Kim Seol-hyun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kim Seolhyun)
Seolhyun
Seolhyun pada tahun 2016
Latar belakang
Nama lahirKim Seol-hyun
Kelahiran (1995-01-03) 3 Januari 1995 (umur 29)
Korea Selatan Bucheon, Gyeonggi, Korea Selatan
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penari
  • pelakon
Instrumen
  • Vokal
Tahun aktif2012–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul김설현
Perumian SemakanGim Seol-hyeon
McCune–ReischauerKim Sŏlhyŏn

Kim Seol-hyun (Hangul: 김설현; lahir 3 Januari 1995), lebih dikenali sebagai Seolhyun, ialah seorang penyanyi, penari dan pelakon wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan AOA. Beliau telah membintangi drama Ugly Alert (2013) dan Orange Marmalade (2015).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Seolhyun dilahirkan pada 3 Januari 1995 di Bucheon, Korea Selatan.[1] Beliau menghadiri Sekolah Rendah Kachiul, Sekolah Menengah Sungkok dan Sekolah Tinggi Seni. Beliau mengambil jurusan bahagian filem di Universiti Kyung Hee. Seolhyun bermain piano sejak kanak-kanak (ibu beliau adalah seorang guru piano) dan mahu menjadi seorang penyanyi sejak beliau berada dalam kelab muzik sekolah.

Karier[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, Seolhyun memenangi Pertandingan Model Smart ke-8 (스마트 모델 선발 대회), sebuah pertandingan dimana pelajar biasa memakai pakaian seragam. Pemenang pertandingan ini kerap menjadi selebriti. Semasa pertandingan ini, beberapa agensi bakat hadir dan Seolhyun telah dipilih oleh pengurus semasa beliau di FNC.[2][3] Pada bulan Januari 2012, Seolhyun muncul dalam video muzik F.T. Island untuk lagu "Severely" dari album mini, Grown-Up.[4]

Pada 30 Julai 2012, Seolhyun membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli AOA dalam M! Countdown menerusi lagu "Elvis" dari album single pertama mereka, Angels' Story.[5] Tidak lama selepas itu, beliau telah dipilih untuk melakonkan peranan pembantu dalam drama My Daughter Seo-young yang mula ditayangkan pada bulan September.[6] Beliau melakonkan watak Seo Eun-soo.[7]

Pada 5 Februari 2013 Seolhyun dan Lee Se-young telah dipilih sebagai model baru untuk jenama Clean & Clear.[8] Pada 23 April, Seolhyun telah dipilih untuk berlakon dalam drama Ugly Alert sebagai Gong Na-ri.[9]

Pada tahun 2014, Seolhyun menjadi model untuk jenama Buckaroo dan Mizuno Snow Gear.[10] Beliau kemudiannya membintangi filem 2015, Gangnam Blues.[11] Beliau mengalahkan 500 orang lain yang menjalani ujian untuk watak Seon-hye.[12][13] Seolhyun telah dipilih sebagai ahli rancangan varieti KBS, Brave Family tetapi rancangan ini dibatalkan kerana rating rendah selepas 10 episod.[14][15]

Pada 10 Februari 2015, ia telah didedahkan bahawa Seolhyun akan melakonkan watak wanita utama dalam drama KBS2, Orange Marmalade. Drama ini mula disiarkan pada 15 Mei 2015. Seolhyun melakonkan watak Baek Ma-ri dimana beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Drama KBS 2015.[16] Pada 9 April, Seolhyun menjadi model untuk Enter 6.[17] Pada 30 April, ia telah didedahkan bahawa Seolhyun bersama-sama pelakon lain akan membintangi kempen pengiklanan untuk SK Telecom, sebuah drama bertajuk Let's Be Strange.[18] Seolhyun melakonkan watak utama dalam video muzik N.Flying untuk lagu "Awesome".[19]

Pada bulan Ogos 2015, Seolhyun telah dipilih untuk berlakon dalam filem thriller, Murderer's Guide to Memory sebagai anak perempuan seorang pembunuh. Filem ini diarahkan oleh Won Shin-yeon dan dijadual ditayangkan pada tahun 2016.[20] Pada bulan November, Seolhyun dan Lee Min-ho telah dipilih sebagai duta promosi untuk "Tahun Melawat Korea".[21] Pada bulan Januari 2016, Seolhyun menjadi model baru untuk Hazzys Accessories, G-Market, Mind Bridge, Acuvue dan Kolping.[22][23][24][25] Sejak bulan Mac 2016, Seolhyun merupakan tetamu tetap dalam Law of the Jungle di Tonga.[26]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album
2015 "Gonna Be Alright" Orange Marmalade OST
"Memories of You"

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2015 Gangnam Blues Kang Seon-hye Peranan utama
2016 A Murderer's Guide to Memorization Eun-hee

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2012 My Daughter Seo-young Seo Eun-soo KBS2 Peranan pembantu[27]
2013 Ugly Alert Gong Na-ri SBS Peranan utama[28]
2015 Orange Marmalade Baek Ma-ri KBS2 Peranan utama

Rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2013 Cheongdam-dong 111 Diri sendiri tvN [29]

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2014 2 Days & 1 Night Tetamu istimewa KBS2 Musim 3 Episod 28 (bersama Jimin & Choa)
Running Man Tetamu SBS Ep. 210
2015 Brave Family Ahli KBS [30]
Running Man Tetamu SBS Ep. 255, 278, 279
Happy Together Tetamu KBS Musim 3 Ep. 385 (Ji Jinhee, Koo Hyesun, & Ahn Jaehyeon,(2015.03.05)
2 Days & 1 Night Morning angel KBS2 Musim 3 Episod 98
Anugerah Hiburan KBS Tetamu KBS [31]
2016 Law of the Jungle Ahli SBS Law of the Jungle di Tonga
Running Man Tetamu SBS Ep. 293
Secretly Greatly Tetamu MBC Episod 1

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Video muzik Artis Peranan
2012 "Severely" F.T. Island Peranan utama
2015 "Awesome" N.Flying

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ AOA Profile on FNC Official Website
  2. ^ Kim, Eun-gu. "AOA 설현 "단축된 꿈으로 가는 길"" (Interview).
  3. ^ AOA's Seolhyun Shines in Predebut Photos
  4. ^ FT Island Release Severely Music Video
  5. ^ Park HyunMin (September 2, 2012). "[Interview Part I] AOA Lands on Earth on Angel Wings and Guitars". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-08. Dicapai pada Mac 26, 2016.
  6. ^ "Seolhyun To Steal Hearts As A Vampire". BNTNews. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  7. ^ "CN Blue Members and the Girls They Claimed As Theirs". CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  8. ^ AOA's Seolhyun and actress Lee Se Young become the faces of 'Clean & Clear'
  9. ^ "AOA to Make October Comeback as Angelic Women". CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  10. ^ (Korea) AOA 설현, 미즈노 ‘스노우 기어’ 화보서 건강미 매력 발산
  11. ^ "This Is Kim Seolhyun's First Movie". BNTNews. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  12. ^ AoA's Seolhyun confirmed to work alongside Lee Min Ho for big screen debut in Gangnam Blues
  13. ^ "Lee Min Ho Smiled the Brightest When Filming with AoA's Seolhyun". enewsworld. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  14. ^ "The 'Brave Family' Travels The World To Learn About New Cultures". BNTNews. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  15. ^ "Brave Family, KBS World". KBS World. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  16. ^ (Korea) AOA 설현, '오렌지 마말레이드' 여주인공 출연
  17. ^ (Korea) AOA 설현, 엔터식스 모델 되다! AOA 설현과 함께한 지면광고 촬영 현장 후기
  18. ^ (Korea)SK텔레콤, 신규 광고 캠페인 ‘이상하자’ 개시
  19. ^ (Korea) 엔플라잉(N.Flying), AOA 설현이 출연하는 데뷔곡 '기가 막혀' MV 티저 영상 공개..'육감적인 자태 눈길'
  20. ^ (Korea) 김남길-설현 ‘살인자의 기억법’ 캐스팅 확정, 설경구와 호흡
  21. ^ (Korea) 이민호-AOA 설현, '한국방문의 해' 홍보대사 위촉
  22. ^ Seolhyun becomes the new model for 'HAZZYS ACCESSORIES'
  23. ^ Jun Ji Hyun passes baton as 'Acuvue' model to Seolhyun
  24. ^ Seolhyun becomes the new model for 'G Market'
  25. ^ AOA Seolhyun Poses For Kolping
  26. ^ (Korea) http://entertain.naver.com/read?oid=117&aid=0002718908 법칙', 통가行 최종확정 "31일 출국 예정"]
  27. ^ "CN Blue Members and the Girls They Claimed As Theirs". CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  28. ^ "AOA Seolhyun Cast in Upcoming Drama 'Hotel King'". mwave.interest.me. Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-07. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  29. ^ "FT Island and CN Blue to Appear in a FNC Reality Drama". MWAVE. 2013-11-12. Dicapai pada 2014-04-21.
  30. ^ "The 'Brave Family' Travels The World To Learn About New Cultures". BNTNews. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  31. ^ Lim, Jeong-yeo. "Seolhyun to host KBS Entertainment Awards". KPOP Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 21 Disember 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]