Taman KiPark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari KiPark Puchong, Puchong)
Taman KiPark
Koordinat: 2°58′36″N 101°38′27″E / 2.976802°N 101.640954°E / 2.976802; 101.640954Koordinat: 2°58′36″N 101°38′27″E / 2.976802°N 101.640954°E / 2.976802; 101.640954
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahSepang
MukimDengkil
Kawasan parlimenSepang
Kawasan negeriDengkil
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Sepang
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
47120
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Taman KiPark (atau Taman KiPark Puchong, KiPark Puchong dan KiPark sahaja) merupakan kawasan perumahan di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Secara pentadbirannya, Taman KiPark merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Dengkil, iaitu satu daripada tiga mukim dalam Daerah Sepang.[1][2] Poskod bagi Taman KiPark ialah 47120 Puchong.[3]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Taman KiPark merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman KiPark terletak di bahagian utara Daerah Sepang manakala kedudukannya dalam Mukim Dengkil, Taman KiPark terletak di bahagian paling utara Mukim Dengkil. Antara petempatan manusia dan kawasan yang serantau dengan kawasan Taman KiPark ialah Taman Saujana Puchong di bahagian utara; Pusat Perniagaan Suria Puchong dan Taman D'Alpinia di bahagian timur laut; Kampung Batu Sembilan, 16 Sierra dan Kawasan Perindustrian Meranti di bahagian tenggara; Taman Meranti Indah dan Taman Myra Meranti di bahagian selatan, Kampung Pulau Meranti dan Taman Abadi Heights di bahagian barat daya, dan Bandar Bukit Puchong di bahagian barat laut.[1] Taman KiPark mempunyai poskod tersendiri iaitu 47120 dalam daerah pos Puchong.[3]

Dari segi politik, kawasan perumahan Taman KiPark terletak di dalam kawasan parlimen Sepang. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman KiPark terletak di dalam kawasan negeri Dengkil.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
  3. ^ a b "Taman Kipark, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  4. ^ "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.