Pergi ke kandungan

Khir Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khir Rahman
خير الرحمن
Kelahiran
Khairulizam bin Abdul Rahman[1]

(1973-03-12) 12 Mac 1973 (umur 53)
PekerjaanPelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip, pengacara
Tahun aktif1996–kini
Karya
Filemografi
PasanganSiti Jasmina Ibrahim (k. 2002)
Anak-anak2
Ibu
BapaDato' A. Rahman Hassan
KeluargaKhairulazmi Abd Rahman (adik)

Khairulizam Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Khir Rahman (lahir 12 Mac 1973) ialah seorang pelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh terkenal, Allahyarham Dato' A. Rahman Hassan dan Allahyarhamah Datin Azizah Mohamad. Beliau menyerlah melalui filem pertama arahannya, ...Dalam Botol, watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan watak sebagai Jijoe dalam Rock Oo!. Beliau mempunyai seorang adik bernana Khairulazmi Abd Rahman.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Khairulizam bin Abdul Rahman pada 12 Mac 1973 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak kepada pasangan penyanyi Pop Yeh-Yeh, iaitu Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad. Membesar di Johor, darah seni itu mengalir kuat di badannya sehingga kini.

Memulakan langkah beliau dalam bidang seni melalui teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Antara teman - teman seangkatan beliau ialah Zul Huzaimy, Adlin Aman Ramlie dan anak kepada seniwati Mariani, Melissa Saila.

Beliau kembali semula ke pentas teater apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak Aduka dalam teater Semerah Padi. Beliau bergandingan dengan Fauzi Nawawi dan Jue Aziz[2].

Khir Rahman juga popular sebagai komposer lagu-lagu etnik kreatif. Lagu ciptaannya yang paling popular adalah Mahligai Permata nyanyian Siti Nurhaliza yang dipetik daripada album Sahmura pada tahun 2000. Khir juga pernah merakamkan album solo pada tahun 2004 di bawah label MIG Music yang berjudul Filsafat.

Khir Rahman juga pernah menjadi vokalis kumpulan Iklim menggantikan Saleem dan Azmani dan sempat merakamkan lagu 'Pergimu Satu Tanda'[3]

Beliau akhirnya ditawarkan berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang, membawa watak Tun Mamat. Impak dari lakonan beliau dalam filem itu, beliau menerima tawaran pada tahun berikutnya dengan 3 filem ditayangkan pada 2005.

Beliau sering mendapat tawaran berlakon menerusi pengarah Mamat Khalid dan Afdlin Shauki. Nama beliau mula menjadi sebutan selepas lakonan berhasil beliau dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Kemawas.

Pengarahan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang penulis cerita, beliau turut bersama - sama dalam menghasilkan filem Syaitan.

Peluang sebagai pengarah tiba apabila beliau ditawarkan oleh penerbit, Raja Azmi untuk mengarah filem kontroversi, ...Dalam Botol. Hasil pengarahan beliau, filem ini mendapat sambutan di luar negara dan menaikan nama beliau dalam bidang pengarahan.[4] Beliau seterusnya mengarahkan filem keduanya, drama romantik Balada Pencinta yang dibintangi oleh Johan As'ari dan Siti Saleha.[5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Khir berkahwin dengan novelis dan penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim pada 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata.[6][7]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pengarah Harapan ...Dalam Botol Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hikayat Merong Mahawangsa Tercalon
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rock Oo! Tercalon
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik Pencipta Pegang Waktu Tercalon
  1. http://aper.my/group/groups/27/articles/3205
  2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
  3. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-18.
  4. http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Pilih_Khir_arah_...Dalam_Botol_2934[pautan mati kekal]
  5. Feride Hikmet Atak (18 Oktober 2013). Khir Rahman Terap Nilai Komersial & Seni Dalam 'Balada Pencinta' mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2015.
  6. "Dua cerita, satu cinta - Utusan Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 2018-05-28.
  7. "'Masih ingat asal-usul' - Harian Metro". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 2018-05-28.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]