Ki Bagoes Hadikoesoemo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ki Bagus Hadikusumo

Ki Bagoes Hadikoesoemo atau Ki Bagus Hadikusumo (24 November 1890 - 1954) ialah Ketua Muhammadiyah selama 11 tahun (1942-1953) serta salah satu ahli Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) dan Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI). Disebabkan ini, beliau telah dilantik oleh Kerajaan Republik Indonesia sebagai salah satu Pahlawan Perintis Kemerdekaan Negara Indonesia.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di kampung Kauman Yogyakarta dengan nama R. Hidayat, Ki Bagus merupakan anak lelaki ketiga antara lima orang anak Raden Kaji Lurah Hasyim, seorang kakitangan di pejabat agama Islam di Kraton Yogyakarta.

Ki Bagus mendapat pendidikan sekolah awam (kini SD) dan pendidikan agama di sebuah sekolah agama berasrama tradisional di Wonokromo Yogyakarta. Selanjutnya, beliau pernah menjadi Ketua Majlis Tabligh (1922), Ketua Majlis Tarjih, anggota Suruhanjaya MPM Hoofdbestuur Muhammadijah (1926), dan Ketua PP Muhammadiyah (1942-1953).

Semasa menjadi pemimpin Muhammadiyah, Ki Bagus terlibat dalam Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) dan Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI). Beliau memainkan peranan yang utama dalam perumusan Muqadimah UUD 1945, dengan memberikan konsep ketuhanan, kemanusiaan, keberadaban, dan keadilan. Pokok-pokok fikiran tersebut diterima oleh semua anggota PPKI.

Ki Bagus aktif menulis karya. Antara lain, karya-karyanya termasuk: Islam Sebagai Dasar Negara, Achlaq Pemimpin, Risalah Katresnan Djati (1935), Pustaka Hadi (1936), Pustaka Islam (1940), Pustaka Ichsan (1941), dan Pustaka Iman (1954).

Ki Bagus menjadi Ketua Muhammadiyah selama 11 tahun (1942-1953) dan meninggal dunia pada usia 64 tahun. Kerajaan Republik Indonesia telah melantiknya sebagai Pahlawan Perintis Kemerdekaan Nasional Indonesia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]