Khurafat The Series

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khurafat The Series
GenreSeram
Berdasarkan daripada
Khurafat: Perjanjian Syaitan oleh Syamsul Yusof
Ditulis olehSyamsul Yusof (cerita)
PengarahIsmail Yaacob
Dibintangi oleh
Zahiril Adzim
Nora Danish
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitYusof Haslam
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format audioStereo
Siaran asal12 Julai 2011 – 4 Oktober 2011

Khurafat The Series (juga dikenali sebagai Khurafat: Setiap Mayat Ada Cerita) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Skop Productions disiarkan di Astro Ria dari 12 Julai 2011 hingga 4 Oktober 2011.[1] Drama ini diadaptasi daripada filem Khurafat: Perjanjian Syaitan yang diarahkan oleh Syamsul Yusof,[2] yang meraih kutipan pecah panggung. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Nora Danish, mengisahkan tentang Mastura yang mengikat perjanjian sehidup semati dengan Johan tetapi akhirnya segala apa yang dipersetujui itu telah menghantui pasangan kekasih terbabit.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mastura (Nora Danish) dan Johan (Zahiril Adzim) mengikat perjanjian untuk sehidup semati dan melakukan satu ritual menjamu darah mereka pada sebuah busut dgn tujuan agar mereka tidak jatuh cinta kepada orang lain. Namun malangnya, belum sempat Johan melamarnya, Mastura terlibat dalam sebuah kemalangan yang menyebabkannya koma. Kemudian Johan mula merasakan perubahan pada dirinya. Dia perlahan-lahan mula dapat lihat makhluk-makhluk dari alam lain seperti jin dan roh.

Johan pun menyiasat tentang perjanjian yang telah dibuatnya dulu bersama dengan Mastura. Rupanya, apabila darah dititiskan pada busut yang dijaga oleh penunggu, darah dan nyawa Johan dan Mastura juga disatukan. Jika salah seorang daripada mereka mati, pasangannya juga akan mati.

Johan mula panik. Doktor sudah mengesahkan Mastura mungkin tidak dapat diselamatkan dan hanya menunggu masa untuk “pergi”. Ini bermakna waktu Johan juga sudah suntuk. Johan mula mencari cara untuk menarik diri daripada perjanjian dengan penunggu busut. Johan belum bersedia untuk mati. Namun, Johan mula diganggu roh Mastura yang mahukan Johan membunuh diri agar mereka sama-sama dapat “berhijrah” ke alam seterusnnya. Berjayakah Johan menarik diri daripada penjanjian itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Tujuh bulan selepas Khurafat: Perjanjian Syaitan ditayangkan, Datuk Yusof Haslam mengumumkan akan menerbitkan Khurafat dalam bentuk drama bersiri yang akan bersiaran pada pertengahan 2011. Ia merupakan kerjasama sulung Skop Productions dan Astro Ria, Ismail Yaacob memikul tanggungjawab sebagai pengarah untuk Khurafat versi drama.[2] Menurut Datuk Yusof, pihaknya sudah mengkaji setiap adegan yang dipaparkan tidak akan melanggar peraturan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Watak Johan yang sebelum ini dilakonkan oleh Syamsul Yusof dalam versi filem, dipegang oleh Zahiril Adzim untuk versi drama, manakala watak Mastura lakonan Nora Danish, diperkenalkan bagi manggantikan watak Aishah lakonan Liyana Jasmay dalam versi filem.[2] Penggambaran dijalankan di Hospital Sungai Buloh, Hulu Langat dan Bukit Antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Astro Ria bawa filem ’pecah panggung’ ke drama bersiri! Utusan Malaysia (4 Julai 2011). Diperoleh pada 23 April 2012.
  2. ^ a b c Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). Khurafat The Series yakin lulus LPF Diarkibkan 2018-03-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Julai 2011.
  3. ^ Khurafat The Series Selebriti Online (12 Julai 2011). Diperoleh pada 23 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]