Khuit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khuit dalam hieroglif
xwit

xwit
 
Isteri Teti dan ibunda Tetiankhkem
Dikebumikan di dalam piramid di Saqqara

Khuit II ialah isteri Raja Teti, firaun pertama dari dinasti Keenam Mesir.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Khuit mungkin menjadi isteri diraja yang pertama semasa pemerintahan Teti. Jika begitu, kedudukannya telah diambil alih oleh Iput. Khuit mungkin menjadi ibu kepada Raja Userkare (menurut Jánosi dan Callender),[2] tetapi ini tidak dipastikan dan ada yang menyatakan seorang ratu bernama Khentkaus IV sebagai ibu kepada Userkare.[3] Khuit ialah ibu kepada Tetiankhkem, manakala anak perempuan Khuit boleh jadi Seshseshet Sheshit.[4]

Menurut monumennya, Khuit memegang gelaran:

  • Isteri Raja (ḥmt-niswt) dan Isteri Raja, kekasihnya (ḥmt-niswt mryt.f)
  • Pengiring Horus (smrt-ḥrw)[5]

Pengebumian[sunting | sunting sumber]

Kompleks piramid Khuit di Saqqara

Piramid Iput I dan Khuit ditemui antara Julai 1897 dan Februari 1989 oleh Victor Loret di utara kompleks piramid Teti di Saqqara.[6]

Loret awalnya berfikir makam Khuit adalah sebuah mastaba. Penggalian pada tahun 1960-an oleh Maragioglio dan Rinaldi mula-mula mencadangkan Khuit telah dikebumikan di dalam sebuah piramid. Sisa batu runtuhan kuil mayat kecil juga didapati di situ. Penggalian lebih lanjut pada tahun 1995 oleh Hawass telah mengesahkan bahawa makam Khuit ialah sebuah piramid. Penggalian piramid itu sendiri mendedahkan ruang pengebumian dengan keranda batu granit merah jambu. Kuil mayat yang dikaitkan dengan kompleks pemakamannya terletak di sebelah timur piramid. Kuil itu termasuk bilik persembahan dengan pintu palsu dan mezbah. Dinding kuil dihiasi dan menunjukkan adegan upacara persembahan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:Dodson
  2. ^ a b Verner, Miroslav. The Pyramids: The Mystery, Culture, and Science of Egypt's Great Monuments. Grove Press. 2001. ISBN 0-8021-3935-3 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Verner" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Dodson, Aidan and Hilton, Dyan. The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson. 2004. ISBN 0-500-05128-3
  4. ^ N. Kanawati, Mereruka and King Teti. The Power behind the Throne, 2007, p. 20, 32 et 35
  5. ^ Grajetzki, Wolfram Ancient Egyptian Queens: A Hieroglyphic Dictionary, p.22
  6. ^ Lauer, Jean Phillipe. Saqqara: The Royal Cemetery of Memphis, Excavations and Discoveries since 1850. Charles Scribner's Sons. 1976. ISBN 0-684-14551-0