 1944, Warlimont telah dinaikkan pangkat ke General der Artillerie. Sebagai Timbalan Ketua Staf Operasi Angkatan Tentera, beliau terus memberikan taklimat hampir setiap hari kepada Hitler berkenaan status operasi tentera Jerman.

Pada D-Day, sewaktu pihak Bersekutu menyerang Normandy, Perancis, Warlimont menelefon Jeneral Jodl bagi meminta kereta kebal Jerman di Normandy dikerahkan untuk menyerang penceroboh Bersekutu. Jodl menjawab tidak mahu membuat keputusan tersebut; mereka perlu menunggu sehingga Hitler bangun dari tidur. Apabila Hitler bangun dan membenarkan pengerahan kereta-kereta kebal untuk menyerang balas, namun ia sudah terlambat untuk melemahkan serangan Bersekutu yang semakin berjaya. Pada hari berikutnya, Hitler menghantar Warlimont bagi memeriksa pertahanan Jerman di Itali.

Pada 20 Julai 1944, Warlimont telah tercedera dalam cubaan membunuh Hitler di dewan taklimat perang di Rastenburg. Beliau mengalami sakit gegaran kepala. Kemudian pada hari itu juga beliau menelefon Fil Marsyal Gunther von Kluge dan meyakinkannya bahawa Hitler masih hidup; ini mendorong von Kluge untuk tidak meneruskan rampasan kuasa anti-Hitler. Walaupun Warlimont cedera bersama Hitler, namun, beliau telah dilihat sebagai salah seorang yang mungkin terlibat dalam konspirasi anti-Hitler. Walaupun begitu, beliau lambat menerima Lencana Cedera 20 Julai khas, yang telah dianugerahkan hanya kepada mereka yang cedera atau terbunuh dalam letupan 20 Julai itu.

Pada 22 Julai, Warlimont pergi ke Perancis untuk bertemu dengan Fil Marsyal Rommel (yang telah tercedera seminggu lebih awal dari serangan pesawat Bersekutu), dan pembantu tentera laut Rommel Laksamana Madya Friedrich Ruge, untuk membincangkan keadaan medan perang yang semakin merosot di Normandy .

Walaupun Hitler (di Wolfsschanze) mengarahkan Warlimont pergi ke Paris pada 1 Ogos untuk mengkaji keadaan tentera Jerman di sana dengan Fil Marsyal von Kluge, Hitler fikir Warlimont mungkin telah terlibat dalam konspirasi untuk membunuhnya (satu tindakan yang Warlimont nafikan). Pada 2 Ogos, Warlimont menemui Jeneral Gunther Blumentritt di luar Paris dan menasihati beliau bahawa Hitler mahu tentera Jerman mendapatkan semula inisiatif serangan terhadap pihak Bersekutu melalui Operasi Lüttich/Liege. Kemudian, Warlimont menggesa Jeneral Heinrich Eberbach untuk meneruskan serangannya dalam kawasan kepungan Falaise. Walaupun semua jeneral Jerman memaklumkan Warlimont yang mereka percaya serangan itu akan gagal, beliau mengirim kawat kepada Hitler bahawa para jeneral "yakin menang".

Bos Warlimont, Jeneral Jodl, juga mungkin mempercayai ketidakboleh percayaan Warlimont ini. Tetapi Warlimont tidak terlibat dengan gerakan anti-Hitler. Warlimont masih menjalankan arahan Hitler, tetapi beliau menjadi kecewa dengan Hitler dan menyedari bahawa Jerman akan dikalahkan.

Walaupun keraguan tentang kebolehpercayaan Warlimont ini, semasa September 1944 Jeneral Jodl dianggap membuat Warlimont Ketua Turus beliau. Walau bagaimanapun, atas permintaan Warlimont ini, kerana rasa pening sehingga menyebabkan dari 20 Julai pengeboman pembunuhan terhadap Hitler, beliau ditukarkan dan bersara kepada Führerreserve (Pegawai Simpanan), dan tidak lagi bekerja semasa perang. Sepanjang perang, Warlimont dan bosnya, Jeneral Jodl, mempunyai hubungan kerja yang sangat tegang.

Jenayah perang[sunting | sunting sumber]

Warlimont di Perbicaraan Nuremberg, 1948.

Dengan kekalahan Jerman pada Mei 1945, Warlimont telah ditahan sebagai tawanan perang.

Pada bulan Oktober 1948, Warlimont telah dibicarakan sebagai penjenayah perang di hadapan tribunal tentera Amerika Syarikat dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi kerana beliau menyampaikan arahan Hitler supaya komando tentera Bersekutu perlu dihapuskan dan bukan ditahan sebagai tawanan perang, yang dipanggil sebagai Perintah Komando. Walaupun beliau berhujah bahawa beliau cuba untuk melemahkan arahan Hitler, beliau telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara seumur hidup. Walau bagaimanapun, pada tahun 1951 hukumannya dikurangkan kepada 18 tahun. Pada tahun 1957 terdapat pengampunan untuk banduan tertentu, dan beliau akhirnya dibebaskan daripada Penjara Landsberg. Selepas perang beliau terlibat dalam pelbagai penulisan kajian sejarah perang.

Pada tahun 1962, Warlimont menulis sebuah buku bertajuk Di dalam Markas Hitler 1939-1945.

Dalam penilaian terhadap keupayaan tentera Warlimont, Fil Marsyal Jerman Erich von Manstein menulis:

Keitel, Jodl dan Warlimont tidak pernah berada dalam peperangan....Kekurangan pengalaman pertempuran lebih cenderung untuk membuat mereka memandang rendah kesukaran praktikal, dan menggalakkan Hitler untuk mempercayai perkara-perkara yang agak mustahil dilakukan.....
— seperti yang dicatatkan dalam The Battle of the Bulge: The German View oleh Danny Parker

Dari perspektif pihak Bersekutu, Hugh Thomas (dalam buku The Spanish Civil Warnya) berpendapat:

Warlimont menjadi terkenal, bersama Keitel dan Jodl, sebagai salah seorang pegawai Jerman yang paling setia kepada Hitler dan akhirnya dihukum penjara 18 tahun pada 1949 sebagai penjenayah perang kecil....

Warlimont telah ditemuramah bagi dua episod The World at War: #3 "France Falls" (Mei-Jun 1940) dan #5 "Barbarossa" (Disember-Jun 1941). Beliau meninggal dunia di Kreuth berhampiran Tegernsee.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

Sekiranya plot bom 20 Julai terhadap Hitler berjaya nescaya mogok dan perang saudara akan berlaku di Jerman...Sudah terdapat fanatik Sosialis Nasional dalam tentera darat dengan pangkat kapten dan mejar; dalam tentera udara doktrin itu terdapat di peringkat tertinggi, dan SS adalah satu kumpulan parti sepenuhnya - satu negara dalam negara. Terdapat juga perpecahan di kalangan orang-orang yang selama 12 tahun telah mendengar kehendak parti yang sama dan terjejas sama ada baik atau tidak baik dari NSDAP. Daripada semua huru-hara ini tidak ada seorang pun yang boleh dibawa bersama-sama puak ini dan mencapai keamanan dan kerajaan demokratik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hitler's Generals: Authoritative Portraits of the Men Who Waged Hitler's War, edited by Correlli Barnett.
  • Inside Hitler's Headquarters: 1939–1945, Walter Warlimont (1962).
  • "The Decision in the Mediterranean 1942" by Gen. W. Warlimont in The Decisive Battles of WWII: The German View, edited by H. A. Jacobsen (1965).

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]