Kimetsu no Yaiba
Kimetsu no Yaiba | |
![]() | |
鬼滅の刃 (Kimetsu no Yaiba) | |
---|---|
Genre | Pengembaraan,[1] fantasi gelap[2] |
Manga | |
Pengarang | Koyoharu Gotōge |
Penerbit | Shueisha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Pencetakan | Jump Comics |
Majalah Asal | Weekly Shōnen Jump |
Tarikh Pengeluaran | 15 Februari 2016 – 18 Mei 2020 |
Jilid | 20 |
Filem anime | |
Kimetsu no Yaiba: Kyōdai no Kizuna | |
Pengarah | Haruo Sotozaki |
Penerbit | Hikaru Kondo |
Skrip/Penulis | Ufotable |
Lagu/Muzik | Yuki Kajiura Go Shiina |
Studio | Ufotable |
Dilesenkan oleh | |
Dikeluarkan pada | 29 Mac 2019 |
Siri anime televisyen | |
Pengarah | Haruo Sotozaki |
Penerbit | Hikaru Kondo |
Skrip/Penulis | Ufotable |
Lagu/Muzik | Yuki Kajiura Go Shiina |
Studio | Ufotable |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | Tokyo MX, GTV, GYT, BS11 |
Penyiaran bahasa Inggeris | |
Tarikh tayangan | 6 April 2019 – 28 September 2019 |
Episod | 26 |
Kimetsu no Yaiba (bahasa Jepun: 鬼滅の刃 Romaji: Kimetsu no Yaiba, lit. Pedang Pembunuh Iblis, tajuk antarabangsa dalam Bahasa Inggeris: Demon Slayer) merupakan sebuah siri manga Jepun oleh Koyoharu Gotōge. Siri ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Viz Media dan disiarkan oleh Shueisha dalam bahasa Inggeris di aplikasi dan laman web Manga Plus. Adaptasi siri televisyen anime oleh Ufotable ditayangkan pada 6 April 2019.
Plot[sunting | sunting sumber]
Tanjiro Kamado adalah seorang pemuda baik hati dan pintar yang tinggal bersama keluargany menyara hidup menjual arang. Semua berubah apabila keluarganya diserang dan disamun oni kecuali Tanjiro dan adiknya, Nezuko yang berjaya selamatkan diri.
Namun, Nezuko kini turut menjadi oni tetapi masih menunjukkan tanda-tanda emosi dan pemikiran manusia; maka Tanjiro bersiaga diri menjadi pembunuh iblis untuk membantu adik perempuannya berubah kembali menjadi manusia dan membalas dendam terhadap kematian keluarganya.[3]
Barisan watak[sunting | sunting sumber]
Watak utama[sunting | sunting sumber]
- Tanjiro Kamado
- Nezuko Kamado, adik Tanjiro
- Zenitsu Agatsuma
- Inosuke Hashibara, rakan seperjuangan Tanjiro. Dia sering memakai kepala babi hutan.
- Kanao Tsuyuri
- Genya Shinazuma
Media[sunting | sunting sumber]
Manga[sunting | sunting sumber]
- Lihat juga: Senarai bab Kimetsu no Yaiba
Koyoharu Gotōge menerbitkan manganya dalam edisi ke-11 majalah manga shōnen Shueisha iaitu Weekly Shōnen Jump pada 15 Februari 2016.[4] Cerita sampingan untuk manga diterbitkan dalam edisi pertama Shonen Jump GIGA pada 20 Julai 2016.[5] Shueisha secara serentak menerbitkan siri ini dalam bahasa Inggeris pada perkhidmatan Manga Plus pada Januari 2019.
Viz Media menerbitkan tiga bab pertama siri dalam majalah digitalnya Weekly Shonen Jump sebagai sebahagian daripada program "Jump Start", tetapi tidak memilih siri untuk meneruskan siri.[6][7] Semasa panel mereka di San Diego Comic-Con pada 20 Julai 2017, Viz mengumumkan bahawa mereka telah melesenkan manga untuk pasaran Amerika Utara.[7]
Anime[sunting | sunting sumber]
- Lihat juga: Senarai episod Kimetsu no Yaiba
Adaptasi siri televisyen anime oleh studio Ufotable diumumkan pada Weekly Shōnen Jump pada 4 Jun 2018.[8] Siri ini ditayangkan pada 6 April 2019 di Tokyo MX, GTV, GYT, BS11, dan saluran lain.[9][10] Haruo Sotozaki mengarahkan anime dengan skrip oleh kakitangan Ufotable. Yuki Kajiura dan Go Shiina adalah komposer anime, dan Akira Matsushima adalah pereka watak. Hikaru Kondo adalah pengeluar.[11] LiSA menyanyikan lagu pembukaan pertama "Gurenge" (紅蓮華),[12] dan lagu penutup pertama bertajuk "From the Edge" oleh FictionJunction dengan menampilkan LiSA.[13] Lagu penutup kedua ialah "Kamado Tanjirō no Uta" (竈門炭治郎のうた) oleh Go Shiina dengan menampilkan Nami Nakagawa. Siri ini akan disiarkan untuk 26 episod.[14] Aniplex of America mengumumkan bahawa mereka telah melesenkan siri ini[15] dan akan distrim di Crunchyroll, Hulu, dan FunimationNow.[16] AnimeLab menyiarkan siri ini di Australia dan New Zealand.[17]
Lima episod pertama mendapat tayangan perdana dalam panggung-panggung wayang seluruh Jepun selama dua minggu dari 29 Mac 2019 di bawah tajuk Kimetsu no Yaiba: Kyōdai no Kizuna (鬼滅の刃 兄妹の絆, "Pedang Pembunuh Iblis: Jalinan Adik Beradik") sebelum ia mula disiarkan secara rasmi.[18] Aniplex of America menayangkan filem itu di Teater Aratani di Los Angeles pada 31 Mac 2019.[19] Madman Entertainment dan AnimeLab menyiarkan filem itu di pawagam terpilih di Australia pada 2 April 2019.[20]
Pada bulan Julai 2019, ia diumumkan bahawa siri ini akan dimulakan pada Toonami di Adult Swim.[21]
Film[sunting | sunting sumber]
Pada 28 September 2019, segera setelah ditayangkan episod 26, sebuah filem anime berjudul Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train (鬼 滅 の 刃 無限 列車 編, Kimetsu no Yaiba: Mugen Ressha-hen) diumumkan, dengan kakitangan dan pemeran mengulangi peranan mereka. Filem ini adalah sekuel langsung dari siri anime dan merangkumi peristiwa-peristiwa arka cerita "Kereta Mugen", bab lima puluh tiga hingga enam puluh sembilan manga. Filem ini ditayangkan di Jepun pada 16 Oktober 2020. Filem ini diedarkan di Jepun oleh Aniplex dan Toho dan akan ditanyangkan di Malaysia pada 4 Februari 2021
Penerimaan[sunting | sunting sumber]
Siri ini menduduki tangga ke-14 dalam senarai manga yang disyorkan oleh pekerja kedai buku Jepun pada tahun 2017,[22] dan ke-19 dalam senarai manga atas 2018 untuk pembaca lelaki yang dibuat oleh Kono Manga ga Sugoi!.[23] Sehingga 4 Jun 2018, siri ini mempunyai 2.5 juta salinan di cetak di seluruh dunia.[24]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "The Official Website for Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba". Viz Media. Dicapai pada July 26, 2018.
- ^ "「鬼滅の刃」4巻帯コメントは冨樫義博!LINEスタンプもリリース". Natalie (dalam bahasa Japanese). December 2, 2016. Dicapai pada July 26, 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
- ^ Chapman, Paul (25 November 2018). "Hunters and Prey Join the Cast of Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba TV Anime". Crunchyroll. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
- ^ Ressler, Karen (January 31, 2016). "Weekly Shonen Jump Launches 2 New Series in February". Anime News Network. Dicapai pada May 27, 2018.
- ^ Ressler, Karen (May 27, 2018). "My Hero Academia Gets 'Vigilante' Spinoff Manga". Anime News Network. Dicapai pada May 27, 2018.
- ^ Ressler, Karen (February 18, 2016). "Viz's Shonen Jump Previews Kimetsu no Yaiba Manga". Anime News Network. Dicapai pada May 27, 2018.
- ^ a b Ressler, Karen (July 20, 2017). "Viz Media to Release Black Torch, Kaguya-sama: Love is War, Kimetsu no Yaiba Manga in English". Anime News Network. Dicapai pada May 27, 2018.
- ^ Ressler, Karen (June 3, 2018). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Manga Gets TV Anime by ufotable". Anime News Network. Dicapai pada June 3, 2018.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (August 3, 2018). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime Premieres in Spring". Anime News Network. Dicapai pada August 3, 2018.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (February 28, 2019). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime Premieres on April 6". Anime News Network. Dicapai pada February 28, 2019.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (November 24, 2018). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime Reveals Staff, More Cast". Anime News Network. Dicapai pada November 24, 2018.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (March 24, 2019). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime's Video Previews LiSA's Opening Song". Anime News Network. Dicapai pada March 24, 2019.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (April 13, 2019). "'FictionJunction feat. LiSA' Performs Ending Theme for Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime". Anime News Network. Dicapai pada April 13, 2019.
- ^ Luster, Joseph (19 April 2019). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime to Run for Two Cours". Crunchyroll News. Dicapai pada 19 April 19. Periksa date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Aniplex USA [aniplexUSA] (14 Februari 2019). "Enter the realm of the demons as Demon Slayer premieres April 2019! Don't miss this melancholy tale of humans and demons from studio ufotable and based on the popular manga by Koyoharu Gotouge serialized in Weekly Shonen Jump magazine" (Tweet). Dicapai pada March 20, 2019 – melalui Twitter.
- ^ Sherman, Jennifer (April 2, 2019). "Aniplex of America Licenses We Never Learn: BOKUBEN, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime". Anime News Network. Dicapai pada April 3, 2019.
- ^ "Demon Slayer - In Cinemas April 2". Madman Entertainment. Dicapai pada March 21, 2019.
Be among the first in Australia to feast on a smorgasbord of Demon Slayer episodes, before it heads to AnimeLab for its weekly simulcast season.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (February 15, 2019). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime's New Videos Reveal Theatrical Debut Before TV Airing". Anime News Network. Dicapai pada February 15, 2019.
- ^ Sherman, Jennifer (March 7, 2019). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime's Theatrical Version Gets U.S. Premiere on March 31". Anime News Network. Dicapai pada March 17, 2019.
- ^ Madman Entertainment [Madman] (March 21, 2019). "Presented by @AnimeLab, feast your eyes on a special feature-length premiere of Demon Slayer. Devour an exclusive five-episode presentation, before it begins its weekly simulcast season. At select cinemas across Australia on April 2 for ONE NIGHT ONLY 😈Demonslayer.com.au" (Tweet). Dicapai pada March 21, 2019 – melalui Twitter.
- ^ Rafael Antonio Pineda (July 4, 2019). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime to Air With English Dub on Toonami". Anime News Network. Dicapai pada July 5, 2019.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (February 2, 2017). "Japanese Bookstores Recommend 15 Top Manga for 2017". Anime News Network. Dicapai pada May 27, 2018.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (December 8, 2017). "Kono Manga ga Sugoi! Reveals 2018's Series Ranking for Male Readers". Anime News Network. Dicapai pada May 27, 2018.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (June 9, 2018). "Roundup of Newly Revealed Print Counts for Manga, Light Novel Series (May-June 2018)". Anime News Network. Dicapai pada June 9, 2018.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman web manga rasmi (Jepun)
- Laman web manga rasmi bahasa Inggeris (Inggeris)
- Laman web anime rasmi (Jepun)
- Laman web anime rasmi bahasa Inggeris
- Kimetsu no Yaiba (manga) di Ensiklopedia Anime News Network
Templat:Ufotable Templat:Toonami-anime
![]() | Rencana berkaitan anime dan manga ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- Ralat CS1: dates
- Anime and manga articles with redundant infobox parameters
- Wikipedia requested images of anime and manga
- Anime and manga articles using obsolete and incorrect infobox parameters
- Siri manga
- Manga 2016
- Siri televisyen anime 2019
- Tunas anime dan manga
- Anime dan manga pengembaraan
- Siri anime berdasarkan manga
- Aniplex
- Anime dan manga fantasi gelap
- Balas dendam dalam anime dan manga
- Manga shōnen
- Manga Shueisha
- Toonami
- Ufotable
- Manga Viz Media