Kim Kardashian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kim Kardashian
Kim Kardashian West 2014.jpg
Kardashian pada 2014
KelahiranKimberly Noel Kardashian
(1980-10-21) 21 Oktober 1980 (umur 38)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Personaliti TV
  • sosialit
  • pelakon
  • ahli perniagaan
  • model
Tahun aktif2007–kini
TelevisyenKeeping Up with the Kardashians
Pasangan
  • Damon Thomas (k. 2000; c. 2004)
  • Kris Humphries (k. 2011; c. 2013)
  • Kanye West (k. 2014)
Anak3
Ibu bapa
Saudara

Kimberly Noel Kardashian West[1] [kar-dae-syi-ĕn] (lahir 21 Oktober 1980) ialah seorang personaliti TV, pelakon dan model dari Amerika Syarikat. Kardashian mula meraih perhatian media sebagai rakan dan penggaya Paris Hilton, tetapi menerima perhatian meluas selepas pita seks 2003 beliau bersama bekas teman lelakinya Ray J bocor pada 2007. Kemudian pada tahun itu, beliau dan keluarganya muncul dalam rancangan realiti E! Keeping Up with the Kardashians. Kejayaan membawa kepada penerbitan turunannya termasuk Kourtney and Kim Take New York dan Kourtney and Khloé Take Miami. Kehidupan peribadi Kardashian menjadi subjek perhatian media .[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kimberly lahir pada 21 Oktober 1980 di Los Angeles, California. Dia merupakan anak kedua kepada pasangan suami isteri Robert Kardashian dan Kris Houghton;[3] Ibunya berdarah kacukan Belanda, Inggeris, Ireland dan Scotland[4] manakala ayahnya merupakan seorang warga berbangsa Armenia[5] yang bekerja sebagai seorang peguambela - beliau paling dikenali dalam penglibatannya mewakili O. J. Simpson, seorang pemain bola sepak Amerika dan pelakon terkenal, sewaktu Simpson dibicarakan atas tuduhan membunuh bekas isterinya.[6]

Robert dan Kris bercerai pada tahun 1991. Kris berkahwin pula dengan seorang atlet dekatlon bernama Bruce Jenner (kini Caitlyn Jenner),[A].[7] Hubungan Kris dan Bruce menyatukan Kimberley dengan adik-adik tiri baharunya Burton, Brandon, Brody, Casey, Kendall dan Kylie Jenner.[8]

Dia belajar di Marymount High School, sebuah sekolah perempuan Katolik di Los Angeles.[9]

Kemunculan umum awal[sunting | sunting sumber]

Sebagai selebriti TV realiti[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2011, Kardashian bertunang dengan seorang pemain bola keranjang dari pasukan New Jersey Nets, Kris Humphries, pada bulan Mei 2011.[10] Mereka berkahwin dalam suatu majlis mewah di Montecito, California pada 20 Ogos tahun sama.[11] Namun, hubungan mereka cepat merenggang dan berselisih selepas 72 hari sehingga Kimberley mula menceraikannya pada 31 Oktober tahun sama.[12]

Sambil itu, Kimberley berpacaran dengan sahabat baiknya dan penyanyi rap Kanye West sejak April 2012.[13] Dia dan Humphries sah bercerai pada 3 Jun 2013.[14] Kim dan Kanye bertunang tidak lama selepas itu pada 21 Oktober tahun sama[15] dan berkahwin pada tanggal 24 Mei 2014 di tinggalan kubu Fortezza di Belvedere, Firenze, Itali.[16]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Penampilan sendiri[sunting | sunting sumber]

Televisyen
Tahun Tajuk Catatan Ruj.
2003–06 Simple Life, TheThe Simple Life 4 episod
2007 Kim K Superstar Video lucah bocor
2007–kini Keeping Up with the Kardashians Peranan utama
2008 Dancing with the Stars Peserta (6 episod)
2008 Bad Girls Club Rancangan Khas
2009–13 Kourtney and Kim Take Miami Peranan utama (19 episod) [17]
2009–11 America's Next Top Model Bintang jemputan; 2 episod [18][19]
2011–12 Kourtney and Kim Take New York Peranan utama (18 episod) [20]
2011 Khloé & Lamar 3 episod [21]
2012 Punk'd Episod: "Ashton Kutcher" [22]
2014 Kourtney and Khloé Take The Hamptons 3 episod
2014 Celebrities Undercover Episod: "Wendy Williams & Kim Kardashian" [23]
2015 I Am Cait 5 episod
2015 Dash Dolls Penerbit eksekutif dan peranan ulangan [24]

Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Ruj.
2008 Disaster Movie Lisa Taylor [25]
2009 Deep in the Valley Summa Eve [26]
2013 Temptation: Confessions of a Marriage Counselor Ava [27]
2018 Ocean's 8 Kameo, diri sendiri
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan Ruj.
2009 Brothers Kim Kardashian Episod: "Meet Mike Trainor/Assistant Coach" [28]
2009 CSI: NY Debbie Fallon Episod: "Second Chances" [29]
2009 Beyond the Break Elle 4 episod
2009 How I Met Your Mother Diri sendiri Episod: "Benefits"
2010 90210 Diri sendiri Episod: "Senior Year, Baby"
2012 Drop Dead Diva Nikki LePree 4 episod
2012 Last Man Standing Kim Kardashian Episod: "Tree of Strife"
2012 30 Rock Kim Kardashian (West Coast only) Episod: "Live from Studio 6H"
2014 American Dad! Qurchhhh/Kim Kardashian (suara) Episod: "Blagsnarst, A Love Story"
2014 2 Broke Girls Dirinya sendiri Episod: "And the Reality Problem" [30]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis Ruj.
2007 "Thnks fr th Mmrs" Fall Out Boy [31]
2011 "Jam (Turn It Up)" Dirinya sendiri [32]
2013 "Bound 2" Kanye West [33]
2016 "M.I.L.F. $" Fergie [34]
"Wolves" Kanye West [35]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Senarai single, dengan kedudukan carta terpilih
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi
carta
Album
US
[36]
US
Heat.
[37]
"Jam (Turn It Up)" 2011 [A] 21 Bukan album single
"—" menunjukkan keluaran yang tiada dalam carta atau tidak dikeluarkan di wilayah tersebut.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Teen Choice Awards

Tahun Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2008 Choice TV Female Reality/Variety Star Keeping Up with the Kardashians Dicalonkan [38]
2009 Choice TV: Female Reality/Variety Star Dicalonkan [39]
2010 Choice Female Reality/Variety Star[B] Menang [40]
Choice Female Hottie Kim Kardashian Dicalonkan [40]
Choice Twit Dicalonkan [40]
2011 Choice TV: Female Reality/Variety Star[C] Keeping Up with the Kardashians Menang
Choice Female Hottie Kim Kardashian Dicalonkan [41]
2012 Choice TV: Female Reality/Variety Star[D] Keeping Up with the Kardashians Menang [42]
2013 Choice TV: Female Reality/Variety Star[E] Menang [43]
2016 Choice TV Show: Reality Keeping Up with the Kardashians Menang
2016 Choice Selfie Taker Kim Kardashian Dicalonkan
2016 Choice Instagramer Kim Kardashian Dicalonkan
2016 Choice Social Media Queen Kim Kardashian Dicalonkan

Anugerah lain

Tahun Persatuan Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2008 Golden Raspberry Awards Worst Supporting Actress Disaster Movie Dicalonkan [44]
2013 Temptation: Confessions of a Marriage Counselor Menang [45]
2011 People's Choice Awards Favorite TV Celeb Reality Star Kim Kardashian Menang [46]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Kardashian, Kim; Kardashian, Kourtney; Kardashian, Khloé (2010). Kardashian Konfidential. St. Martin's Press. ISBN 0-312-62807-2.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jam (Turn It Up)" tidak memasuki Billboard Hot 100, tetapi menduduki nombor 17 di carta Bubbling Under Hot 100 Singles.

A   Jenner pada bulan April 2015 menyatakan diri sebagai seorang transgender serta menjalani proses menukar jantinanya pada tahun sama.[47]
B   Dikongsi bersama Kourtney, Khloe, Rob dan Kris
C   Dikongsi bersama Kourtney, Khloe, Rob dan Kris
D   Dikongsi bersama Kourtney, Khloe, Rob dan Kris
E   Dikongsi bersama Kourtney, Khloe, Rob, Kris, Kendall, Kylie dan Caitlyn (nama asal: "Bruce")

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nessif, Bruna; Baker, Ken (October 28, 2013). "Kim Kardashian Reveals She's Taking Kanye West's Last Name—Watch Now!". E! Online. Dicapai September 23, 2015. 
  2. ^ Orr, Deborah (8 October 2016). "The tale of Kim Kardashian shows us that you don't have to be cruel. Be kind". Guardian. Dicapai 15 November 2017. 
  3. ^ "Kimberly Noel Kardashian, Born 10/21/1980 in California". California Birth Index. Dicapai August 17, 2013. 
  4. ^ Kim Kardashian (June 11, 2008). "Monuments And Momentous Times In Monte Carlo". KimKardashian.com. Archived from the original on May 18, 2015. Dicapai May 13, 2015. 
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BBC1 tidak disediakan
  6. ^ Ryan, Harriet; Powers, Ashley (28 September 2008). "His life now: With friends like these . ." Los Angeles Times. latimes. Dicapai 6 April 2015. 
  7. ^ "Jenner-Kardashian". The Day. New London, Connecticut. 23 April 1991. m/s. A2. Dicapai 7 Jun 2015. 
  8. ^ Mayish, Jeff (1 Mei 2013). "Ex-nanny to the Kardashians reveals Kris Jenner's temper and an O. J. Simpson trial kidnap scare". Daily News. Mortimer Zuckerman. Dicapai 17 Ogos 2013. 
  9. ^ Austin, Christina; Acuna, Kirsten (27 September 2012). "Check Out The Elite Schools Where Celebrities Send Their Kids". Business Insider. Dicapai 17 Mei 2015. 
  10. ^ Vena, Jocelyn (October 31, 2011). "Kim Kardashian And Kris Humphries: A Timeline". MTV News. Viacom Media Networks. Dicapai October 31, 2011. 
  11. ^ Garcia, Jennifer (August 20, 2011). "Kim Kardashian and Kris Humphries Are Married!". People. Time Inc. Diarkibkan daripada asal pada September 25, 2011. Dicapai August 21, 2011. 
  12. ^ Garcia, Jennifer; Fleeman, Mike (31 Oktober 2011). "Kim Kardashian Files for Divorce from Kris Humphries". People. Time Inc. Dicapai 2 Julai 2014. 
  13. ^ TODAY staff (May 26, 2014). "Kim Kardashian, Kanye West marry in Italy". Today. Dicapai June 7, 2015. While still legally married to Humphries, Kardashian began dating West in April 2012 
  14. ^ Fleeman, Mike (June 4, 2013). "Kim Kardashian and Kris Humphries Finalize Divorce". People. Time Inc. Dicapai June 7, 2013. 
  15. ^ Howard, Michael (October 22, 2013). "Kim Kardashian and Kanye West Engaged". ABC News. Disney Media Networks. Dicapai June 20, 2015. 
  16. ^ Corriston, Michelle (May 24, 2014). "It's Official: Kim Kardashian and Kanye West Are Married". People. Time Inc. Dicapai May 24, 2014. 
  17. ^ Rice, Lynette (September 14, 2012). "E! begins production on 'Kourtney and Kim take Miami'". Entertainment Weekly. Time Inc. Dicapai July 2, 2014. 
  18. ^ "America's Next Top Model Episode: "La Toya Jackson"". TV Guide. CBS Interactive. Dicapai October 12, 2011. 
  19. ^ "America's Next Top Models Work the Runway in Kardashian Kollection". US Magazine. Dicapai October 11, 2013. 
  20. ^ "Kourtney and Kim Take New York – TV Show". TV Guide. CBS Interactive. Dicapai June 29, 2015. 
  21. ^ "Lamar Odom Surprises Khloe (and Kim Kardashian) with Dinner and a Dozen Roses". Sandra Rose. Dicapai March 12, 2013. 
  22. ^ "Punk'd: Ashton Kutcher (S.9 E.11)". MTV. Diarkibkan daripada asal pada June 5, 2016. Dicapai February 3, 2016. 
  23. ^ Maresca, Rachel (March 19, 2014). "Kim Kardashian dons fake teeth, curly wig to go unrecognizable on 'Celebrities Undercover'". New York Daily News. Dicapai August 30, 2015. 
  24. ^ Nimoh, Ivana (September 4, 2015). "Meet the Cast of E!'s "DASH Dolls" Premiering Sunday, September 20th at 9pm ET/PT Following a Brand New Episode of "Keeping Up with the Kardashians"" (Siaran akhbar). NBCUniversal Media Village. Diarkibkan daripada asal pada September 23, 2015. Dicapai September 22, 2015. 
  25. ^ "Rotten Tomatoes page on Disaster Movie". Rotten Tomatoes. Dicapai January 7, 2010. 
  26. ^ "Kim Kardashian has only just begun to appear in films and television shows". Ugo. Archived from the original on May 22, 2010. Dicapai October 30, 2009. 
  27. ^ Fleming, Mike (October 21, 2011). "Kim Kardashian to Co-Star in Tyler Perry's 'The Marriage Counselor'". Deadline Hollywood. PMC. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2011. Dicapai October 22, 2011. 
  28. ^ Kim Kardashian (October 26, 2009). "My Cameo on 'Brothers'". KimKardashian.com. Diarkibkan daripada asal pada April 29, 2015. Dicapai April 29, 2015. https://web.archive.org/web/20151230005133/https://www.kimkardashianwest.com/tag/michael-strahan/
  29. ^ Ingrassia, Lisa; Garcia, Jennifer (November 4, 2009). "Kim Kardashian & Vanessa Minnillo Team Up For CSI: NY". People. Time Inc. Dicapai July 2, 2014. 
  30. ^ McIntosh, Whitney (October 27, 2014). "'2 Broke Girls' welcomes Kim Kardashian and her 22 million Twitter followers". Zap2it. Dicapai October 28, 2014. 
  31. ^ "Thnks fr th Mmrs". Fueled By Ramen. Dicapai January 16, 2013. 
  32. ^ "Kim Kardashian's Forgotten 'Jam': Revisiting The Bid (Or Was It?)". Billboard. Dicapai November 24, 2016. 
  33. ^ "Bound 2". KanyeWestVEVO. Dicapai November 19, 2013. 
  34. ^ "M.I.L.F. $". FergieVEVO. Dicapai July 1, 2016. 
  35. ^ KanyeWestVEVO (July 29, 2016), Kanye West - Wolves (Balmain Campaign), dicapai August 5, 2016 
  36. ^ "Bubbling Under Hot 100". Billboard. Dicapai November 23, 2016. 
  37. ^ "Heatseekers Songs". Billboard. Dicapai November 23, 2016. 
  38. ^ "Teen Choice Awards Nominations 2008". LA Times. Dicapai April 1, 2013. 
  39. ^ "Announcing the Winners of the 2009 Teen Choice Awards!". Buzz Sugar. Dicapai August 9, 2009. 
  40. ^ a b c "2010 Teen Choice Awards Winners List 'Twilight Saga,' Justin Bieber and Miley Cyrus are the night's big winners". MTV News. Viacom Media Networks. August 9, 2010. Dicapai June 29, 2015. 
  41. ^ Nordyke, Kimberly. "Teen Choice Awards 2011 Winners Revealed". The Hollywood Reporter. Dicapai July 7, 2011. 
  42. ^ "Teen Choice Awards 2012: Complete Winners List Justin Bieber, Taylor Swift and 'Hunger Games' clean up Sunday night". MTV News. Viacom Media Networks. Dicapai July 22, 2012. 
  43. ^ "Teen Choice Awards 2013: Full list of winners". New York: Daily News. Dicapai August 12, 2013. 
  44. ^ "Box Office Hits, Remakes and Sequels Dominate This Year's RAZZIE® Nominations". Razzie. 
  45. ^ Sitzer, Carly (January 3, 2014). "Kim Kardashian Nominated For 'Worst Actress' Razzie Award… Check Out 5 Other Questionable Honors She's Received". In Touch Weekly. Bauer Media Group. Dicapai January 15, 2014. 
  46. ^ "People's Choice Awards 2012 Winners List Katy Perry, 'Harry Potter' and Emma Stone nab multiple awards". MTV News. Viacom Media Networks. Dicapai January 12, 2012. 
  47. ^ Buzz Bissinger (1 Jun 2015). "Introducing Caitlyn Jenner". Vanity Fair. Dicapai 1 Jun 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]