Wikipedia:Nama khas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Nama khas adalah nama orang, tempat, atau benda istimewa yang khusus. Pada kebiasaannya di dalam bahasa Melayu, perkataan ini merupakan kata nama yang bermula dengan huruf besar. Kata nama mempunyai kepentingan kepada struktur sosial, kadang kala melebihi cabaran apa yang dianggap "betul" oleh satu pihak yang mahir atau yang lain. Akibatnya, nama seringkali menjadi punca pertikaian di kalangan penyunting yang mempunyai latar belakang berlainan. Satu sumber rasmi mungkin menjadi sumber yang berat sebelah bagi yang lain. Dengan itu, sebagai tambahan menetapkan piawaian dan peraturan, laman gaya ini diharap akan membantu proses mendapatkan tolak ansur apabila pertikaian nama timbul. Sebagaimana semua rencana Wikipedia yang membincangkan gaya, "peraturan" yang dibentangkan di sini sebenarnya hanyalah cadangan. Tetapi perkara ini perlulah diperakui oleh semua pihak bahawa gaya yang tetap menyumbang kepada hasil penulisan dan penyuntingan yang profesional.

Penyumbang-penyumbang harus sedar bahawa pandangan mereka terhadap sesuatu nama bukanlah satu-satunya pandangan terhadap perkara tersebut. Sebagai satu sumber ilmiah, adalah amat berguna bagi sesuatu rencana menyediakan nama-nama lain yang mudah dikenali oleh sesetengah pengguna yang datang dari latar belakang yang berbeza. Dengan menyertakan nama-nama lain di dalam kurungan selepas satu nama yang sudah dikenali adalah satu cara yang amat digalakkan untuk menunjukkan bahawa wujud pandangan-pandangan lain tentang nama seseorang atau sesuatu tempat yang dibincangkan itu.

Adalah amat penting juga untuk memahami bahawa kebanyakan masalah-masalah yang timbul berkenaan penggunaan kata nama khas sebagai tajuk rencana atau di dalam teks selalunya telah dibincangkan di tempat lain seperti dalam muka surat Perbincangan: atau di dalam forum Wikipedia. Malangnya, perbincangan ini dan juga muka surat berkenaan gaya penulisan tidak dipautkan kepada suntingan tersebut yang membolehkan pengguna-pengguna baru mencari panduan. Rencana ini dapat memberikan pautan-pautan kepada perbincangan-perbincangan yang berfaedah itu.

Lihat: Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana

Nama tempat[sunting sumber]

Nama-nama tempat atau geografi adalah kata nama yang sering kita gunakan untuk merujuk kepada sesuatu tempat atau ciri-ciri geografi. Perkara ini seringkali menimbulkan perbalahan kerana tempat yang sama kadang-kadang dipanggil dengan nama yang berlainan oleh orang yang berbeza-beza yang bertutur bahasa yang tidak sama.

Oleh kerana ini ialah ensiklopedia bahasa Melayu, penggunaan nama-nama dan ciri-ciri geografi yang penting (seperti negara, negeri, benua, lautan, laut, bandar utama, sungai utama, tasik dll.) haruslah menggunakan ejaan dan tulisan di dalam bahasa Melayu. Setiap nama-nama tempat haruslah disusuli dengan nama tempat itu di dalam bahasa asalnya. Sebagai contoh:

Cologne (bahasa Jerman Köln) ialah …
Gunung Fuji (bahasa Jepun Fuji-san) ialah …

Rencana berkenaan Switzerland menyediakan contoh yang terbaik dalam menulis nama-nama tempat dalam lebih daripada satu bahasa. Sila perhatikan juga bahawa nama rasmi negara tersebut diberikan dalam bahasa-bahasa yang diiktiraf di negara itu sebagai bahasa rasmi. Nama Switzerland ialah nama yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara tersebut dan tidak semestinya nama rasmi: Gabungan Switzerland. Nama-nama lain di dalam bahasa-bahasa lain yang tidak berkaitan dengan entiti politik rencana terbabit tidak perlu disenaraikan sebagai nama panggilan lain, kecuali pautan untuk merujuk kepada rencana di dalam Wikipedia bahasa asing yang lainnya.

Jika sesebuah rencana membincangkan entiti yang memiliki tempat-tempat lain sebagai anggota (lihat ASEAN sebagai contoh), penyenaraian tempat-tempat tersebut (iaitu ahli-ahli terbabit) perlulah mengikut versi rasmi bahasa Melayu (atau bahasa Inggeris) seperti yang dikeluarkan oleh pertubuhan terbabit. Pautan ke rencana yang menggunakan nama tersebut di dalam Wikipedia juga harus disertakan.

Kebanyakan nama tempat memiliki konteks bersejarah yang harus dipelihara, tetapi pemikiran logik haruslah ditekankan. Mungkin wujud beberapa tempat yang tidak menjadi sebahagian daripada satu-satu budaya atau hanya memiliki satu nama. Rencana berkenaan orang-orang Rom harus menceritakan penaklukan mereka ke atas Gaul dan bukanlah Perancis dan Lee Kuan Yew pernah menjadi Perdana Menteri Singapura, bukannya Temasik. Untuk menjadi lebih jelas lagi, kadangkala haruslah disebut nama terkini kawasan tersebut (sebagai contoh "kawasan yang kini dikenali sebagai Perancis"), terutamanya jika tidak wujud nama di dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada tempat tersebut dalam era sejarah yang berkaitan.

Semakin kecil sifat-sifat persekitaran dikaji, kemungkinan wujudnya nama-nama yang sama di dalam bahasa Melayu adalah semakin kecil. Oleh itu, sebagaimana dengan nama persendirian, nama-nama tersebut diterjemah supaya lebih mudah difahami oleh penutur-penutur bahasa Melayu yang lainnya. Namun, amalan ini semakin kehilangan pengaruh kepada pengekalan ejaan-ejaan tempatan sekerap yang mungkin

Nama orang[sunting sumber]

Nama orang ialah nama yang diberikan kepada seseorang, turut boleh digunakan terhadap sesetengah binatang (seperti kuda lumba) dan objek-objek semulajadi atau buatan (seperti kapal dan pembentukan geologi). Sebagai kata nama khas, nama-nama ini selalunya dimulakan dengan huruf besar dan dieja ke dalam bahasa Melayu tetapi selalunya menggunakan ejaan bahasa Inggeris atau diterjemah di antara bahasa-bahasa. Sebagai contoh:

Vladimir Ilyich Lenin (Влади́мир Ильи́ч Ле́нин) ialah seorang...
Canute (atau Cnut; bahasa Denmark Knud) ialah...

Maksud nama khas, di luar subjek yang dirujuk, pada kebanyakan masa adalah tidak relevan atau boleh berubah-ubah (seseorang mungkin dinamakan Hakim walaupun dia bukanlah seorang hakim). Oleh kerana itu, nama-nama sebegini tidak diterjemah ke dalam bahasa lain, sebaliknya pada kebanyakan masa, nama-nama sebegini dieja mengikut piawai bahasa Melayu, dan jika tiada menggunakan paiwai bahasa Inggeris. Sebagai contoh nama keluarga Jerman Gärtner menjadi Gaertner (kerana dalam bahasa Melayu tidak wujud umlaut) atau Gertner (berdasarkan sebutan) di dalam bahasa Melayu, dan semestinya bukan Tukang Kebun (maksud perkataan ini di dalam bahasa Melyu).

Jelaslah bahawa nama orang pada hari ini mempunyai lebih daripada satu ejaan yang betul, walaupun gaya persembahan (penggunaan nama timangan atau nama tengah) adalah berbeza-beza tetapi masih tetap dianggap betul. Dalam keadaan-keadaan sebegini, adalah lebih baik menggunakan nama yang paling mudah dikenali untuk tajuk rencana, di samping meletakkan lencongan daripada bentuk yang lebih panjang/lebih pendek ke rencana terbabit. Contoh:

Nama yang paling lengkap (dengan pangkat) haruslah ditulis di permulaan rencana untuk memberi maklumat yang maksimum. Meletakkan nama tengah di dalam tajuk rencana pula, jika dikenali ramai, adalah satu langkah berguna untuk mengelakkan kekaburan.

Nama-nama daripada sejarah adalah agak kurang dapat dipastikan berbanding ejaan, atas beberapa sebab, tetapi lebih jauh ke belakang seseorang itu pergi, makin meningkatlah ketidakpastian itu kerana masyarakat waktu itu kurang memberi tumpuan terhadap ejaan yang betul, maka pelbagai nama mungkin wujud. Ahli-ahli yang pakar dalam cabang sejarah yang terbabit haruslah memberikan maklumat untuk membuat keputusan apabila timbulnya kontroversi atau dalam situasi yang memerlukan keputusan dibuat. Sekali lagi, lencongan boleh membantu menunjukkan arah yang betul kepada rencana yang dicari.

Susunan nama sendiri dan nama keluarga[sunting sumber]

Oleh kerana Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menetapkan sebarang peraturan dalam susunan nama sendiri dan nama keluarga, maka nama hendaklah disusun mengikut susunan nama di negara asalnya. Sebagai contoh,

  • Oda Nobunaga, bukan Nobunaga Oda, di mana 'Oda' ialah nama keluarga manakala 'Nobunaga' ialah nama sendiri.

Tanda diakritik, ligatur dan huruf Latin yang tidak wujud di dalam bahasa Melayu[sunting sumber]

Dalam kebanyakan kes, ejaan dalam bahasa Melayu bagi sesetengah nama khas ialah ejaan dalam bahasa asal perkataan itu dengan membuang huruf-huruf bertanda (diakritik). Kebanyakan penyunting Wikipedia (walaupun dengan ketidakpuasan hati sesetengahnya), percaya dalam keadaan ini, ejaan dalam bahasa asal patut digunakan. Sebagai contoh, ahli matematik dari Hungary Paul Erdős dieja dengan huruf bertanda berganda, dan bukannya dengan umlaut sebagaimana Paul Erdös atau ejaan tanpa penanda Paul Erdos. Memandangkan Erdős memiliki rencana atas namanya sendiri, lencongan ditambah untuk kedua-dua ejaan Paul Erdös dan Paul Erdos. Amalan ini merangkumi ligatur dalam huruf-huruf Latin yang digunakan dalam perkataan seperti Encyclopædia Britannica atau nama-nama tuhan bangsa Nordik seperti Ægir, dengan lencongan daripada ejaan yang mengikut piawai bahasa Inggeris seperti Aegir atau ejaan dalam bahasa Sweden Ägir.

Kata nama am biologi[sunting sumber]

Kata nama am ialah nama-nama yang diberikan kepada jenis-jenis binatang atau tumbuhan yang khusus. Adalah menjadi tradisi menggunakan kata nama am yang biasa digunakan di tempat yang menjadi rujukan, tetapi adalah mustahil dengan Wikipedia, yang memiliki teks-teks yang diedarkan ke seluruh dunia. Sebagaimana ikhtiar manusia yang lain, wujud usaha untuk menyeragamkan kata nama am, terutamanya di kalangan ahli-ahli sains (yang telah mencipta satu tatanama untuk menyelesaikan masalah yang timbul hasil kewujudan nama-nama am yang merujuk kepada benda yang sama di dalam sesetengah keadaan, atau nama yang sama merujuk kepada benda-benda yang lain dalam keadaan yang lain). Walaupun agak mudah untuk seseorang itu tertanya-tanya apakah maksud am yang tercicir sewaktu cubaan dilakukan untuk menetapkan pemilihan satu nama am bagi setiap spesies, kejayaan dalam lingkungan ini telah pun berjaya dicapai oleh pengkaji-pengkaji burung.

Ahli-ahli pengkaji burung menyimpang dari kebiasaan ahli-ahli biologi yang lain dengan menegaskan bahawa kata nama am bagi burung-burung harus menggunakan huruf besar bagi huruf pertamanya apabila merujuk kepada satu-satu spesis. Maka, seseorang itu boleh menulis tentang penguin, atau lebih khusus lagi Penguin Maharaja. Perkataan yang terakhir tadi ialah kata nama khas spesies tersebut, Aptenodytes forsteri. Orang-orang bukan ahli atau kurang kepakaran berkemungkinan menghadapi masalah menentukan bentuk manakah yang harus digunakan dalam sesetengan keadaan (sebagai contoh, adakah itik atau Itik?), tetapi adalah berkemungkinan tinggi rencana-rencana berkenaan spesies-spesies burung telahpun dibaca atau disunting oleh pengkaji-pengkaji burung.

Berikut dipetik daripada Wikiproject Tree of Life berkenaan subjek yang sama:[1]

Rumusan tatacara penulisan kata nama am:

  • Nama satu-satu spesies burung selalunya dimulakan dengan huruf besar: Common Blackbird, Western Marsh Harrier. Haiwan paus turut menggunakan hukum yang sama.
  • Nama kumpulan spesies tidak menggunakan huruf besar: trush family, kingfishers, turtle doves, marsh harriers.
  • Nama spesies selepas tanda sempang biasanya tidak menggunakan huruuf besar: "Red-winged Blackbird, Black-faced Butcherbird, Splendid Fairy-wren.
  • Nama panggilan lain haruslah disertakan di tempat yang sesuai: pada baris permulaan rencana tersebut dengan muka taip tebal jika digunakan dengan meluas, di tempat-tempat lain di dalam rencana (dengan atau tanpa muka taip tebal) jika jarang digunakan. Ini biasanya terpulang kepada indivdu itu untuk menilainya.

Nota kaki[sunting sumber]

  1. ^ WikiProjek:Tree of Life, Wikipedia Bahasa Inggeris. Dicapai pada 11 Jun 2008.

Pautan luar[sunting sumber]