Zaman Negara Berperang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zaman Negeri-Negeri Berperang)
7 Negara Besar pada tahun 260 SM semasa Zaman Negara Berperang
Sejarah China
Sejarah China
Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BCE
Dinasti Shang 1600–1046 BCE
Dinasti Zhou 1045–256 BCE
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negara Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE
Dinasti Han 206 BCE–220 CE
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat 16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song Utara Xia Barat
  Song Selatan Jin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini

Zaman Negara Berperang ataupun Zaman Negara-Negara Berperang (Hanzi : 战国时代 ; Mandarin : Zhan Guo Shi Dai) merujuk kepada suatu era dalam sejarah China yang bemula selepas tamat Zaman Luruh Bunga (春秋时代) pada tahun 475 SM, semasa kehancuran Dinasti Zhou, sehingga ia ditamatkan oleh Dinasti Qin pada tahun 221 SM.

Dinasti Zhou[sunting | sunting sumber]

Ia biasanya merujuk kepada bahagian kedua Dinasti Zhou, iaitu Dinasti Zhou Timur selepas tamat Zaman Luruh Bunga (春秋时代), walaupun Dinasti Zhou berakhir pada tahun 256 SM, 35 tahun lebih awal dari penamatan Zaman Negara Berperang.

Pada tahun 256 SM, Dinasti Zhou telah dihapuskan oleh seorang Jeneral (将军) dari Negara Qin bernama Bai Qi (白起) atas arahan dari Qin Zhuang Xiang Wang (秦庄襄王), ayahanda kepada Raja Ying Zheng dari Negara Qin.

3 Jin[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 403 SM, 3 keluarga golongan bangsawan (公族) Negara Jin (晋国) yang bernama Han (韩), Zhao (赵) dan Wei (魏) telah memberontak terhadap kerajaan Jin selepas mendapatkan keizinan daripada Dinasti Zhou.

Ketua-ketua kepada 3 keluarga tersebut telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'raja' kemudian dan memecahkan Negara Jin kepada 3 negara yang baru didirikan oleh mereka.

Kejadian ini dikenali oleh ahli sejarah sebagai 3 Keluarga Memecahkan Jin (三家分晋). Ini juga sebab Negara Han (韩国), Negara Zhao (赵国) dan Negara Wei (魏国) dikenali sebagai 3 Jin (三晋).

Negara Jin pada akhirnya menjadi satu negara mikro dan dihapuskan oleh 3 Jin pada tahun 376 SM.

7 Negara Besar[sunting | sunting sumber]

Nama Tahun Didirikan (SM) Tahun Dibubarkan (SM) Nasib
Negara Han 韩国 403 230 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Zhao 赵国 403 228 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Wei 魏国 403 225 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Chu 楚国 Abad ke-11 223 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Yan 燕国 Abad ke-11 222 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Qi 齐国 Abad ke-11 221 menyerah kalah kepada Negara Qin
Negara Qin 秦国 905 221 direka semula sebagai Empayar Qin selepas menyatukan semua 7 negara besar yang menamatkan Zaman Negara Berperang dan permulaan era Dinasti Qin

7 Negara Besar juga dikenali sebagai "Zhan Guo Qi Xiong (战国七雄)" merujuk kepada 7 negara yang terbesar dalam seluruh tanah Zhong Yuan (中原 ; nama kepada tanah China) selepas pewujudan 3 Jin pada 403 SM.

7 Negara Besar itu adalah Negara Han (韩国), Negara Zhao (赵国), Negara Wei (魏国), Negara Chu (楚国) Negara Yan (燕国), Negara Qi (齐国) dan Negara Qin (秦国). Selain 7 negara tersebut, terdapat juga ada banyak negara kecil dan negara makro yang berwujud di atas Zhong Yuan.

Semua negara tersebut telah dihapuskan atau dikena "makan" oleh Negara Qin yang dipimpin oleh Raja Ying Zheng dari Negara Qin, ia kemudian direka semula sebagai Empayar Qin pada tahun 221 SM.

Kejadian ini telah menyebabkan penamatan kepada Zaman Negara Berperang dan permulaan kepada era Dinasti Qin.

Rujukkan[sunting | sunting sumber]

  • Ebrey, Patricia Buckley; Walthall, Anne; Palias, James B. (2006), Pre-Modern East Asia: A Cultural, Social, and Political History, Boston: Houghton-Mifflin Company, ISBN 0618133860
  • Lewis, Mark Edward (1990), "The Spring and Autumn Period", dalam Loewe, Michael; Shaughnessy, Edward L. (penyunting), The Cambridge history of ancient China: from the origins of civilization to 221 B.C., Cambridge University Press, m/s. 587–649.
  • Li Xueqin. Eastern Zhou and Qin Civilizations. Trans. K.C. Chang. New Haven: Yale University Press, 1985. ISBN 0-300-03286-2.
  • Tzu, Sun; Griffith, Samuel B. (1963), The Art of War, New York: Oxford University Press
  • Yap, Joseph P. (2009). Wars With The Xiongnu, A Translation from Zizhi tongjian. AuthorHouse, Bloomington, Indiana, U.S.A. ISBN 978-1-4490-0604-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]