Yves Saint Laurent (pereka fesyen)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yves Saint-Laurent
Kelahiran
Yves Henri Donat Mathieu Saint-Laurent

1 Ogos 1936
Meninggal dunia1 Jun 2008 (71 tahun)
WarganegaraPerancis
PekerjaanPereka fesyen
Yves Saint Laurent, 1976 (Reginald Gray)

Yves Henri Donat Mathieu Saint-Laurent, atau Yves Saint Laurent (12 Ogos 1936 - 1 Jun 2008), ialah pereka fesyen yang berbangsa Perancis.[1][2][3]

Kini label yang ditubuh beliau masih diperingati dan masih aktif walaupun beliau sudah meninggal dunia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Oran, pada 1 Ogos 1936.

Pembabitannya dalam dunia fesyen bermula pada usianya 17 tahun iaitu apabila beliau memenangi tempat pertama pada pertandingan rekaan fesyen yang dianjurkan oleh International Wool Secretariat. Kemudian, beliau menyertai Chambre Syndicale School namun beliau hanya sempat belajar selama tiga bulan sahaja kerana rezekinya bukan di sekolah tersebut.

Christian Dior melamarnya bekerja apabila bakatnya terserlah pada hasil rekaannya yang berjaya memikat hati pereka tersebut. Saint Laurent melancarkan koleksi solo pertamanya pada 1958 iaitu koleksi Trapeze yang menampilkan ilham rekaan pakaian wanita baru yang mana bahagian bahu rendah dan melebar. Pada 1962, beliau menubuhkan butik fesyen sendiri bersama rakan kongsinya, Pierre Gerge.

Beliau mengembuskan nafas terakhir bersama rakan kongsinya pada Ahad, 1 Jun 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Yves Saint Laurent". Fondation Pierre Bergé – Yves Saint Laurent. Dicapai pada 4 November 2014.
  2. ^ "Yves Saint Laurent". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 4 November 2014.
  3. ^ "Yves Saint Laurent Biography". bio. Dicapai pada 7 June 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]