Zon akar DNS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zon akar DNS ialah zon DNS paling atas dalam ruang nama berhirarki yang menggunakan sesebuah Sistem Nama Domain (DNS). Selalunya ia merujuk kepada zon akar bagi rangkaian sejagat terbesar iaitu Internet.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Kandungan fail zon akar dikawal oleh ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers), yang kini mengendalikan Internet Assigned Numbers Authority (IANA). Sebarang perubahan juga mesti disahkan oleh NTIA Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Fail zon fizikal sendiri dijana dan diedar oleh VeriSign, kepada pengendali-pengendali pelayan akar.

Sejak 1997, apabila Internet dipindahkan daripada kawalan kerajaan A.S. ke pihak swasta, NTIA memiliki kawalan akhir terhadap zon akar. Suatu dokumen Jabatan Perdagangan pada 1998 menyatakan yang agensi itu "berkomitmen terhadap peralihan yang akan membenarkan sektor swasta mengambilalih kepimpinan pengurusan DNS" menjelang tahun 2000, namun tiadak langkah ke arah berkenaan yang diambil. Pada Mac 2014, NTIA mengumumkan yang ia akan menyerahkan kuasa zon akar kepada "masyarakat berkepentingan sejagat".[1] Menurut seorang pegawainya Lawrence E. Strickling, masa yang sesuai telah tiba. Pengumuman ini dibuat setelah tekanan akibat pendedahan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya terlibat dalam pengawasan di seluruh dunia. Bagaimanapun, pengerusi lembaga ICANN menafikan kedua-dua perkara ini berkaitan dan menyatakan peralihan ini telah lama bermula.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Farivar, Cyrus (14 Mac 2014). "In sudden announcement, US to give up control of DNS root zone". Ars Technica. Dicapai pada 17 March 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

root-servers.org