Khatan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini dipindah daripada sebahagian rencana "Khatan". Ia telah disembunyikan melalui tanda komen kerana ia merupakan hak cipta Ashtech Holdings Sdn Bhd. Sila ubah suainya supaya dapat mematuhi undang-undang hak cipta.

Khatan di Malaysia ("bersunat" atau "khitanan") merupakan satu majlis yang penting pada suatu masa dahulu. Para ibu-bapa akan mengadakan kenduri kendara secara besar-besaran yang kadang-kala membabitkan keseluruhan penduduk kampung. Walaubagaimanapun pada masa kini kenduri kendara telah kurang diadakan. Di Malaysia, apabila seseorang anak mencecah usia lebih kurang sepuluh atau dua belas tahun, dia dianggap telah sampai masa untuk menjalani upacara berkhatan.

Setelah menentukan hari yang sesuai bagi upacara tersebut, maka keluarga anak tersebut akan menjemput saudara-mara, dan jiran-jiran sekampung. Sekiranya mereka mempunyai kewangan yang lebih kukuh, meraka akan menjemput lebih ramai sahabat-handai yang lain. Pada masa itu, tuan rumah turut membaiki rumah dengan termasuk membersih dan mengukuhkan rumah seperti memasang tiang tumpang bagi menampung para hadirin yang akan hadir.