Khlong Echong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khlong Echong
Klong Echong, Sungai Khlong Echong
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Balek Angin
 • lokasidi barat Kampung Ahning
MuaraSungai Ahning 
 • lokasi
di selatan Kampung Ahning
 • koordinat
6°22′08″N 100°44′28″E / 6.369°N 100.741°E / 6.369; 100.741Koordinat: 6°22′08″N 100°44′28″E / 6.369°N 100.741°E / 6.369; 100.741
 • ketinggian
118 meter (387.1 ka)
PanjangTidak diketahui
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Ahning → Sungai Padang SanaiSungai Padang TerapSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Anak sungai 
 • kanananak sungai tanpa nama

Khlong Echong (Jawi: كلوڠ ايچوڠ), atau juga dikenali sebagai Klong Echong dan Sungai Khlong Echong merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia. Khlong Echong mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Balek Angin dan tamat di pertemuan Sungai Ahning.[1][2] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Khlong Echong dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°22′N 100°44′E / 6.367°N 100.733°E / 6.367; 100.733.[1] Tinjauan saliran Khlong Echong telah dilakukan pada September 1928, lalu namanya dipaparkandan diterbitkan dalam peta Malaya 1945 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMT Survey).[3][4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan peta topografi Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Khlong Echong terletak di Bukit Balek Angin (atau Bukit Balik Angin) di rujukan grid RG4687. Khlong Echong akan menelusuri kawasan perhutanan dipterokarpa bukit dan dipterokarpa pamah, kemudian melengkung sedikit menuju ke arah tenggara. Terdapat anak sungai tanpa nama dari Bukit Balek Angin bermuara di sini. Khlong Echong akan membuat pertemuan sebagai muaranya dengan Sungai Ahning di ketinggian atas min aras laut iaitu 118 meter (387.1 ka). Muara sungai bagi Khlong Echong terletak berdekatan dengan sebuah tanah perkuburan yang ditinggalkan dan persempadan antara Mukim Batang Tunggang Kiri dan Mukim Batang Tungang Kanan.[3][4] Sungai Khlong Echong juga merupakan sumber saliran utama untuk Empangan Ahning.[2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Menurut peta FMS Survey, terdapat dua sungai tanpa nama bermuara di Khlong Sai.[3][4]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan lembah Khlong Echong ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[5] Purata suhu di lembah sungai Khlong Echong untuk tahun 2019 ialah 27.9 °C (82.2 °F). Bulan yang paling panas ialah April dengan suhu mencecah 29.2 °C (84.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.8 °C (80.2 °F).[6][7] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 1,759.8 milimeter (69.3 in) pertahunnya. Bulan Mei merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 322.6 milimeter (12.7 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Februari dengan 19.3 milimeter (0.8 in).[6][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 154. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Khlong Echong, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 15 Mac 2023. Dicapai pada 15 Mac 2023.
  3. ^ a b c Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  4. ^ a b c Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  5. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification" [Peta Dunia Baharu mengenai Pengelasan Iklim Köppen-Geiger]. Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  6. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampong Klok Kla, Kedah, Malaysia (2019)" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
  7. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.