Kim Yong-nam
Kim Yong-nam | |
|---|---|
| 김영남 | |
Yong pada 2012 | |
| Presiden Dewan Supreme Rakyat | |
| Dalam jawatan 5 September 1998 – 11 April 2019 | |
| Ketua | |
| Didahului oleh | Yang Hyong-sop |
| Digantikan oleh | Choe Ryong-hae |
| Kementerian Luar Negara Korea Utara | |
| Dalam jawatan 1 Disember 1983 – 5 September 1998 | |
| Premier | Hong Song-nam Kang Song-san Yon Hyong-muk Ri Kun-mo Kang Song-san Ri Jong-ok |
| Didahului oleh | Ho Dam |
| Digantikan oleh | Paek Nam-sun |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 4 Februari 1928 Jinzhou, Semenanjung Liaodong, Republik China |
| Meninggal dunia | 3 November 2025 (umur 97) Pyongyang, Korea Utara |
| Parti politik | Parti Buruh Korea |
| Tempat belajar | Universiti Tomsk Universiti Rostov, Rusia[1][2] |
| Tandatangan | |
Kim Yong-nam (Korea: 김영남; 4 Februari 1928 – 3 November 2025) ialah ahli politik Korea Utara yang berkhidmat sebagai Presiden Dewan Supreme Rakyat Korea Utara, dari 1998 hingga 2019.[3] Sebelum ini, Yong pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Negara dari 1983 hingga 1998.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Kehidupan awal Kim Yong-nam tidak diketahui secara pasti.[4] Menurut rekod rasmi Korea Utara, Kim kecil lahir dan besar di Pyongyang. Dia menjadi guru biasa selepas Perang Korea, sebelum menjadi ahli politik dan diplomat Korea Utara. Hal ini dibantah oleh sejarahwan Rusia-Korea, Fyodor Tertitskiy. Menurut tulisannya, Kim Yong-nam lahir di Jinzhou, Liaoning. Namanya ketika lahir ialah Kim Myong-sam. Ayahnya merupakan orang Korean, dan masih bersepupu dengan Kim Hyong-jik, ayah penubuh Korea Utara Kim Il-sung. Ibu Yong-nam adalah orang Cina. Baik tulisan Fyodor ataupun pentakrifan Korea Utara, tiada perbezaan dalam tarikh lahir.[5] Yong-nam muda yang benci dengan Jepun menyertai Tentera Pembebasan Rakyat pada 1946 sebagai prebet sebelum menyertai Tentera Rakyat Korea pada 1951.[6]
Yong-nam dengan cepat menguatkan pengaruh politiknya. Pada 1962 dia sudah dipercaya sebagai Naib Menteri Luar Negara.[6] Menurut arkib Soviet, Yong-nam dikenal sebagai "ramah dan mudah tersenyum begitupun dengan amarahnya yang mudah meluap.".[7]
Aktiviti Diplomat
[sunting | sunting sumber]Yong-nam mengunjungi Mongolia, Russia,[8] Algeria, Mesir, Habsyah, dan Singapura pada 2007.[9] Pada 2008, dia mewakili Pemimpin Korea Utara mengawasi projek besar di Namibia dan bertemu dengan Presiden Namibia, Hifikepunye Pohamba.[10][11]
Pada 14 Julai 2009, Yong-Nam bertemu dengan Presiden Vietnam, Nguyen Minh Triet dalam pertemuan 15th Non-Aligned Movement Summit di Mesir.[12] Di usianya yang semakin senja, dia hadir dalam upacara perasmian Andrés Manuel López Obrador sebagai Presiden Mexico pada 1 Disember 2018.[13]
Persaraan
[sunting | sunting sumber]Yong-nam memutuskan untuk beristirahat pada 11 April 2019. Dia maut pada 3 November 2025 akibat kanser usus di umur 97 tahun.[14] Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un diketahui menangis dalam pemakamannya.[15]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Kim Yong-nam (1985). "Interview with Yong-Nam Kim, Vice-Premier and Foreign Minister of the Democratic Peoples's Republic of Korea". Journal of Northeast Asian Studies. 4 (3): 66–75. doi:10.1007/BF03025039. S2CID 198509640.
- — (September 1988). "The International Prestige and Influence of the DPRK Are Increasing Daily" (PDF). Kulloja. OCLC 9516938. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 5, 2022. Dicapai pada June 2, 2022.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "КИМ ЁН НАМ.ЭНЦИКЛОПЕДИЯ.Всемирная история". Diarkibkan daripada yang asal pada January 16, 2021. Dicapai pada February 27, 2018.
- ^ "Ким Ён Нам – 5-й Министр иностранных дел КНДР – Революция в Северной Корее". ir.spb.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada April 16, 2021. Dicapai pada February 27, 2018.
- ^ "Blessings, condolences". The Pyongyang Times. January 6, 2007. m/s. 1.
- ^ Tertitskiy, Fyodor (April 12, 2019). "The great survivor: after 21 years at the top, Kim Yong Nam steps down". NK News. Dicapai pada March 13, 2020.
- ^ East, Roger; Thomas, Richard J. (2014). Profiles of People in Power: The World's Government Leaders. Routledge. m/s. 278. ISBN 978-1317639404. Dicapai pada March 13, 2020.
- ^ a b Tertitskiy, Fyodor (April 12, 2019). "The great survivor: after 21 years at the top, Kim Yong Nam steps down". NK News. Dicapai pada March 13, 2020.
- ^ Tertitskiy, Fyodor (5 November 2025). "Kim Yong Nam was a rare survivor in the cutthroat world of North Korean politics". NK News. Dicapai pada 5 November 2025.
- ^ Chang, Jae-Soon (2007-10-31). "NKorea Building Its Global Contacts". The Oklahoman (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-09.
In July, the country's No. 2 leader, Kim Yong Nam, visited Mongolia, Russia, Algeria, Egypt, Singapore and Ethiopia.
- ^ "N.Korean Delegation in Hanoi to Study Reform". The Chosun Daily. 2007-10-29. Dicapai pada 2025-11-09.
Despite his advanced age of 80, Kim Yong-nam, the president of the Supreme People's Assembly of North Korea, visited Algeria, Ethiopia, Egypt and Singapore in July and August.
- ^ "N Korean leader returns after visiting four African countries", Yonhap (AsiaPulse via COMTEX), April 2, 2008.
- ^ "Namibia, NKorea hail friendship", Sapa (IOL), March 21, 2008.
- ^ "Politics". Thanh Nien Daily. October 6, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada August 3, 2009. Dicapai pada July 18, 2009.
- ^ Habib, Yamily (2025-11-06). "The phenomenon of AMLO marks the beginning of a new era in Mexico". Al Día News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-07.
- ^ Park, Boram (November 4, 2025). "N. Korea says ex-titular head of parliament, Kim Yong-nam, dies at 97". Yonhap News Agency. Dicapai pada November 4, 2025.
- ^ "North Korea holds state funeral for longtime ceremonial head of state". Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 2025-11-06. Dicapai pada 2025-11-06.