Kibō no Tō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Harapan
希望の党
PemimpinShigefumi Matsuzawa
Ditubuhkan25 September 2017 (2017-09-25)
Ibu pejabatTokyo, Jepun
IdeologiKonservatisme
WarnaHijau
Dewan Kaunselor
3 / 242
Dewan Perwakilan
2 / 465
[[Politik Jepun]]
[[Senarai parti politik di Jepun|Parti politik]]
[[Pilihan raya di Jepun|Pilihan raya]]

Kibō no Tō (Bahasa Jepun: 希望の党, Kibou no Tou, "Parti Harapan") merupakan sebuah parti politik di Jepun yang diasaskan oleh Gabenor Tokyo, Yuriko Koike.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 10 September 2017, Yuichirō Tamaki dipilih sebagai ketua bersama Koike melalui sebuah pilihan raya dalam parti tersebut. Namun, Koike meletak jawatan sebagai presiden parti tidak lama kemudian pada 14 November tersebut kerana prestasi kurang cemerlang parti tersebut pada pilihan raya yang lepas.[1]

Penubuhan DPFP[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2018, Kibō no Tō serta Parti Demokratik bergabung untuk menubuhkan parti baharu, Parti Demokratik Rakyat (DPFP). Ahli-ahli yang masih kekal dalam Kibō no Tō kini diketuai oleh Shigefumi Matsuzawa dalam parti baharu, tetapi masih mengekalkan namanya.[2]

Polisi[sunting | sunting sumber]

Rancangan "Yurinomics"[sunting | sunting sumber]

Rancangan Yurinomics (ユリノミクス) merupakan sebuah rancangan ekonomi yang dilancarkan oleh Yuriko Koike sebagai pengganti "Abenomics" yang menggariskan beberapa panduan seperti membatalkan rancangan penetapan cukai penggunaan Jepun kepada 10% pada 2019 dan menghapuskan penggunaan tenaga nuklear pada 2030.[3] Selain itu, Koike juga menetapkan rancangan "pendapatan asas" di mana rakyat menerima pendapatan tetap.[4]

12 no Zero[sunting | sunting sumber]

"12 no Zero" (12のゼロ) merupakan sebuah manifesto 12 perkara yang ingin dihapuskan oleh Kibō no Tō di Jepun:[5]

  • Tiada tenaga nuklear
  • Tiada penyembunyian oleh badan korporat
  • Tiada sumbangan oleh badan korporat
  • Tiada kanak-kanak yang menunggu untuk ke tadika
  • Tiada perokok pasif
  • Tiada masalah kereta api sesak
  • Tiada pembunuhan paksa haiwan peliharaan
  • Tiada sisa makanan
  • Tiada perniagaan berunsur eksploitasi
  • Tiada kafunsho (Alahan akibat debunga pokok sedar Jepun)
  • Tiada masalah dalam perpindahan penduduk
  • Tiada tiang utiliti

Polisi-polisi lain[sunting | sunting sumber]

Selain itu, Koike dan parti juga menetapkan manifesto-manifesto lain seperti:[6]

  • Menggalakkan debat tentang pemindaan perlembagaan Jepun, termasuk Perkara 9
  • Berusaha ke arah keseimbangan ahli wanita dan lelaki dalam Parlimen
  • Berusaha ke arah sistem Parlimen dengan satu dewan
  • Menghapuskan diskriminasi terhadap masyarakat homoseksual
  • Menyokong tindakan Shinzo Abe dalam melaksanakan sekatan ke atas Korea Utara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tokyo Gov. Koike resigns as party leader after election defeat". Kyodo News (dalam bahasa Inggeris). 17 November 2017. Dicapai pada 23 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "松沢新党、「希望の党」党名継承 小池都知事と確認". TV Asahi (dalam bahasa Jepun). 26 April 2018. Dicapai pada 23 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Yurinomics - new party's answer to Abenomics". Straits Times. 7 Oktober 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Terazono, Emiko (6 Oktober 2017). "Japan opposition launches 'Yurinomics' and '12 zeros' in bid to unseat Abe". Financial Times. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "希望の党: 政策" (PDF). Kibo no To. 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-07. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Reynolds, Isabel (6 Oktober 2017). "Japan's Opposition Unveils 'Yurinomics' Platform to Challenge Abe". Bloomberg. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]