Khoo Kay Kim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khoo Kay Kim
邱家金 Qiū Jiājīn
خاو كي كيم

Kelahiran(1937-03-28)28 Mac 1937
Meninggal dunia28 Mei 2019(2019-05-28) (umur 82)[1]
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Malaya
PekerjaanSejarawan
Terkenal keranaKecemerlangan beliau dalam bidang sejarah Malaysia dan dunia. Pengarang Rukunegara.
PasanganPuan Sri N. Rathimalar (1966–2019) hingga kematiannya[2]
Anak-anakEddin Khoo
Rubin Khoo
Mavin Khoo
Ibu bapaKhoo Soo Jin (bapa)
Chuah Gaik See (ibu)

Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim (Bahasa Cina: 邱家金; pinyin: Qiū Jiājīn; Pe̍h-ōe-jī: Khu Ke-kim, Jawi: خاو كي كيم[perlu rujukan]; 28 Mac 1937 – 28 Mei 2019) ialah seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia.

Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat ijazah doktor falsafah (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 (1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang profesor sejarah di Kolej Universiti Malaya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Khoo Kay Kim dilahirkan kepada ibu bapa Cina Peranakan di Kampar, Perak, Malaysia pada 28 Mac 1937. Beliau menerima B.A., M.A., dan Ph.D. pada tahun 1959, 1967, dan 1974 masing-masing dari Universiti Malaya. Tesis kedoktorannya bertajuk The Beginnings of Political Extremism in Malaya 1915-1935 (Permulaan Politik Ekstremisme di Malaya 1915-1935, diterbitkan pada 1974), di mana dia diawasi oleh Kennedy G. Tregonning, Profesor Raffles Sejarah di Universiti Malaya. Khoo adalah salah seorang pengarang Rukunegara. Beliau adalah seorang akademik kebangsaan Malaysia yang sangat dihormati kerana pandangan beliau mengenai sukan tempatan dan isu-isu sosio-politik.[3]

Beliau adalah bapa kepada penyokong seni dan budaya tradisional tempatan Eddin Khoo dan penari Mavin Khoo.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Khoo meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada 28 Mei 2019, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada usia 82 tahun.[4][5]

Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menyifatkan kematian Khoo sebagai kehilangan besar kepada negara. Menurutnya, mendiang merupakan individu hebat dalam memperjuangkan sejarah dan kaum di negara ini. Mahathir turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Khoo.[6]

Takziah kepada keluarga mendiang. Saya sedih kerana tidak sempat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Saya mahu ke sana tetapi tidak mempunyai masa.
Mendiang merupakan individu hebat yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan sejarah negara.
Mendiang juga adalah sejarawan terbilang yang sangat adil kepada semua kaum di negara ini kerana beliau sentiasa bersifat benar sama ada bercakap mengenai Cina, Melayu atau India dan semua orang sentiasa menghormati pandangannya.[6]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada 3 September 2018, Kay Kim bersama-sama Tokoh Animasi, Hassan Muthalib merupakan penerima Anugerah Merdeka 2018 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.[7]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Songket : seni tenunan warisan tradisi. Koleksi keemasan 1 : Alf Promotions, 2007
  2. Batik, a legacy of Datin Seri Endon Mahmood = Batik, warisan budaya bagi mengenang Datin Seri Endon Mahmood : Alf Promotions, 2007/2008
  3. Songket : seni tenunan warisan tradisi : Alf Promotions, 2007.
  4. Malays/Muslims in Singapore : selected readings in history, 1819-1965 / edited by Khoo Kay Khim, Elinah Abdullah, Wan Meng Hao : Pelanduk Publications (M), 2006.
  5. 100 Years the University of Malaya : Universiti Malaya Publication, 2005.
  6. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail : the installation of His Majesty and Malaysia ; bersama Tan Joo Lan , Tan Teong Jin  : Usahasama Seri Cemerlang, [2002]
  7. Jendela masa : kumpulan esei sempena persaraan Dato' Khoo Kay Kim/ ketua editor Mohammad Redzuan Othman, editor Muhammad Yusoff Hashim, Leong Sau Heng, Zulkarnain Abdul Rahman  : Univeristi Malaya, 2001.
  8. Kuala Lumpur : the formative years : Berita Publishing , 1996.
  9. The Chersonese with the gilding off / Emily Innes ; with an introduction by Khoo Kay Kim : Oxford University Press, 1993.
  10. A History of Johore, 1365-1941 / by R.O. Winstedt etc; Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society by Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd., 1992.
  11. His Majesty Sultan Azlan Shah / Khoo Kay Kim ; photographs by royal photographer, Shahrel Yusof : Pelanduk Pub., c1991.
  12. Malay Society : tranformation & democratisation, a stimulating and discerning study on the evolution of Malay society : Pelanduk Publications, 1991.
  13. Persejarahan Melayu Nusantara : kajian mengenai sumber, penghayatan, masalah dan tafsiran naskhah-naskhah terpilih sejarah Melayu / Muhammad Yusoff Hashim ; perunding Khoo Kay Kim. : Teks Publishing, 1988.
  14. Negeri-negeri Melayu Pantai Barat, 1850-1873 : kesan perkembangan dagang terhadap politik Melayu  : Penerbit Fajar Bakti, 1984.
  15. Diskusi Sejarah : Perunding:Prof. Khoo Kay Kim ,Yusoff Iskandar  : Teks Publishing , 1984
  16. Darurat 1948-1960 / disunting oleh : Prof. Khoo Kay Kim & Adnan Hj. Nawang  : Muzium Angkatan Tentera , 1984.
  17. Esei-esei sejarah Malaysia.  : Persatuan Sejarah Malaysia, 1982.
  18. Melaka : dahulu dan sekarang.  : Persatuan Muzium Malaysia, 1982.
  19. Esei-esei sejarah Malaysia II.: Persatuan Sejarah Malaysia, 1982.
  20. Sabah : history and society / compiled by Khoo Kay Kim : Malaysian Historical Society, 1981.
  21. Pendidikan di Malaysia : dahulu dan sekarang. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
  22. Sastera dan sasterawan. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
  23. Islam Di Malaysia/ disusun oleh Prof. Khoo Kay Kim, Mohd. Fadzil Othman dan Abdullah Zakaria Ghazali; diselenggarakan oleh Jazamuddin Baharuddin. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
  24. The History of South-East, South, and East Asia : essays and documents / edited by Khoo Kay Kim. : Oxford University Press, 1977.
  25. Masalah sosial dan politik di Malaysia. : Gateway Publishing House Sdn. Bhd., (19??).
  26. Sastera dan sasterawan II.
  27. Esei-esei sejarah Malaysia II: peraduan mengarang esei
  28. The Western Malay States 1850-1873:the effects of commercial development on Malay politics

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khoo Kay Kim meninggal dunia pada usia 82 tahun
  2. ^ a b “We were not an ordinary country”, Deborah Loh, 17 Okyobrt 2011, The Nut Graph
  3. ^ ejum.fsktm.um.edu.my/article/148.pdf
  4. ^ Daryl Goh (28 May 2019). "Historian Khoo Kay Kim, 82, passes on from lung failure". The Star Online. Dicapai pada 28 May 2019.
  5. ^ Beatrice Nita Jay (28 May 2019). "(UPDATE) Historian Khoo Kay Kim passes away". New Straits Times. Dicapai pada 28 May 2019.
  6. ^ a b "Khoo Kay Kim individu hebat". MalaysiaGazette. 2019-05-28.
  7. ^ Farhana Joni (3 September 2018). "Kay Kim, Hassan penerima Anugerah Merdeka 2018". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-16. Dicapai pada 16 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]