Pergi ke kandungan

Khilafah Uqayl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uqayl pada zaman kemuncaknya

'khilafah Uqayl atau 'Bani Uqayl adalah sebuah dinasti Syiah Arab yang memerintah di pelbagai bahagian di Al-Jazirah, utara Syria dan Iraq pada akhir kurun ke-9 dan kurun ke-10. Keturunan utama yang berpusat di Mosul, memerintah antara 990M sehingga 1052M. Mereka memiliki sifat kaum Badwi yang ketara seperti tidak pernah tinggal di kota dan berpegang teguh dengan semangat kesukuan.

Kebangkitan[sunting | sunting sumber]

Mereka mula mendapat kuasa di Diyarbakir apabila dianugerahkan tanah oleh Dinasti Buwaihi, yang berharap agar mereka akan menjadi penampan dari serangan Badh yang berketurunan Kurd. Selepas itu syeikh Bani Uqayl, Muhammad Bin Al-Musayyib Bin Rafi membuat pakatan dengan Dinasti Hamdani, yang mana telah dihalau keluar daripada Mosul oleh Dinasti Buwaihi pada tahun 979M. Mereka bersama-sama menentang Dinasti Buwaihi dan berjaya menduduki Mosul dan Diyar Rabi'a pada tahun 989M. Muhammad Bin Al-Musayyib, kemudian berperang melawan Badh, yang mana akhirnya menyebabkan kematian pemberontak Kurdish ini. Kemudian, Muhammad berpaling dan menentang Dinasti Hamdani dan mengalahkan mereka.


Setelah beliau meninggal pada tahun 996M, perebutan kuasa antara saudarnya mula berlaku. Saudara tertua, Ali disokong majoriti tetapi ditentang oleh saudaranya yang lain, Al-Muqallad, yang telah mengutip cukai di beberapa daerah antara Anbar dan Kufah. Ali menawarkan saudaranya itu Mosul sementara beliau terus mengamalkan cara hidup Badwi. Walau bagaimanapun, beliau dinasihatkan untuk berubah dan kedudukan beliau akan terancam sekiranya Al-Muqallad menjadi penguasa Mosul.


Pada tahun 996M, banyak pertempuran berlaku dan berakhir dengan toleransi antara Ali dan Al-Muqallad.


Setelah kematian Ali, saudaranya bernama Al-Hasan menjadi ketua suku manakala Al-Muqallad memusatkan kuasa di tengah Iraq. Al-Muqallad berusaha untuk menjadi penguasa Baghdad dan berunding dengan pemimpin tentera menjelang beliau dibunuh pada tahun 1001M.


Kedudukan Al-Muqallad kemudian diganti oleh anaknya bernama Qirwasy. Beliau berjaya menyatukan suku dan mengadakan pakatan dengan Bani Asad ketika berperang melawan musuhnya di Hillah pada tahun 1002M. Walau bagaimanapun, Bani Uqayl kalah dalam peperangan tersebut.


Hubangan buruk antara Qirwasy, Dinasti Buwaihi dan kemajuan Khilafah Fatimiyyah menyebabkan beliau memalingkan kesetiaannya kepada Khilafah Fatimiyyah pada tahun 1010M. Walau bagaimanapun beliau mengakui kembali Dinasti Buwaihi setelah dibayar oleh Baha' Ad-Daulah, penguasa Dinasti Buwaihi sebanyak 100000 dinar.


Bani Uqayl terpaksa berhadapan berhadapan dengan Dinasti Buwaihi, Bani Mazyad dan Bani Khafajah untuk memperoleh penguasaan ke atas padang rumput yang terletak di utara Al-Jazirah, diantara Anbar dan Kufah.


Pada tahun 1021M, Qirwasy kalah dalam pertempuran di Samarra dengan pakatan Bani Mazyad, Dinasti Buwaihi dan musuh dari kalangan kumpulan mereka.


Pada tahun 1026M, Bani Uqayl kalah dalam pertempuran melawan Bani Khafajah. Namun, mereka masih dapat menguasai Anbar walaupun dihalau dari sekitar Kufah. Pada tahun 1049M, beliau dikenakan tahanan rumah oleh saudaranya bernama Barakah setelah berlakunya konflik di kalangan suku mereka. Beliau meninggal pada tahun 1052M sekaligus menamatkan kekuasaan Bani Uqayl.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bosworth, Clifford Edmund. The New Islamic Dynasties: A Chronological and Genealogical Manual. Great Britain: Columbia University Press, 1996. ISBN 0-231-10714-5
  • Heidemann, Stefan. Die Renaissance der Städte in Nordsyrien und Nordmesopotamien. Städtische Entwicklung und wirtschaftliche Bedingungen in ar-Raqqa und Harran von der Zeit der beduinischen Vorherrschaft bis zu den Seldschuken (Islamic History and Civilization. Studies and Texts 40), Leiden (Brill) 2002.
  • Kabir, Mazifullah. The Buwayhid dynasty of Baghdad, 334/946-447/1055. Calcutta: Iran Society, 1964.
  • Richards, D. S. The Annals of the Saljuq Turks: Selections from al-Kamil fi'l Ta'rikh of 'Izz al-Din Ibn al-Athir. Great Britain: RoutledgeCurzon, 2002. ISBN 0-7007-1576-2
  • Taufik Abdullah.(2002).Ensiklopedia Tematis Dunia Islam: Khilafah.Jakarta.Ichtiar Baru Van Hoeve