Kias Fansuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:

  1. BFE0BF;" | Senarai runut Terbaik M. Nasir

|- | colspan="3" |

"Kias Fansuri"
Single oleh M. Nasir
daripada album Terbaik M. Nasir
Dilancarkan pada1998
Format
GenreTradisional, nusantara
Panjang5:24
SyarikatBMG Music Malaysia
PenulisM. Nasir, Loloq
PenerbitM. Nasir
Kronologi Kronologi single M. Nasir
""Tinggalkan Satu Peluru"
(1996)"
"Kias Fansuri" ""Andalusia"
(1999)"
"Kias Fansuri" di YouTube
"Kias Fansuri"
(Trek 1)
"Bonda"
(Trek 2)

sunting · sunting di Wikidata

Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Kias Fansuri" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh M. Nasir, dikeluarkan sebagai single pertama untuk album kompilasi pertama beliau, Terbaik M. Nasir (1998).

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Sebuah muzik video juga telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, ia diarahkan oleh M. Nasir sendiri.[1] Luncai Emas dan BMG Music telah memperuntukkan RM40,000 untuk pembikinan muzik video ini. Dirakamkan dengan menggunakan format 16 mm, "Kias Fansuri" menampilkan M. Nasir sebagai watak pencerita dan juga raja. Pelakon Vanidah Imran membuat penampilan khas dengan memegang watak sebagai permaisuri.[1]

Muzik video "Kias Fansuri" berkisarkan tentang penyair atau pencerita yang sedang dalam perjalanan mencari erti hidup dan kesempurnaan. Di hadapan kabilah, dia sedang berehat dan berhibur sambil menceritakan pengalamannya terdampar di padang gersang. Bila tersedar, dia terlihat istana dan terpaksa mencuri makan di situ.[1] Dia telah dihukum oleh raja. Dalam pada itu, dia terlihat permaisuri yang jelita dan telah memerangkapnya. Dia melampaui ilusi dan melihat dirinya menjadi raja berselindung di dalam raja yang zalim itu. Namun semua yang diungkapkan dalam klip video itu adalah lambang pencariannya itu.[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Kias Fansuri"5:24


Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (1998) Kedudukan
carta
Carta Muzik Muzik 3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1999 Anugerah Industri Muzik ke-6 Lagu Terbaik "Kias Fansuri" Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Rozi Abdul Razak (24 September 1998). "Klip video sebagai karya seni". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Julai 2018.