Khlong Sai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khlong Sai
Klong Sai, Sungai Khlong Sai
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Balek Angin
 • lokasitimur Kampung Pisang
MuaraKhlong Kuap 
 • lokasi
barat laut Kampung Ahning
 • koordinat
6°24′04″N 100°44′24″E / 6.401°N 100.74°E / 6.401; 100.74Koordinat: 6°24′04″N 100°44′24″E / 6.401°N 100.74°E / 6.401; 100.74
 • ketinggian
158 meter (518.4 ka)
PanjangTidak diketahui
Ciri-ciri lembangan
PergerakanKhlong Kuap → Sungai AhningSungai Padang SanaiSungai Padang TerapSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama

Khlong Sai (Jawi: كلوڠ ساي), atau juga dikenali sebagai Klong Sai dan Sungai Khlong Sai merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia. Khlong Sai mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Balek Angin dan tamat di pertemuan Sungai Khlong Kuap.[1][2] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Khlong Sai dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°24′N 100°44′E / 6.400°N 100.733°E / 6.400; 100.733.[1]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan peta Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Khlong Sai terletak di Bukit Balek Angin (atau Bukit Balik Angin) di rujukan grid RG4691. Khlong Sai akan sedikit melengkung separa bulatan, lalu menjunam ke arah tenggara menuju ke hilir. Akan terdapat sebatang sungai dari Bukit Balek Angin, sebaik sahaja Khlong Sai menuju ke arah timur. Khlong Sai akan menelusuri kawasan perhutanan tebal di kaki bukit Bukit Balek Angin, sebelum membuat pertemuan antara Khlong Kuap (Sungai Khlong Kuap), iaitu salah satu sungai membentuk Empangan Ahning di ketinggian atas min aras laut iaitu 185 meter (607.0 ka). Muara sungai bagi Khlong Sai terletak berdekatan dengan sebuah dusun buah-buahan di barat laut Kampung Ahning, sebuah kampung yang ditinggalkan, di RG4790.[3][4]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Menurut peta FMS Survey, terdapat satu sungai tanpa nama bermuara di Khlong Sai.[3][4]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan lembah Khlong Sai ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[5] Purata suhu di lembah sungai Khlong Sai pada tahun 2000 hingga 2019 ialah 27.4 °C (81.3 °F). Bulan yang paling panas ialah April dengan suhu mencecah 28.5 °C (83.3 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.6 °C (79.9 °F).[6][7] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,152 milimeter (84.7 in) pertahunnya. Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 286.1 milimeter (11.3 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Februari dengan 59.1 milimeter (2.3 in).[6][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 154. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ "Khlong Sai, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 14 Mac 2023. Dicapai pada 14 Mac 2023.
  3. ^ a b Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  4. ^ a b Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  5. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification" [Peta Dunia Baharu mengenai Pengelasan Iklim Köppen-Geiger]. Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  6. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampung Peraduan Sonkeh, Kedah, Malaysia (2000–2019)" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
  7. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.