Kim Jun-ho (pelawak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kim Jun-ho
Kim pada Jun 2012
Nama samaranCharlie Kim
Kelahiran (1975-12-25) 25 Disember 1975 (umur 48)
Daejeon, Korea Selatan
MediaStand-up, television
Warganegara Korea Selatan
Tahun aktif1996–sekarang
GenreObservational, Sketch, Wit, Parodi, Slapstik, Dramatic
PengaruhCharlie Chaplin
PasanganKim Eun-young (k. 2006; c. 2018)
SaudaraKim Mi-jin (sister)
Instagram         instagram.com/charliekimi/
Korean name
Hangul김준호
Perumian SemakanGim Junho
McCune–ReischauerKim Junho

Kim Jun-ho (lahir 25 Disember 1975), juga dikenali sebagai Charlie Kim, adalah pelawak, penyanyi dan personaliti televisyen di Korea Selatan. Beliau telah membintangi Gag Concert sejak tahun 1999 dan telah menjadi ahli dalam rancangan hiburan 2 Hari & 1 Malam sejak tahun 2013. Beliau juga adalah ketua eksekutif Festival Komedi Antarabangsa Busan sejak dilancarkan pada tahun 2013.

Dianggap sebagai salah satu pelawak terbaik di Korea Selatan, Kim telah memenangi dua Anugerah Kecermelangan Terbaik dan Anugerah Utama (Daesang) di Anugerah Hiburan KBS dalam bidang komedi dan hiburan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kim dilahirkan di Daejeon, Korea Selatan. Adik beliau, Kim Mi Jin, adalah pengacara TV. Beliau lulus dari Sekolah Tinggi Chungnam dan telah sambung belajar bidang lakonan di Universiti Dankook sebelum meninggalkannya.

Kim banyak dipengaruhi oleh pelawak terkenal, Charlie Chaplin. Untuk sebab ini, beliau memilih nama "Charlie Kim" sebagai nama Inggeris beliau.

Karier[sunting | sunting sumber]

Kim debut di kumpulan pelawak ke-4 di SBS. Beliau kemudiannya menyertai rancangan Gag Concert terbitan KBS pada 1999 dan merupakan kumpulan kelas ke-14. Beliau juga merupakan ahli tetap untuk rancangan realiti hiburan The Human Condition musim pertama. Beliau menyertai rancangan hiburan 2 Hari & 1 Malam musim ketiga bersama Kim Joohyuk, Defconn dan Jung Joon Young pada akhir 2013, meraih populariti serta nama gelaran "Mr. Devious" kerana kegemaran beliau untuk mempermainkan ahli-ahli lain. Kim adalah pengerusi dan ketua jawatankuasa penganjur untuk Festival Komedi Antarabangsa Busan. Beliau adalah ahli dalam kumpulan Gatgido, trio komedi yang telah menghasilkan album dengan nama sama pada 2007.

Kim adalah CEO bersama dan pengasas CoKo Entertainment. Namun, pada lewat 2017, rakan dan CEO bersama, Kim Woo Jung telah menggelapkan wang syarikat dan lari ke Amerika Syarikat, menyebabkan syarikat tersebut berhutang sehingga jutaan Won. Apabila syarikat ditutup kerana bankrupsi pada Januari 2015, beliau dan pelawak-pelawak lain di bawah naungan syarikat lama berpindah ke JD Bros, syarikat kepunyaan rakan pelawak, Kim Dae Hui. Pelawak-pelawak lain menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kim walaupun kejadian tersebut telah menyebabkan mereka kehilangan duit juga.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan Gag Concert[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • 2007 같기도 (as part of Gatgido)
  • 2011 Happy Singer Project
  • 2013 The Zombie (Single)1
  • 2017 Good Zombie

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • 2005 Anugerah Hiburan KBS: Anugerah Kecemerlangan Terbaik (Pelawak)
  • 2009 Anugerah Pelawak Terbaik Anugerah Penyiaran Korea Ke-36
  • 2010 Anugerah Fotogenik: Bahagian Seni Visual Anugerah Hiburan Republik Korea Ke-11
  • 2011 Anugerah Pelawak, Anugerah Seni Hiburan Republik Korea Ke-18
  • 2011 Anugerah Hiburan KBS: Anugerah Kecemerlangan Terbaik (Pelawak)
  • 2013 Anugerah PD Korea Ke-25: Anugerah Pelawak Terbaik
  • 2013 Anugerah Penghargaan Kementerian
  • 2013 Penyiaran TV Kabel: Anugerah Bintang TV
  • 2013 Anugerah Hiburan KBS: Anugerah Utama (Daesang)
  • 2016 Festival Komedi Panas Korea Ke-3: Pelawak Paling Bersinar 2016 (Kategori Individu)

Peranan Duta[sunting | sunting sumber]

  • 2012 Khidmat Hutan Korea
  • 2012 Tour de Korea

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

  • Gag Concert
  • Busan International Comedy Festival

Nota Kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]