Kilauan Emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kilauan Emas adalah merupakan sebuah rancangan program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian di Malaysia yang telah pun disiarkan sebanyak 5 musim di saluran TV Astro. Tidak seperti program realiti TV nyanyian yang lain, program ini mencari dan mengetengahkan bakat nyanyian bagi warga emas yang berusia 40 tahun dan keatas, dimana tagline bagi program ialah "Otai Masih Berbisa" menepati format dan tujuan rancangan ini diadakan. Disiarkan bermula pada tahun 2011, setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD secara serentak.

Kilauan Emas
Format
  • Pertandingan Realiti TV
  • Pertandingan Nyanyian Veteran
PengacaraRaja Azura
(2011-2015)
Juri
Lagu pembukaan"Kilauan Emas" nyanyian Dato' Jefrydin & Ana Raffali
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim5
Penerbitan
LokasiKuala Lumpur
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran2 jam (per episod)
Syarikat penerbitan
Astro Entertainment Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 April 2011 – 27 Mei 2015
Kronologi
Diikuti olehKilauan Emas Otai

Format rancangan[sunting | sunting sumber]

Kilauan Emas adalah merupakan sebuah program realiti televisyen terbitan Astro dimana rancangan ini bertujuan mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian bagi peserta yang berusia 40 tahun dan keatas. Peserta akan dipilih melalui proses ujibakat di setiap zon, dan setelah itu mereka akan ditapis untuk memilih peserta yang benar-benar layak dan menepati kriteria yang di inginkan oleh barisan juri.

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Kesemua peserta yang berjaya terpilih akan membuat persembahan setiap minggu dihadapan barisan juri tetap dan juri jemputan. Persembahan mereka akan dinilai dan akan dikomen oleh para juri.

Permarkahan dan undian[sunting | sunting sumber]

Setiap minggu juri akan memberikan 70% markah kepada setiap peserta, manakala 30% adalah hasil undian daripada para penonton dirumah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Peserta yang mendapat undian dan markah yang terendah akan disingkirkan.

Senarai musim[sunting | sunting sumber]

Musim Pertama (2011)[sunting | sunting sumber]

Musim Kedua (2012)[sunting | sunting sumber]

Musim Ketiga (2013)[sunting | sunting sumber]

Musim Keempat (2014)[sunting | sunting sumber]

Musim Kelima (2015)[sunting | sunting sumber]

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Penaja[sunting | sunting sumber]

  • Polident (penaja utama)
  • Sinar FM (radio rasmi)

Rujukan[sunting | sunting sumber]