Kimchi bokkeumbap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kimchi bokkeumbap
Nama Korea
Hangul 김치 볶음밥
Perumian Semakan gimchi bokkeumbap
McCune–Reischauer kimch'i pokkŭmpap

Kimchi bokkeumbap (Sebutan bahasa Korea: [kimtɕʰi bok͈ɯmbap]) ialah sejenis bokkeumbap (Hangul: 볶음밥, nasi goreng), makanan yang popular di Korea.[1] Namanya diterjemahkan secara harfiah menjadi "nasi goreng kimchi". Kimchi bokkeumbap diperbuat daripada kimchi dan nasi, bersama bahan yang lain seperti potongan sayur atau daging.[1]

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Sisa nasi dan/atau kimchi yang terlebih matang sering digunakan sebagai bahan untuk menyediakan kimchi bokkeumbap.[2] Kimchi yang terlebih matang juga digunakan untuk memasak kimchi jjigae.[1] Malah, kimchi yang matang dan nasi sejuk menhasilkan rasa yang lebih enak berbanding nasi dan kimchi yang baru masak.[2] Sebagai persediaan awal, lebihan "kimchiso" (hangul: 김치소, isi kimchi, kebanyakannya daikon, daun bawang dan jeotgal, dan makanan laut yang ditapai dan diasinkan) diambil daripada kimchi, dperah untuk mengeluarkan jusnya. Tanpa tindakan ini, masakan mungkin akan menjadi lembik.

Bersama-sama kimchi dan nasi, kimchi bokkeumbap boleh juga mengandungi bahan lain.[2] Daging babi atau spam adalah yang paling lazim; walau bagaimanapun, daging lembu, daging ayam, dendeng babi, atau ham juga boleh digunakan. Selain daging. tuna dalam tin, udang, atau cendawan juga boleh digunakan sebagai ganti, yang nama bahan tersebut mungkin menjadi nama tamabahan bagi nama makanan ini seperti "beoseot kimchi bokkeumbap" (hangul: 버섯김치볶음밥, "kimchi bokkeumbap cendawan"). Bahan daging dipotong kecil sebelum dimasukkan bersama dengan sayuran seperti bawang besar, lobak merah atau zukini. Walau bagaimanapun, bahan tersebut bergantung kepada pilihan seseorang. Sedikit bawang putih kisar atau hirisan lada benggala juga boleh digunakan sebagai bahan perisa. Bahan ini digoreng di dalam sedikit minyak sayur atau minyak bijan.

Selepas makanan ini dimasak, ia disajikan dalam pinggan atau mangkuk, dan telur goreng diletakkan di atasnya.[2] Hirisan gim, daun bawang atau bijan ditabur untuk menaikkan rasa dan mencantikkan hidangan.

Populariti[sunting | sunting sumber]

Memandangkan kimchi bokkeumbap adalah murah dan mudah disediakan dalam masa yang singkat, ia menjadi kegemaran pelajar yang tinggal bersendirian yang tidak mampu memakan makanan yang lebih mahal.[2] Kimchi bokkeumbap ialah makanan popular untuk tengah hari bunsikjeom (hangul: 분식점, restoran seperti bistro di Korea Selatan). Memandangkan makanan ini pedas dan panas, ia lazimnya disaji bersama danmuji dan semangkuk kecil sup seperti miyeok guk (sup daripada wakame),[3] atau kongnamul guk (hangul: 콩나물국, "sup kongnamul, atau sup tauge"). Ketika musim panas, dongchimi (kimchi air) juga disajikan bersama makanan ini.

Populariti kimchi bokkeumbap juga digambarkan dalam budaya pop Korea Selatan. Byeon Jin-sub (hangul: 변진섭), penyanyi lelaki popular lewat 1980-an, menyanyikan lagu bertajuk "Hajat" (hangul: 희망사항) yang menyatakan teman wanta impiannya ialah yang pandai memasak kimchi bokkeumbap. Dalam lagu "I Need A Girl" oleh Taeyang, teman wanta impiannya ialah yang pandai memakan kimchi bokkeumbap yang dimasaknya.[2][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Kimchi Fried Rice". TriFood.com. Dicapai pada 2008-04-02. 
  2. ^ a b c d e f "Korean Food: Stir-fried Dishes". Life in Korea, Inc. Dicapai pada 2008-04-02. 
  3. ^ DCC, Elizabeth Lim. "Kimchi Fried Rice". mealsmatter.org. 
  4. ^ Choi, Yeong-jin (최영진) (February 2006). 새해를 다이어트 콘서트로 시작하는 변진섭& 아내 이주영 (dalam bahasa Korean). Kyonghyang Sinmun. Dicapai pada 2008-04-02. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]