Pergi ke kandungan

Kheshig

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kheshig
Keshik
Negara
Cawangan

Kheshig (Bahasa Mongolia: Хишигтэн ; juga Khishig, Keshik, Khishigten; har. "mugay", "diberkati") ialah pengawal elit empayar untuk diraja Mongol. Kheshig ditubuhkan untuk menjaga keluarga Genghis Khan dan isterinya Börte. Mereka dibahagikan kepada dua subkumpulan: pengawal siang (Torguud) dan pengawal malam (Khevtuul). Mereka berbeza daripada tentera biasa dan tidak akan pergi berperang dengan mereka dalam satu kempen. Komander tertinggi mereka disebut sebagai Cherbi.[1]

Beberapa suku keturunan Kheshig mengikuti Babur ke India. Akbar Agung menubuhkan dan mengubah semula kumpulan ini untuk lebih menggunakan senjata api. Pengawal diraja di Parsi yang mengawasi Raja pada waktu malam juga dipanggil sebagai Keshikchi.

Pada masa penaklukan awal Genghis Khan, pembunuhan khan atau bawahan pentingnya di malam hari ialah hal yang sering berlaku. Populasi Mongolia yang meningkat tajam juga berperan pada hal ini. Yesugei, ayah kepada Temujin, adalah salah satu mangsa dari persaingan politik yang keras ketika itu. Ayah Temujin memakan makanan yang diberikan oleh pesaing dari suku lain. Pada malam hari, Ger/yurt (semacam rumah kem) nomad Mongol dibuat dari bahan yang mudah koyak, tajamnya pedang atau tombak boleh membunuh orang yang bernaung di dalamnya.

Hampir semua khan memiliki pengawal yang mereka boleh percaya. Toghrul, Khan Suku Kerait, menamakan pengawal elitnya Torguud. Selepas berperang menentang Ong Khan pada 1203, Temujin menubuhkan kheshig. Unit kheshig yang pertama ialah pengikut paling awal dan setia Temujin. Bo'orchu dan Muqali ialah tokoh paling penting dalam penubuhan awal Kheshig. Kheshig kemudian dipisahkan menjadi dua unit. Pengawal tujuh puluh siang (tunghaut) dan pengawal delapan puluh malam (khevtuul). Seiras dengan perluasan wilayah Mongol, jumlah kheshig bertambah menjadi 1 minghan (1000 orang), kemudian ditambahkan menjadi 1 tumen(10.000 orang).

Pada awalnya Kheshig hanya menerima orang Mongol. Tetapi kerana populasi Mongol yang semakin menurun pada akhir pentadbiran Ogedei, orang Alania, Korea dan etnik dibolehkan untuk menyertai Kheshig yang jumlahnya telah ditambah menjadi 3-5 tumen.

  1. ^ Haqqi, Anwarul Haque (2010). Chingiz Khan: The Life and Legacy of an Empire Builder (dalam bahasa Inggeris). Primus Books. ISBN 978-81-908918-9-9.