Zarahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zarahan, juga dirujuk sebagai jirim zarahan atau zarah halus, ialah zarah-zarah pepejal atau cecair yang sangat kecil yang melayang-layang di gas atau cecair. Ini berbeza dengan aerosol, yang merujuk kepada kedua-dua zarah dan gas sekaligus. Sumber jirim zarahan boleh jadi buatan manusia atau semula jadi. Jirim Zarahan[1](Kualiti air) dalam pencemaran air, zarahan boleh berada dalam keadaan pepejal atau larut. Zarahan pepejal boleh dikeluarkan dengan penapis atau mendap dari air, dan dirujuk sebagai jirim zarahan tidak terlarutkan. Manakala jirim zarahan terlarut boleh diasingkan dengan menyejat air, meninggalkan jirim zarahan terlarut itu. Garam merupakan satu contoh jirim zarahan terlarut. Sesetengah zarahan berasal dari alam sekitar, dari gunung berapi, ribut debu, kebakaran hutan dan padang rumput, tumbuh-tumbuhan hidup, dan percikan ombak. Aktiviti manusia, seperti pembakaran bahan api fosil dalam kenderaan, stesen janakuasa dan pelbagai proses industri turut menghasilkan aerosol. Secara keseluruhan, aerosol antropogen—yang dihasilkan oleh aktiviti manusia—kini mencapai kira-kira 10 peratus dari jumlah keseluruhan aerosol di atmosfera.[perlu rujukan] Penigkatan tahap zarah halus di udara dikaitkan dengan bahaya kesihatan seperti sakit jantung dan barah paru-paru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Compiled by James Vennie. Authors include: Gary Horton (Nevada Division of Water Planning), "Understanding Lake Data," Byron Shaw, Christine Mechenich and Lowell Klessig (University of Wisconsin - Stevens Point), Ken Wagner - CLM (ENSR, Northborough, MA), Libby McCann (Adopt-a-Lake and Project WET Wisconsin) (2007). "North American Lake Management Society - Water-Words Glossary". Dicapai pada 2008-03-02.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]