Kickstarter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kickstarter, PBC
Maklumat umum
URLkickstarter.com
JenisPublic-benefit corporation (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Tersedia dalamBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
Ditubuhkan28 April 2009 dan 29 April 2009 Edit the value on Wikidata
PengasasPerry Chen (en) Terjemah, Yancey Strickler (en) Terjemah dan Charles Adler (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Kandungan dan sokongan
IndustriInternet dan dana khalayak Edit the value on Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa 508 (October 2017)[1]
Lokasi
Ibu pejabat58 Kent Street (en) Terjemah Edit the value on Wikidata, Amerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Anugerah
–  National Design Awards (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: kickstarter Twitter: Kickstarter Instagram: kickstarter Youtube: UCPV33YGEVLwtOotz9ZG0XQw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kickstarter ialah sebuah syarikat faedah awam (public-benefit corporation)[2] yang beribupejabat di Brooklyn, New York menguruskan platform pendanaan khalayak global yang berfokuskan pada kreativiti.[3] Syarikat ini menyatakan misinya "membantu menjadikan projek-projek kreatif sebuah kenyataan".[4] Syarikat ini telah dilaporkan menerima cagaran sebanyak lebih daripada 1.9 bilion dolar A.S daripada 9.4 juta pelanggan untuk mendanai 257,000 projek kreatif seperti filem, muzik, pertunjukan teater, komik, kewartawanan, permainan video, teknologi serta projek yang berkait dengan makanan.[5]

Mereka yang menyumbang kepada dana projek-projek dalam laman ini ditawarkan ganjaran atau pengalaman yang nyata atau pengalaman sebagai pertukaran.[6] Model ini mendapat ilhamnya daripada konsep model langganan seni naungan, di mana para seniman berhubung dengan penonton mereka untuk meraih dana kewangan mereka.[7]

Model[sunting | sunting sumber]

Kickstarter merupakan salah satu platform pendanaan ramai untuk meraih duit daripada orang ramai yang menmintas kaedah pelanburan yang lama.[8][9] Tarikh tamat projek dipilih serta matlamat dana yang minimum. Jika matlamat tersebut tidak dipenuhi sebelum tarikh tamat tersebut, maka dana langsung tidak dikutip (sebaagi suatu kontrak jaminan).[10]

Kategori[sunting | sunting sumber]

Para pencipta mengkategorikan projek mereka kepada 13 bidang dan 36 subbidang [11] iaitu "Seni", "Komik", "Tarian", Reka Bentuk", "Fesyen", "Filem dan Video", "Makanan", "Permainan", "Muzik", "Fotografi", "Percetakan", "Teknologi" dan "Teater".

Garis panduan[sunting | sunting sumber]

Tiga garis panduan telah diwujudkan laman ini demi mengekalkan tumpuannya sebagai suatu plaform pendanaan untuk projek-projek kreatif:

  1. para pengeluar hanya boleh mendana projek sahaja;
  2. projek yang ingin dijalankan harus menepati mana-mana daripada 13 kategori kreatif; serta,
  3. pengeluar harus mengikut peraturan yang melarang pengunaan laman untuk tujuan tertentu termasuk amal kebajikan dan kempen kesedaran.

Kickstarter turut mempunyai keperluan tambahan untuk projek reka bentuk perkakasan dan produk, termasuk:[12][13]

  • Pengharaman imej footrealistik dan simulasi menunjukan penggunaan produk
  • Pengharaman projek organisma terubah suai secara genetik.[14]
  • Pengehadan anugerah kepada item tunggal atau "set wajar" barangan yang relevan kepada projek
  • Perlunya ada prototaip fizikal
  • Perlunya ada pelan pembuatan.

Garis-garis panduan ini direka untuk menekankan tujuan Kickstarter sebagai laman pendanaan projek semata-mata, bukannya untuk meletakkan pesanan barang. Untuk menegaskan tanggapan bahawa laman ini menyatukan usaha para pencipta dan pelanggan, para penciptadari semua kategori diminta menerangkan risiko dan cabaran yang dihadapi dalam menjalankan projek mereka, lalu mendidik orang ramai mengenai matlamat projek serta mengalakkan sumbangan kepada masyarakat mereka.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kickstarter.com Site Info" (Pendanaan ramai). Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-11. Dicapai pada 16 Oktober 2017.
  2. ^ Isaac, Mike (September 21, 2015). "Kickstarter Focuses Its Mission on Altruism Over Profit". The New York Times.
  3. ^ "Kickstarter crowdfunding site officially launches in Canada". The Canadian Press. 10 September 2013. Dicapai pada 14 Oktober 2013. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)
  4. ^ Gannes, Liz (May 29, 2010). "Kickstarter: We Don't Have Anything Against Celebrity Projects". All Things D.
  5. ^ "OMG". Kickstarter. Dicapai pada 23 September 2015.
  6. ^ Walker, Rob (August 5, 2011). "The Trivialities and Transcendence of Kickstarter". The New York Times Magazine.
  7. ^ Garber, Megan (June 29, 2013). "Kickstarters of Yore: Mozart, Lady Liberty, Alexander Pope". The Atlantic.
  8. ^ Villano, Matt (14 Mac 2010). "Small Donations in Large Numbers, With Online Help". The New York Times.
  9. ^ Gould, Emily. "Start me up". Technology Review. MIT. Dicapai pada 20 Januari 2011.
  10. ^ Musgrove, Mike (7 Mac 2010). "At Play: Kickstarter is a Web site for the starving artist". The Washington Post.
  11. ^ "Discover – Kickstarter". Kickstarter.com. Dicapai pada 20 Jun 2012.
  12. ^ "Eric Blattberg, "Kickstarter Bans Project Renderings, Adds 'Risks and Challenges' Section, Crowdsourcing.org 21 September 2012". www.crowdsourcing.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2014. Dicapai pada 9 October 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Milian, Mark (6 September 2012). "After Raising Money on Kickstarter, Side Project Lands Another $3 million". Bloomberg Tech Deals. Dicapai pada 9 Oktober 2014.
  14. ^ "Cha, Ariana Eunjung, "Glowing plants spark environmental debate" The Seattle Times 5 October 2013". The Seattle Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2014. Dicapai pada 9 Oktober 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "Kickstarter Is Not a Store".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]