Kim Dong-wan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kim Dong-wan (hangul: 김동완; lahir 21 November 1979) adalah seorang penghibur Korea Selatan, lebih dikenali sebagai ahli dalam kumpulan penyanyi popular Korea Selatan, Shinhwa. Beliau telah berlakon sejak 2002, dengan peranan dalam drama TV seperti A Farewell to Sorrow dan Children of Heaven. Beliau berkata bahawa sekiranya diberi peluang, beliau lebih menyukai bidang lakonan berbanding nyanyian. Namun, sejak pelancaran album debutnya, beliau dikini lebih menyukai bidang nyanyian. Dari Shinhwa, beliau adalah ahli keempat yang mengorak langkah sebagai artis solo, mengikuti Lee Min-woo, Shin Hye-sung dan Jun Jin.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kim adalah seorang pelakon kanak-kanak dan pernah membintangi beberapa drama semasa remaja tetapi memilih untuk tidak mengejar lakonan sebagai kerjaya.[1] Beliau kemudian menyertai agensi S.M. Entertainment sebagai pelatih selepas direkrut di jalanan.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1998: Debut dengan Shinhwa[sunting | sunting sumber]

Kim debut pada tahun 1998 sebagai vokalis dalam kumpulan penyanyi lelaki Shinhwa. Walaupun beliau bukan vokalis utama, beliau mula menyanyikan bahagian-bahagian penting dalam album ketujuh Shinhwa, Brand New. Satu lagu daripada album tersebut berjudul "Liar", sebenarnya hanya mempunyai suara Kim sebagai vokalis bersama Eric Mun sebagai rapper. Beliau juga, menulis, menggubah dan menyusun satu lagu dari album yang sama berjudul "Set Free". Walaupun beliau telah mengorak langkah sebagai artis solo, beliau tetap sebahagian daripada Shinhwa dan telah melancarkan album kesembilan bersama Shinhwa.[3]

Kim adalah salah seorang dari beberapa selebriti Korea dipuji oleh media Jepun kerana memberikan sumbangan untuk mangsa banjir pada tahun 2006.[4]

Pada 16 April 2007, Kim tampil sebagai tetamu di rancangan radio "Pleasure and Pain" yang diacarakan oleh MC Mong. Ketika ditanya tentang kejadian awal dalam kerjayanya di mana hidungnya cedera, Kim mengaku telah melakukan pembedahan plastik untuk mengubah bentuknya.[5]

Tahun 2007: Debut solo[sunting | sunting sumber]

Kim mengeluarkan album solo debut, Kimdongwan Is, pada 5 Julai 2007, yang menampilkan kerjasama dengan rakan-rakan Shinhwa, termasuk Andy Lee rap dalam lagu "Loving Summer", Shin Hye Sung berduet dengan Kim dalam "The One Left Alone", dan Eric rap di "My Love".[6] Anggota lain juga telah menyumbang untuk album ini, dengan Lee Min-Woo menulis, menggubah dan menyusun lagu "My Love" dan Jun Jin membantu Kim dengan koreografi.[7] Kim menyatakan terima kasih atas sumbangan mereka, mengatakan, "Saya telah bekerja sama dengan kumpulan Shinhwa, maka terdapat banyak tekanan semasa penghasilan album ini, tapi sejak ahli lain datang dan membantu saya dalam banyak perkara, ia telah menjadi bantuan besar bagi saya". Single pertama Kim merupakan sebuah lagu balada berjudul "Handkerchief", lagu tentang seorang lelaki yang menghiburkan teman wanitanya dan menyeka air matanya. Walaupun genre muzik yang dibawa Shinhwa adalah R&B Amerika dan pop bubblegum, Kim berkata beliau ingin album ini lebih dipengaruhi unsur J-pop, setelah menggubah semula lagu oleh Glay dan Exile dalam album ini.

Untuk album debut, Kim juga kehilangan banyak berat badan, mengatakan bahawa "ini tidak baik untuk seorang penyanyi balada untuk memiliki imej yang sasa. Seseorang yang bernyanyi balada harus kurus, mempunyai imej yang 'seakan lapar'." Album ini terjual melebihi 25,000 unit dalam masa dua hari, dengan 41,490 unit terjual pada akhir tahun 2007, membenarkan ia untuk berada di kedudukan ke-19 pada tahun tersebut. Pada 2008, beliau melancarkan album solo kedua, The Secret; Between Us. Album ini menampilkan kerjasama dengan Tiffany (SNSD), Jade Valerie, rakan sekumpulan Eric dan Heritage.

2008-2011: Khidmat Tentera dan musikal[sunting | sunting sumber]

Kim tersenarai untuk mengikuti khidmat tentera pada November 2008 di kem latihan tentera di Gongju, Chungcheongnam-do. Beliau telah dilepaskan secara rasmi pada 17 Disember 2010 selepas berkhidmat selama 24 bulan sebagai pekerja pentadbiran di Pejabat Daerah Seodaemun-gu.[8]

Selepas khidmat tentera, Kim menyertai rakan sekumpulan Shin Hye-sung di agensi Liveworks Company dan sejak itu telah memainkan peranan utama Hedwig dalam teater muzikal Hedwig and the Angry Inch di Dewan Seni Sang Sang di Seoul. Pada Ogos 2011, Kim memainkan peranan aktivis kemerdekaan Korea, Lee Youk-sa dalam drama istimewa dua bahagian terbitan MBC berjudul The Peak, juga dienali sebagai Life of Lee You-sa, the Poet who Embraced Epoch. Ia disiarkan pada Hari Pembebasan Korea, 15 Ogos 2011. Lee Youk-sa merupakan seorang penyair, semasa zaman kolonial Jepun, yang mati di penjara pada usia 40 tahun, meninggalkan koleksi lebih 40 buah karya-karya puisi.

2012: Kembalinya Shinhwa dan lakonan[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2012, Kim kembali dengan anggota-anggota Shinhwa yang lain selepas empat tahun, di bawah pengurusan 'Shinhwa Company'. Ia adalah usahasama ahli-ahli untuk bekerja sebagai satu kumpulan, dimana Eric dan Lee Min-woo adalah CEO bersama dan ahli-ahlilain merupakan pemegang saham. Syarikat ini menguruskan kumpulan Shinhwa manakala aktiviti solo ahli-ahli diuruskan oleh agensi masing-masing. Shinhwa telah melancarkan album studio kesepuluh mereka berjudul The Return pada 23 Mac 2012, melancarkan konsert comeback 2012 Shinhwa Grand Tour: The Return di seluruh Asia dan rancangan hiburan eksklusif pertama mereka bertajuk Shinhwa Broadcast. yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2012 di stesen kabel JTBC.[9][10][11]

Pada bulan Julai, Kim bersama Kim Myung-min dan Lee Ha-nui membintangi filem thriller Deranged sebagai Jae-pil, detektif yang menderita dengan rasa serba-salah kerana membazirkan wang saudaranya di pasaran saham.[12][13] Pada bulan Ogos pula, Kim telah diambil sebagai peranan utama Kim Tae-pyung dalam drama harian terbitan KBS berjudul [ Cheer Up, Mr. Kim!], tentang seorang pembantu rumah lelaki dan pembersih domestik, penjaga kepada tiga budak yang kemudiannya bertambah kepada empat budak, yang kesemuanya bukan anak beliau. Siri ini mula ditayangkan pada bulan November dan menandakan drama TV pertama buat Kim sejak drama Good Bye, Sadness pada 2005. Pada Anugerah Drama KBS 2012, Kim menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Harian untuk watak Mr. Kim.[14]

2015: Derma untuk Nepal[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April tahun 2015, setelah gempa bumi di Nepal, Dong Wan dilaporkan telah menyumbangkan sebanyak 36,000,000 (bersamaan kira-kira $33,660 USD) ke dalam dana bencana.[15]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai Lagu
KOR

(RIAK)
Kimdongwan Is
  • Dikeluarkan: 5 Julai 2007 (SDL-0009)[16]
  • Versi Repackaged dikeluarkan: 4 Oktober 2007 (SDL-0051)[17]
  • Syarikat rakaman: H2 Entertainment
  • Format: CD
  • Jualan: 41,490[18]
4[19]
Senarai lagu
  1. Dongwan Is (Intro)
  2. 내 잘못이니까 (It's My Fault)
  3. 손수건 (Handkerchief)
  4. 삼총사 (menampilkan MC Mong, Ho In-chang) (Three Musketeers)
  5. Scream (menampilkan D.Bace, DJ Tukutz of Epik High)
  6. 사랑이 가여워 (Love... Poor)
  7. My Love (menampilkan Eric)
  8. 여름이 좋아 (menampilkan Andy) (Loving Summer)
  9. 남은 사람 (duet dengan Shin Hye-sung) (The One Left Alone)
  10. 사랑해선 안 될 사람 (duet dengan Byul) (Cannot Love You)
  11. 진담 (Truth)
  12. Scream (Instrumental)


Senari Lagu Versi Repackage
  1. Dongwan Is (Intro)
  2. 들어봐 (For 신화창조) Listen (Untuk Shinhwa Changjo)
  3. 내 잘못이니까 (It's My Fault)
  4. 손수건 (Handkerchief)
  5. 삼총사 (menampilkan MC Mong, Ho In-chang) (Three Musketeers)
  6. Scream (menampilkan D.Bace, DJ Tukutz of Epik High)
  7. 사랑이 가여워 (Love... Poor)
  8. My Love (menampilkan Eric)
  9. 여름이 좋아 (menampilkan Andy) (Loving Summer)
  10. 남은 사람 (duet dengan Shin Hye-sung) (The One Left Alone)
  11. 사랑해선 안 될 사람 (duet dengan Byul) (Cannot Love You)
  12. 진담 (Truth)
  13. 손수건 (Remix)(Handkerchief)
The Secret Between Us
  • Dikeluarkan: 13 Mei 2008 (SDL-0111)[20]
  • Versi Repackage dikeluarkan: 22 Julai 2008 (SDL-0140)[21]
  • Syarikat rakaman: H2 Entertainment
  • Format: CD
  • Jualan: 16,537+
2[22]
Senarai lagu
  1. 남자의 사랑 (Man's Love)
  2. 비밀 (pengkisahan oleh Tiffany of Girls' Generation) (Secret)
  3. 왜 그래 (menampilkan Heritage) (What's Wrong?)
  4. Honey (menampilkan Eric)
  5. 사랑하는 사람아 (Person You Love)
  6. 바람의 노래 (Wind's Song)
  7. 사이 키스 (Kiss Between Us)
  8. 떠나도 돼 (You Can Leave)
  9. 악녀 탈출 (Witch's Escape)
  10. 좋을 사람 (Good Person)
  11. 잊어야겠다 (I Need to Forget)
  12. You Don't Know Me (duet bersama Jade Valerie)
  13. 비밀 (Instrumental)
  14. 왜 그래 (Instrumental)


Senarai Lagu versi Repackage
  1. 남자의 사랑 (Man's Love)
  2. 비밀 (pengkisahan oleh Tiffany of Girls' Generation) (Secret)
  3. 왜 그래 (menampilkan Heritage) (What's Wrong?)
  4. Honey (menampilkan Eric)
  5. 사랑하는 사람아 (Person You Love)
  6. 바람의 노래 (Wind's Song)
  7. 사이 키스 (Kiss Between Us)
  8. 떠나도 돼 (You Can Leave)
  9. 악녀 탈출 (Witch's Escape)
  10. 좋을 사람 (Good Person)
  11. 잊어야겠다 (I Need to Forget)
  12. 후애 (After)
  13. 이별 전화 (duet bersama Wanted Kim Jae-seok)
  14. You Don't Know Me (duet bersama Jade Valerie)
  15. 비밀 (Instrumental)
  16. 왜 그래 (Instrumental)

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai lagu
KOR

(RIAK)
D
  • Dikeluarkan: 21 Oktober 2015[23]
  • Syarikat rakaman: Loen Entertainment
  • Bahasa: Korea
  • Format: CD, muat turun digital
-
Senarai Lagu
  1. I'm Fine
  2. Piece (menampilkan C Jamm)
  3. My Friend (menampilkan Danny Ahn of g.o.d)
  4. Piece (Inst.)
  5. My Friend (Inst.)
W
  • Dikeluarkan: 27 November 2015
  • Syarikat rakaman: Loen Entertainment
  • Bahasa: Korea
  • Format: CD, muat turun digital

20[24]

Senarai lagu
  1. 잘자 (menampilkan Andy Lee (South Korean singer) of Shinhwa)
  2. DU DU DU
  3. HE_SUNSHINE
  4. DU DU DU (Inst.)
  5. 잘자 (Inst.)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai Lagu
JPN
(Oricon)
Japan Premium Best
  • Dikeluarkan: 15 Disember 2010
  • Syarikat rakaman: Tsubasa Records
  • Bahasa: Korea, Jepun
57[25]
Senarai lagu
CD
  1. 聞いて...(untuk Shinhwa Changjo)
  2. 僕のせいだから (It's My Fault)
  3. ハンカチ (Handkerchief)
  4. My Love (menampilkan Eric)
  5. 夏が好き (menampilkan Andy) (Loving Summer)
  6. 愛してはいけない人 (menampilkan Byul) (Cannot Love You)
  7. もう、いいよ (It's Good)
  8. とうして? (menampilkan Heritage) (Why?)
  9. 秘密 (pengkisahan oleh Tiffany of Girls' Generation) (Secret)
  10. サイキス -キスとキスの間- (Kiss Kiss -Between the Kisses-)
  11. 風の歌 (Wind's Song)
  12. いい人 (Good Person)
  13. 後愛 (After Love)
  14. 約束 (duet bersama Younha) (Can't Forget)
  15. 君がいるべき場所 (menampilkan K)
DVD
  1. ハンカチ (Handkerchief)
  2. 秘密 (pengkisahan Tiffany of Girls' Generation) (Secret)
  3. 約束 (duet bersama Younha) (Can't Forget)
  4. 君がいるべき場所 (menampilkan K)

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai Lagu
KOR

(RIAK)
JPN
(Oricon)
"약속"

("Promise")
  • Dikeluarkan: 7 November 2008 (SDL-0187)[26]
  • Syarikat rakaman: H2 Entertainment
  • Format: CD
  • Bahasa: Korea
- -
Senarai Lagu
  1. Intro
  2. 약속 (duet bersama Younha) (Promise)
  3. 못잊어 (Can't Forget)
  4. 약속 (Instrumental)
"My Summer Girl"
  • Dikeluarkan: 24 Ogos 2011 (POCE-92007, POCE-32007)[27][28]
  • Syarikat rakaman: Universal Music
  • Format: CD
  • Bahasa: Jepun
- 109[29]
Senarai Lagu Versi 1
  1. My Summer Girl (duet bersama Kohmi Hirose)
  2. Time Machine
  3. My Summer Girl (instrumental)
  4. Time Machine (instrumental)


Senarai Lagu Versi 2
  1. My Summer Girl (duet bersama Kohmi Hirose)
  2. Time Machine
  3. My Summer Girl (instrumental)
  4. Time Machine (instrumental)
  5. My Summer Girl (versi solo KDW)
"He_Sunshine"
  • Dikeluarkan: 21 November 2014[30]
  • Label:
  • Format: Digital
  • Bahasa: Korea
Senarai Lagu
  1. He_Sunshine
  2. He_Sunshine (instrumental)
"He_Starlight" (menampilkan Jeon So-min
  • Dikeluarkan: 23 Disember 2014[31]
  • Label:
  • Format: Digital
  • Bahasa: Korea
Senarai Lagu
  1. He_Starlight
  2. He_Starlight (instrumental)

Album video[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Senarai Lagu
약속: 첫번째 라이브 콘서트

Promise: The First Live Concert
  • Dikeluarkan: 18 Jun 2009[32]
  • Dikeluarkan Di Bawah:
  • Bahasa: Korea
  • Format: DVD
Senarai Lagu
CD
Konsert
  1. Honey
  2. 악녀탈출
  3. 비밀
  4. 사랑이 가여워
  5. 내 잘못이니까
  6. 후애
  7. 잊어야겠다
  8. 여름이 좋아
  9. 들어봐
  10. 사이키스
  11. Say Anything + Always
  12. 바람의 노래
  13. 이별전화
  14. 좋을 사람
  15. 왜 그래
  16. Scream
  17. 남자의 사랑
  18. Brand New
  19. 손수건
CD 2
Istimewa Konsert
  1. Bual Bicara Istimewa 텐텐클럽
  2. Multi Sudut – 사이키스
  3. Filem belakang tabir penghasilan konsert

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Drama televisyen[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • 2002 – Emergency Act 19 – cameo dengan Shinhwa
  • 2004 – Spin Kick, juga dikenali Taekwon Boys[35]
  • 2012 – Deranged - sebagai Jae-pil, penyiasat dan adik Jae-hyuk, yang dimainkan oleh Kim Myung-min[36]
  • 2015 – Springtime Fantasy
  • 2015 – Glory Day
  • 2015 – The Megalomaniac

Rancangan Hiburan[sunting | sunting sumber]

  • 2003 Love Letter Yoon Do-Hyun "Lately" - KBS
  • 2004 Love Letter Yoon Do-hyun "Cigarette Shop Girl" - KBS
  • 2005 Public Relations – Pegawai Festival Filem Antarabangsa Jeonju
  • 2005 Love Letter (ep 1 - 14) – SBS
  • 2005 X-ManSBS
  • 2006 Heroin 6
  • 2006 New X-ManSBS
  • 2015 I Live Alone (ep 99 - 150) - MBC
  • 2015 peserta King of Mask Singer dengan nama pentas "Holding the End of the Night" (Episod 29-30) - MBC

Pengacara[sunting | sunting sumber]

  • 2000-2002: DJ untuk Ten Ten Club
  • 2003-2005: Pengacara untuk Inkigayo SBS
  • 2006: Pengacara untuk konsert I Love My Teacher Day SBS

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Nama Karya Keputusan Rujukan
2004 Anugerah Filem Blue Dragon ke-25 Pelakon Baru Terbaik Spin Kick Tercalon
2005 Anugerah Drama KBS Pelakon Baru terbaik A Farewell to Sorrow Menang
Pasangan Terbaik Tercalon
2007 SBS Inkigayo Anugerah Mutizen Handkerchief Menang
Anugerah Muzik Asia Mnet Persembahan Balada Terbaik Tercalon [37]
2012 Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Lelaki dalam Drama Harian Cheer Up, Mr. Kim! Menang
2013 Anugerah Seni Baeksang ke-49 Pelakon Paling Popular (Filem) Deranged Menang [38][39]
Anugerah Drama Korea ke-6 Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Lelaki Cheer Up, Mr. Kim! Menang
2015 SBS MTV The Show pemenang The Show Choice I'm Fine Menang
2015 Anugerah Hiburan MBC Anugerah Kecemerlangan, Rancangan Hiburan I Live Alone Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "[Interview - Part I] Kim Dong Wan Wants to be a Real Actor". Mnet Global. July 8, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-14. Dicapai pada 2018-10-30.
  2. ^ "Way Back Wednesday: Shinhwa". allkpop.com. April 5, 2012.
  3. ^ "김동완 '노래 있어 연기도 가능했다..가수는 내 고향'" Star News. 4 July 2007. Retrieved 2011-11-08 (Korea)
  4. ^ Korean Stars Praised for Generosity in Japan Diarkibkan 2007-02-19 di Wayback Machine. KBS Global, August 14, 2006. Retrieved on December 13, 2006.
  5. ^ "Kim Dong-wan’s Surprising Plastic Surgery Confession" Diarkibkan 2007-04-25 di Wayback Machine, KBS World, April 16, 2007. Retrieved on May 5, 2007.
  6. ^ "김동완 '솔로 준비에 앤디가 가장 반대'" Star News. 1 July 2007. Retrieved 2011-11-08 (Korea)
  7. ^ Garcia, Cathy Rose A (2006-06-21). "Shinhwa Members Go Solo This Summer". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-28. Dicapai pada 2007-06-21. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ "Shinhwa singer discharged" Joongang Daily. 9 December 2010. Retrieved 2011-11-08
  9. ^ Suk, Monica (26 March 2012). "CONCERT REVIEW: Shinhwa: Reborn with The Return". 10 Asia. Dicapai pada 13 December 2012. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  10. ^ "Shinhwa to release upcoming 10th album on March 23". 10 Asia. 16 March 2012. Dicapai pada 2012-03-26.
  11. ^ Park, HyunMin (4 March 2012). "Shinhwa to have Shinhwa Broadcast". Mnet News. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-03. Dicapai pada 12 November 2012. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  12. ^ Chung, Hyun-mok (16 July 2012). "Kim Dong-wan sees great success at box office". Joongang Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2013. Dicapai pada 1 October 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Oh, MiJung (20 June 2012). "Kim Dong Wan Opens Up on ′Deranged′, Shinhwa and Kim Myung Min". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-04. Dicapai pada 27 June 2012.
  14. ^ Jun, Ji Young (2 January 2013). "2012 KBS Drama Awards". KBS Global. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 7 January 2013.
  15. ^ "Shinhwa's Dongwan Has Donated $33,660 Towards Nepal Earthquake Relief Fund". Dicapai pada 10 August 2015.
  16. ^ "김동완 1집 - Kimdongwan Is". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  17. ^ "김동완 1집 - Kimdongwan Is[repack.]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  18. ^ 2007.총결산 판매량. Recording Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2008. Dicapai pada 24 February 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  19. ^ "2007. 7 월 - 가요음반 판매량". Recording Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 May 2009. Dicapai pada 24 February 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  20. ^ "김동완 2집 - The Secret". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  21. ^ "김동완 2집 - The Secret: Between Us Part Ii[repack.]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  22. ^ "2008. 5 월 - 가요음반 판매량". Recording Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2008. Dicapai pada 24 February 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  23. ^ "Shinhwa's Kim Dong Wan Makes Solo Comeback With "I'm Fine" MV". Soompi (dalam bahasa English). Dicapai pada 27 October 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  24. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai pada 2015-12-20.
  25. ^ "KIM DONGWAN JAPAN PREMIUM BEST(初回限定盤)". Oricon (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 24 February 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  26. ^ 김동완 - 약속. Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  27. ^ "My Summer Girl(初回限定盤)". Oricon (dalam bahasa Japanese). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  28. ^ "My Summer Girl". Oricon (dalam bahasa Japanese). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  29. ^ "My Summer Girl(初回限定盤)". Oricon (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 24 February 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  30. ^ "김동완 - He". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  31. ^ "김동완 - He_starlight". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  32. ^ "김동완 - 약속: 첫번째 라이브 콘서트(SRN)[사진집 포함]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  33. ^ Suk, Gee-hyun (12 June 2013). "Top 7 successful idol-turned-actors". Korea Herald. Dicapai pada 13 June 2013. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  34. ^ Hee, Sul-hee (21 August 2017). "김동완 측 "tvN 단막극 '소풍 가는 날' 출연 확정"". My Daily (dalam bahasa Korea).
  35. ^ Kim, Gab-Sik (21 July 2004). ""Don't Underestimate Third-Rate": Overturning Life with a Spin Kick". Dong-a Ilbo. Dicapai pada 25 May 2013. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  36. ^ Ho, Stewart (14 June 2012). "Shinhwa's Kim Dong Wan Transforms Into an Investigator for Upcoming Movie". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-03. Dicapai pada 16 June 2012. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  37. ^ "2007 Mnet KM Music Festival Part1". MAMA. Retrieved 2014-12-14.
  38. ^ An, So Hyoun (10 May 2013). "Yoo Jae Suk and Ryu Seung Ryong Take Home Daesangs at the Paeksang Arts Awards". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 10 May 2013. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  39. ^ Lee, Hye Ji (10 May 2013). "2013 Paeksang Arts Awards: He Said, She Said". 10 Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2013. Dicapai pada 10 May 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)