Suhaimi Saad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suhaimi Saad
Kelahiran
Mohd Suhaimi bin Saad

(1980-10-12)12 Oktober 1980
Meninggal dunia15 November 2023(2023-11-15) (umur 43)
Sebab kematianJangkitan kuman pada paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung FELCRA Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor
Nama lain
  • Suhaimi In-Team (ketika bersama In-Team)
  • Mosus
  • SS
  • Mie
PendidikanJurusan Bahasa Arab
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik
Tahun aktif2000–2021
PasanganNordiana Mohd Naim (k. 2007–2023)
Anak-anakEhmad Hadie Elfardie
Sallman Elkhoyri
Phyrosh Elfadwah
Nur Layla Elghufrony
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Syarikat rakaman
Hijjaz Records
Karya Mosus
Pengkarya berkait
Inteam
Laman web rasmihttps://instagram.com/mosusofficial

Mohd Suhaimi Saad (12 Oktober 1980 – 15 November 2023) merupakan seorang bekas penyanyi nasyid Malaysia. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan In-Team dari 2000 sehingga 2005. Pada tahun 2005, beliau meninggalkan In-Team untuk kembali bernaung di bawah label Hijjaz Records dan sejak itu, bliau telah bergerak di bawah pengurusan sendiri iaitu Karya Mosus. Pada tahun 2021, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penyanyi nasyid dan tidak mahu dikenali dengan gelaran ustaz serta merta.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan

Beliau dilahirkan pada hari Ahad 12 Oktober 1980 bersamaan 2 Zulhijjah 1400. Arwah ibunya berasal dari Kodiang manakala arwah bapanya berasal dari Tunjang, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan anak kelima daripada enam beradik.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Tementi, Triang (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Wusto, Temerloh (1993-1998). Beliau kemudiannya menyambung pendidikan peringkat ijazahnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab.[2]

Suhaimi merupakan pelopor dalam bidang persekolahan rumah (home schooling). Ini dapat dilihat apabila beliau nekad tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan formal. Sebaliknya anak anak beliau diajar membaca, menulis dan mengira dan asas Al-Quran oleh beliau sendiri di rumah sebelum menghantar mereka ke madrasah tahfiz.

Kerjaya nasyid

Inteam

Kerjaya solo

Sebagai penyanyi solo, Suhaimi telah menerbitkan 3 album solo.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 di Masjid Jamek Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dan isterinya dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Sallman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014). Ina sebelum ini pernah bertunang dengan Mawi, bekas juara Akademi Fantasia Musim 3.

Kematian

Pada 15 November 2023, Suhaimi menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor akibat Jangkitan kuman pada paru-paru. Arwah sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Terdahulu beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit-birit berpanjangan. [3] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, pada jam 9 pagi tarikh 16 November 2023. [4]

Anugerah

Pernah memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik dan Lirik Nasyid Terbaik melalui lagu Selamat Tinggal Dunia dalam Anugerah Nasyid Minggu Ini.

Dan lagu terbaru "Cinta Sidna" dendangan Suhaimi Saad kini sedang merebut gelaran Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM-22) di samping beberapa pesaing lain yang cukup hebat. Selain daripada Cinta Sidna, Suhaimi muncul dengan single terbaru beliau, Jutawan Pemurah yang dilancarkan pada bulan Ramadhan lepas.

Diskografi

Album bersama Inteam

  1. Kasih Kekasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2000
  2. Impian Kasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2001
  3. Damba Kasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2003
  4. In-Team '04 (In-Team) - Hijjaz Records/EMI - 2004
  5. Allahu Rabbi (Inteam) - Inteam Records - "2010
  6. Iman & Aman (Inteam) - Inteam Records - "2013

Album solo

  1. Kias Cinta (Solo) - 2006
  2. KalamaK (Solo) - 2008
  3. Album Zikir Selawat dan Doa (Solo) - ''2013''
  4. Maksud Hidup (Solo) - "2016"

Rujukan

  1. ^ "Suhaimi Saad letak jawatan sebagai penyanyi nasyid, tak mahu dipanggil ustaz". Utusan Malaysia. 3 Jun 2021. Dicapai pada 17 November 2021.
  2. ^ "Biodata". Ikhwanul In-Team. Dicapai pada 17 November 2013.
  3. ^ Norhayati Nordin (15 November 2023). "Suhaimi Saad meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 17 November 2023.
  4. ^ Omar Ahmad (16 November 2023). "Jenazah Suhaimi Saad selamat dikebumikan". Berita Harian. Dicapai pada 17 November 2023.

Pautan luar