Khazan Che Mat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khazan Che Mat

ADUN
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Terengganu
Memegang jawatan
24 September 2023
Yang di-PertuaMohd Nor Hamzah
Kawasan pilihan rayaSeberang Takir
Jawatan dalam badan perundangan
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Seberang Takir
Memegang jawatan
2023
Didahului olehAhmad Razif Abdul Rahman
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Batu Rakit
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului olehAbu Bakar Chik
Digantikan olehBazlan Abd Rahman
Jawatan dalam eksekutif negeri
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2008–2013
TimbalanMuhammad Ramli Nuh
Menteri BesarAhmad Said
PortfolioAgama dan Penerangan
Digantikan oleh
Kawasan pilihan rayaBatu Rakit
Butiran peribadi
LahirKhazan bin Che Mat
(1969-01-09) 9 Januari 1969 (umur 55)
Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, Terengganu, Malaysia
Alma materUniversiti Jordan

Yang Berhormat Tuan Haji Khazan Che Mat ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Terengganu. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu sejak 24 September 2023[1]. Beliau merupakan ADUN Terengganu bagi DUN Seberang Takir sejak 2023. Beliau juga pernah menjadi ADUN bagi DUN Batu Rakit selama dua penggal pada 2004 hingga 2008 dan 2008 hingga 2013. Semasa menjadi ADUN Batu Rakit, beliau pernah dilantik mengganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Agama dan Penerangan pada 2008 hingga 2013.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Khazan telah melanjutkan pengajian di Universiti Jordan dalam sarjana muda Bahasa Arab/Syariah. Beliau memulakan kerjayanya pada 1995 sebagai Penolong Pengarah Pendidikan di Yayasan Islam Terengganu sehingga 2004[2].

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun DUN Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2004 Batu Rakit Khazan Che Mat BN (UMNO) 5,266 Abu Bakar Chik PAS 3,576 1,690
2008 Batu Rakit Khazan Che Mat BN (UMNO) 5,590 Shamsudin Abd.Wahab PAS 4,104 1,486
2023 Seberang Takir Khazan Che Mat PN (Bersatu) 12,156 Ahmad Razif Abd Rahman BN (UMNO) 9,359 2,797

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MOKTAR, NURFARDLINA IZZATI (2023-09-24). "Mohd Nor dilantik speaker DUN Terengganu". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-24.
  2. ^ "YB Ustaz Khazan Bin Che Mat @ [IQGROUP]: IQ GROUP HOLDINGS BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-24.