Khazali Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YBhg. Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad adalah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (22 Jun 2012) bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf. Sebelum dilantik ke jawatan ini, beliau merupakan Setiausaha Persekutuan Sabah .

Pelantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berdasarkan kelayakan, pengalaman, dan prestasi cemerlang beliau dalam bidang ekonomi, pengurusan cukai dan kewangan di sepanjang karier perkhidmatan beliau.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Khazali berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Central State University, Oklahoma, Amerika Syarikat; dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1981. Sebelum ini Khazali Ahmad (56 tahun) merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. [1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]