Fandom (laman sesawang)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikia)
Fandom, Inc
JenisPersendirian
Diasaskan18 Oktober 2004; 19 tahun yang lalu (2004-10-18) (sebagai Wikicities)
Ibu pejabatSan Mateo, Calif., A.S.
PengasasJimmy Wales
Angela Beesley Starling
Perancang utamaPerkins Miller (KPE)
Donovan Duncan (Ketua pegawai bisnes)
Pekerja300+ (2016)
SloganCreating Communities (Mencipta Komuniti)
Laman web
Jenis laman webLadang wiki
Tersedia dalamBerbilang bahasa
Status terkiniAktif
Logo Wikicities oleh Christoph Struber.
Logo asal Wikicities oleh Jason Richey.

Fandom[1] ("Alam Peminat", dikenali sebagai Wikia sebelum Oktober 2016), adalah perkhidmatan dan wiki perumah domain yang dikendalikan oleh Fandom, Inc. (sebelumnya dikenali sebagai Wikia, Inc.), sebuah syarikat untuk keuntungan yang ditubuhkan pada Oktober 2004 di negeri Delaware, Amerika Syarikat oleh Jimmy Wales dan Angela Beesley. Pada 2018, ia diketuai oleh Perkins Miller sebagai KPE.[2][3] Fandom menggunakan MediaWiki, perisian wiki sumber terbuka yang digunakan oleh Wikipedia. Fandom, Inc. memperoleh pendapatannya dari pengiklanan dan penjualan kandungan, menerbitkan kebanyakan teks yang disediakan pengguna di bawah lesen copyleft.[4] Syarikat ini juga menjalankan projek editorial Fandom yang berkaitan, yang menawarkan berita budaya-budaya dan permainan.[5]

Sebilangan besar wiki Fandom dihoskan di bawah domain fandom.com, tetapi beberapa, terutama yang menumpukan pada subjek selain francais media, dihoskan di bawah wikia.org.

Fandom membenarkan julat permintaan yang luas untuk memulakan projek komuniti yang baru. Selain daripada gagasan-gagasan yang mungkin bersaingan dengan projek-projek Wikimedia yang pengasas-pengasas Wikia sangat terlibat, kebanyakan projek dapat diluluskan. Fandom melarang beberapa jenis kandungan yang tertentu, termasuknya promosi untuk dadah, alkohol, tembakau dan perjudian. Untuk memperoleh kelulusan mencipta Wikia, bakal pengasas dikehendaki merumuskan kenyataan misi yang menentukan tujuan-tujuan projeknya. Wikia memerlukan kesemua kandungannya dilesenkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL) ataupun di bawah lesen berbilang yang terdiri daripada lesen GFDL serta lesen kandungan bebas yang lain. Terdapatnya pertindanan antara Wikia dengan Wikipedia, dengan komuniti-komuniti Wikia terkait kepada rencana-rencana Wikipedia yang relevan dalam banyak kes.

Fandom menggunakan perisian MediaWiki dalam pelayan-pelayan Linux. Projek itu mengumumkan penciptaan wiki yang keseratus pada 3 Februari 2005. Pada Mac 2006, ia mempunyai melebihi 1,000 wiki dalam 35 bahasa yang berbeza-beza. Wikia membekalkan kedua-dua sokongan teknikal serta sokongan sosial bagi segala aspek untuk menguruskan sebuah komuniti wiki.

Pada 27 Mac 2006, selepas pertukaran namanya, Wikia mengumumkan bahawa ia telah menerima modal usaha niaga sebanyak AS$4 juta daripada segolongan pelabur.[6] Pada Oktober 2016, nama Wikia ditukar ke Fandom.

Wikiasari yang dikelolakan oleh Jimmy Wales merupakan percubaan untuk menciptakan enjin carian copyleft. Pada suatu masa, projek Wikiasari itu digelarkan "Wikia".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Palmer, Craig L. (26 September 2016). "Wikia is now Fandom powered by Wikia". Community Central (dalam bahasa Inggeris). Wikia, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2019. Dicapai pada 27 April 2010.
  2. ^ Pink, Daniel H. (13 Mac 2005). "The Book Stops Here". Wired (13.03). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2005. Dicapai pada 1 Ogos 2007.
  3. ^ "About Fandom". Fandom powered by Wikia (dalam bahasa Inggeris). Wikia, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2019. Dicapai pada 27 April 2019.
  4. ^ John K Waters; John Lester (2010). The Everything Guide to Social Media: All you need to know about participating in today's most popular online communities (dalam bahasa Inggeris). Adams Media. m/s. 171. ISBN 9781440509469. Dicapai pada 17 September 2014. Wikia is free. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  5. ^ "Fandom". Fandom powered by Wikia (dalam bahasa Inggeris). Wikia, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2019. Dicapai pada 27 April 2019.
  6. ^ http://www.wikia.com/Press_releases/March_2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]