Yojana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yojana (Jawi: يوجان, Sanskrit: योजन "...perjalanan, jalan; ukuran jarak tertentu (sekitar 9 mil)..."[1]) adalah sebuah unit mengukur jarak zaman India purba. Satu yojana dianggarkan panjangnya lebih kurang sekitar 15 kilometer.

Perkataan "saujana" itu sendirinya datang dari pembunyian kata sa- ("se-") yujana,[2][3] di mana ia ada pada hikayat-hikayat Melayu tertentu seperti Hikayat Seri Rama, Hikayat Raja Bikrama Sakti dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 858. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 205. ISBN 979-459-416-4.
  2. ^ "yojana". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "yojana". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 653-654 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ Carian 'yojana', 'yujana' dan 'sayujana', . Malay Concordance Project. Universiti Nasional Australia.