Kimchi Untuk Awak (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kimchi Untuk Awak
Umum
PengarangSuri Ryana
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitKaki Novel
Tarikh penerbitan
Mei 2015
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman728
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670448992

Kimchi Untuk Awak ialah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Suri Ryana, dikeluarkan pada Mei 2015 oleh Kaki Novel.[1] Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah filem bertajuk sama arahan Michael Ang pada 2017.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.

“Jang-nim!” - Danial Lee. “Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri. Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?

“Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?”

Adaptasi filem[sunting | sunting sumber]

Kimchi Untuk Awak telah diadaptasikan sebagai sebuah filem pada 2017, yang ditayangkan pada 30 Mac 2017, arahan Michael Ang dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kimchi Untuk Awak! by Suri Ryana". Goodreads. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  2. ^ Nan Hidayat Nan Azmee (2 April 2017). "Kimchi Untuk Awak suntik rasa cinta yang makin pudar". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-15. Dicapai pada 13 April 2017.
  3. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (24 Mac 2017). "Kimchi and chemistry". New Straits Times. Dicapai pada 13 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]