Wikipedia:Calon rencana pilihan/September

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3481952 pada 06:25, 2 September 2014 oleh SNN95 (bincang | sumb.) (baiki pautan selanjutnya...)
Potret Amir Hamzah
Potret Amir Hamzah

Amir Hamzah atau Tengku Amir Hamzah Pangeran Indera Putera (28 Februari 1911 – 20 Mac 1946) ialah seorang pemuisi dan juga seorang Pahlawan Kebangsaan Indonesia. Beliau dilahirkan di Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Timur. Anak kelahiran sebuah keluarga bangsawan Kesultanan Langkat di Sumatera Utara, beliau mendapat pendidikan di Sumatera dan Jawa. Amir terlibat dengan pergerakan nasionalis Indonesia semasa beliau belajar di sekolah menengah atas di Surakarta sekitar tahun 1930-an. Beliau jatuh cinta dengan rakan sekolah berbangsa Jawa, Ilik Sundari. Kedua-dua rakan ini kekal rapat mahupun selepas Amir menamatkan pendidikannya di sekolah perundangan di Betawi. Mereka hanya berpisah dalam tahun 1937 apabila Amir dipanggil pulang ke Sumatera untuk mengahwini puteri Sultan dan menggalas tugas dan tanggungjawab di istana. Beliau bertugas sebagai wakil kerajaan di Langkat selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia dalam tahun 1945. Beliau terbunuh dalam tahun berikutnya semasa sebuah revolusi sosial dan disemadikan di dalam kubur ramai.

Amir mula menulis puisi pada usia belasan tahun: mahupun karya-karyanya tidak bertarikh, dipercayai karyanya yang paling awal ditulis semasa beliau mula-mula berkunjung ke pulau Jawa. Dengan berbekalkan pengaruh kebudayaan Melayu dan Islamnya, dan juga pengaruh Kristian dan kesusteraan Timur, Amir menghasilkan 50 buah puisi, 18 buah prosa lirik, dan pelbagai karya lain, termasuk beberapa buah terjemahan. Dalam tahun 1932, beliau menjadi pengasas bersama majalah sastera Poedjangga Baroe. Beliau berhenti berkarya selepas pulang ke Sumatera. Kebanyakan puisinya diterbitkan dalam dua himpunan, Nyanyi Sunyi (1937) dan Buah Rindu (1941), mula-mula dalam majalah Poedjangga Baroe dan kemudiannya sebagai buku berasingan.

Rencana pilihan sebelum ini: AnjingKanak-kanak hijau WoolpitSi Tjonat