Kikko Matsuoka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kikko Matsuoka
Kelahiran
Kikuko Matsuoka

(1947-02-11) 11 Februari 1947 (umur 77)
PekerjaanPelakon
PasanganHayato Tani

Kikko Matsuoka (Jepun: 松岡 きっこ, Hepburn: Matsuoka Kikko, lahir 11 Februari 1947; umur 77 tahun) ialah seorang pelakon wanita Jepun. Beliau memiliki nama sebenar Kikuko Matsuoka (Jepun: 松岡 紀公子, Hepburn: Matsuoka Kikuko).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai pelakon kanak-kanak, Matsuoka membuat penampilan pertama filemnya pada tahun 1957 dengan Daiei Film iaitu, Tokyo hanzai chizu.[1] Muncul di beberapa filem lain, termasuk filem seram, The Living Skeleton (Kyūketsu dokuro sen), beliau sempat menjadi idola pada era 1960-an.[1] Beliau pernah muncul dalam filem James Bond 1967 bertajuk, You Only Live Twice sebagai gadis penyelam, namun tidak diiktiraf.[2] Beliau juga bekerja di televisyen, muncul di lebih dari tiga puluh drama televisyen, termasuk peranan berulang di siri televisyen seperti Key Hunter dan The Guardman.[3] Beliau juga tampil di rancangan aneka terkenal seperti Kyosen Maetake gebageba 90-pun. Karyanya yang paling berkesan di televisyen ialah sebagai pengacara bersama mingguan selama lebih dari sepuluh tahun dalam rancangan berita lewat malam 11PM,[1][4][5] yang bersiaran selama lebih dari dua puluh tahun.

Selama kerjaya televisyennya, beliau bertemu dengan pelakon Hayato Tani; mereka mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 1978[6] dan berkahwin pada tahun 1981. Pasangan ini telah muncul dalam banyak rancangan televisyen Jepun bersama-sama, termasuk rancangan permainan Istana Takeshi, dimana Matsuoka sebagai penampilan khas, cuba mendorong suaminya, Jenderal Tani, untuk tidak menyerah.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Sekai ga hirogeru mitai: Matsuoka Kikko". Yomiuri Shinbun (dalam bahasa Japanese). 27 May 1969. m/s. 23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Ano "007 nagusame no hōshū" ni jūdai misu?!". Cinema Today. Dicapai pada 18 June 2012.
  3. ^ "Matsuoka Kikko". TV Drama Database. Dicapai pada 18 June 2012.
  4. ^ "Ōhashi Kyosen, Matsuoka Kikko, Itsuki Reiko". Yomiuri Shinbun (dalam bahasa Japanese). 14 May 1978. m/s. 27.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Tadahiko, Omata. "Akogare no sonzai Matsuoka Kikko". Terebi no mukōgawa. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2012. Dicapai pada 18 June 2012.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  6. ^ "Tani Hayato Matsuoka Kikko kon'yaku". Yomiuri Shinbun (dalam bahasa Japanese). 7 September 1978. m/s. 22.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Kōgekigungawa kyasuto". Fūun! Takeshi-jō Rekishi Shiryōkan. Dicapai pada 18 June 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]