Kim Jong-nam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kim Jong-nam
김정남

Lahir (1971-05-10)10 Mei 1971
Pyongyang, Korea Utara
Meninggal dunia 13 Februari 2017(2017-02-13) (umur 45)
Sepang, Selangor, Malaysia
Bangsa Korea Utara
Parti politik Parti Buruh Korea (barangkali dibuang tidak lama selepas 2001)
Pasangan Shin Jong-hui
Hubungan Kim Jong-il (bapa)
Song Hye-rim (ibu)
Kim Il-sung (datuk)
Kim Sul-song (adik perempuan tiri sebelah bapa)
Kim Jong-un (adik lelaki tiri sebelah bapa)
Kim Jong-chul (adik lelaki tiri sebelah bapa)
Anak 6, termasuk Kim Han-sol
Kediaman Macau
Singapura
Malaysia
Alma mater Universiti Kim Il-sung
Khidmat ketenteraan
Menyertai  Korea Utara
Khidmat/cawangan Flag of the Korean People's Army (Fringed).png Tentera Rakyat Korea
Kim Jong-nam
Chosŏn'gŭl 김정남
Hancha 金正男
McCune–Reischauer Kim Chŏng-nam
Perumian Semakan Gim Jeong-nam

Kim Jong-nam (Chosŏn'gŭl: 김정남; Hanja: 金正男; 10 Mei 1971 – 13 Februari 2017) merupakan anak sulung kepada Kim Jong-il, pemimpin agung Korea Utara dari 1994 hingga 2011. Dari sekitar 1994 hingga 2001, beliau dianggap menjadi "pewaris takhta" bapanya dan bakal pemimpin Korea Utara.[1] Setelah menarik perhatian umum dengan kegagalan cubaan memasuki Jepun dengan pasport palsu untuk melawat Tokyo Disneyland pada Mei 2001, Jong-nam telah hilang kepercayaan bapanya.

Mulai sekitar tahun 2003, Kim Jong-nam hidup dalam buangan di luar Korea Utara. Adik tirinya Kim Jong-un dipilih menjadi pewaris pada September 2010.[2] Dalam buangan, Jong-nam menjadi terkenal dengan kadang-kadang mengkritik rejim keluarganya serta memperjuangkan pembaharuan untuk negaranya.[3] Pada Februari 2017, Kim Jong-nam meninggal di Malaysia akibat apa yang dipercayai sebagai asasinasi dengan racun yang dilakukan oleh beberapa orang perempuan yang disangka ejen Korea Utara. Ketika itu beliau dipercayai melancong dengan memakai nama Kim Chol.

Rujukan[sunting | sunting sumber]