King Charles spaniel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
King Charles spaniel
Seekor anjing kecil hitam dan perang dengan telinga panjang duduk dan memandang ke atas. Ia mempunyai muncung gabuk pendek.
Nama lainSpaniel mainan Inggeris
Spaniel mainan
Charlies
Prince Charles spaniel
Ruby spaniel
Blenheim spaniel
Negara asalEngland
Trait
Berat 8–14 lb (3.6–6.4 kg)
Tinggi 9–11 in (23–28 cm)
Warna King Charles – hitam dan sawo matang
Prince Charles – putih dengan tompok hitam dan sawo matang
Blenheim – putih dengan tompok merah
Ruby – merah
Jangka hayat 10–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

King Charles spaniel atau spaniel mainan Inggeris (bahasa Inggeris: English toy spaniel) ialah satu baka anjing jenis spaniel. Pada 1903, The Kennel Club menggabungkan empat baka spaniel mainan berlainan atas satu judul tunggal ini. Keragaman lain yang bercantum menjadi baka ini ialah blenheim spaniel, ruby spaniel dan Prince Charles spaniel, setiap satu menyumbangkan salah satu daripada empat warna tersedia pada baka ini.

Disangkakan berasal dari Timur Jauh, spaniel mainan pertama kali dilihat di Eropah pada abad ke-16. Ia dimasyhurkan dengan hubung kaitnya dengan Raja Charles II dari England (1630–1685) dan berkaitan dengan kerabat diraja Inggeris sejak masa Ratu Mary I (1516–1558). Anggota baka ini pernah dimiliki oleh Duchess Agung Anastasia Nikolaevna dari Rusia, Ratu Victoria dan Ratu Elizabeth II.

King Charles spaniel dan jenis spaniel mainan lain dibiakbakakan bersilang dengan pug pada awal abad ke-19 untuk mengurangkan saiz hidungnya, mengikuti gaya zaman itu. Pada abad ke-20 terdapat usaha untuk memulihkan jurai keturunan King Charles spaniel kepada baka zaman Charles II. Ini termasuk spaniel pemukat mainan yang tidak berjaya dan cavalier King Charles spaniel yang kini popular. Cavalier King Charles spaniel agak lebih besar, dengan kepala rata dan hidung lebih panjang, sementara King Charles spaniel adalah lebih kecil, dengan kepala kubah dan muka rata.

Dahulu baka yang bergabung dengan King Charles spaniel digunakan untuk perburuan; kerana tingginya ia tidak sesuai. Ia menyimpan naluri perburuannya, tetapi tidak menunjukkan tenaga tinggi dan lebih sesuai menjadi anjing riba. Baka moden ini terdedah kepada beberapa masalah kesihatan, termasuk keadaan jantung dan pelbagai isu mata.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tertentu
Umum
  • Brown, Thomas (1829). Biographical Sketches and Authentic Anecdotes of Dogs. Edinburgh, United Kingdom: Oliver and Boyd.
  • Coile, D. Caroline (2008). Cavalier King Charles Spaniels (ed. 2). Hauppauge, New York: Barron's Educational Series. ISBN 978-0-7641-3771-6.
  • Diehl, John E. (1899). Toy Dogs. Philadelphia: The Associated Fanciers.
  • Lytton, Mrs. Neville (1911). Toy Dogs and Their Ancestors. New York, New York: D Appleton and Company.
  • Moffat, Norma (2006). Cavalier King Charles Spaniel: Your Happy Healthy Pet (ed. 2). Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons. ISBN 0-471-74823-4.
  • Palika, Liz (2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties. Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons. ISBN 978-0-470-00921-5.
  • Shaw, Vero Kemball (1881). The Illustrated Book of the Dog. London, United Kingdom; New York, New York: Cassell, Petter, Galpin & Co.
  • Walsh, John Henry (1876). British Rural Sports. London: Saville, Edwards and Co.
  • Youatt, William (1852) [1845]. The Dog. Philadelphia, Pennsylvania: Blanchard and Lea.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]