Kingsman: The Golden Circle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kingsman: The Golden Circle
PengarahMatthew Vaughn
Penerbit
  • Matthew Vaughn
  • David Reid
  • Adam Bohling
Penulis
BerdasarkanKingsman oleh
Mark Millar
Dave Gibbons
Dibintangi oleh
Muzik oleh
SinematografiGeorge Richmond
Disunting olehEddie Hamilton
Syarikat
penerbitan
Pengedar20th Century Fox
Mula ditayangkan
18 September 2017 (2017-09-18)(London)
20 September 2017 (UK)
22 September 2017 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
141 minutes[1]
Negara
  • United Kingdom
  • United States
BahasaBahasa Inggeris
Perbelanjaan$104 juta[2]
Pecah panggung$410.9 juta[3]

Kingsman: The Golden Circle adalah sebuah filem aksi, komedi dan perisik pada tahun 2017 yang diarahkan oleh Matthew Vaughn dan ditulis oleh Vaughn dan Jane Goldman. Ia adalah sekuel kepada Kingsman: The Secret Service (2014) berdasarkan kepada siri buku komik Kingsman, dicipta oleh Dave Gibbons dan Mark Millar. Filem ini menampilkan Colin Firth, Taron Egerton, Mark Strong, Edward Holcroft, Hanna Alström, dan Sophie Cookson meraikan peranan mereka dari filem pertama dengan Julianne Moore, Halle Berry, Pedro Pascal, Elton John, Channing Tatum, dan Jeff Bridges. Filem ini mengisahkan anggota Kingsman, England yang terselamat mula bekerjasama dengan Statesman, rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, selepas markas utama Kingsman di England dimusnahkan oleh sebuah organisasi jenayah yang dikenali sebagai The Golden Circle.

Kingsman: The Golden Circle mula ditayangkan di London pada 18 September 2017 dan dan dikeluarkan secara rasminya di United Kingdom pada 20 September 2017 dalam 3D dan 2D serta di Amerika Syarikat pada 22 September 2017 di IMAX. Ia mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak $410 juta di seluruh dunia berbanding bajet filem yang bernilai $104 juta.

Plot[sunting | sunting sumber]

Satu tahun selepas menyelesaikan kes pengganas Richmond Valentine, Eggsy Unwin telah secara rasmi menyertai Kingsman, dilantik sebagai Galahad, menggantikan mentornya Harry Hart, selepas disahkan hilang akal dan buta sebelah mata akibat ditembak oleh Valentine. Dengan rasminya, dia menjalinkan hubungan cinta bersama Tilde, Puteri Mahkota Sweden. Suatu hari, ketika dalam perjalanan pulang dari kedai jahit / markas Kingsman, dia telah diserang oleh Charlie Hesketh, bekas pelatih Kingsman yang kehilangan lengan kanannya (tetapi secara tidak sengaja diselamatkan oleh Eggsy) semasa kejadian Valentine. Eggsy berjaya menumpaskan Charlie tetapi lengan cyborgnya, yang terputus masih berfungsi dan menyelinap ke dalam server sistem Kingsman yang berada di dalam kereta yang dipandu Eggsy. Dengan maklumat yang diperoleh, Poppy Adams, seorang pemimpin kartel dadah sintetik terbesar di dunia, Golden Circle, dapat mengesan semua gerak geri ejen Kingsman. Salah seorang rakan lelaki Eggsy secara tidak sengaja telah memasuki bilik peribadi Eggsy dan secara tidak sengaja telah membuka peralatan-peralatan senjata rahsia Kingsman. Ketika itu, Eggsy berada di Sweden untuk menghadiri undangan makan malam bersama keluarga Tilde. Akibat dari tindakan tidak sengaja rakannya itu, Poppy secara jaraaka jauh telah melancarkan beberapa serangan peluru berpandu yang menghancurkan selurih ibu pejabat Kingsman, British di England dan membunuh semua ejen di sana. Hanya Eggsy dan Merlin sahaja yang terselamat dari bencana tersebut.

Eggsy dan Merlin terus mengaktifkan protokol doomsday kecemasan yang meminta bantuan dari sebuah lagi organisasi sejawatnya yang dikenali sebagai Statesman, rakan sejawat Kingsman dari Amerika Syarikat. Secara asasnya Statesmean menjalankan perniagaan penghasilan dan penjualan arak wiski bourbon yang berpusat di Kentucky. Di sana, mereka mendapati bahawa Harry telah diselamatkan oleh ejen Statesman juga dibantu dengan teknologi perubatannya tetapi mempunyai kewarasan Harry tidak dapat disembuhkan. Dia disahkan menghidap amnesia, yang hanya boleh disembuhkan dengan dia perlu mengenangkan kembali peristiwa lepas. Ketua pengarahnya di sana, Champagne menawarkan sokongan organisasi untuk membantu melumpuhkan organisasi Golden Circle. Untuk misi kali ini, Champ mengarahkan Ginger Ale akan membantu Merlin untuk memulihkan amnesia Harry manakala Tequila akan membantu Eggsy dari segi misi taktikal, tetapi selepas beberapa hari Tequila telah dijangkiti ruam biru yang tumbuh diseluruh tubuhnya dan menunjukkan tanda-tanda seperti sedang koma. Tempatnya telah digantikan dengan seorang ejen lain, yang dikenali sebagai Whisky, sebagai rakan kongsi Eggsy, Whisky telah memberikan sebuah alat oeranti pengesan penjejakan untuk ditanam ke dalam tubuh bekas kekasih Charlie, Clara Von Gluckfberg pertemuan di sebuah konsert Glastonbury. Alat tersebut telah ditanam olehs Eggsy sewaktu melakukan seks oral bersama. Sebelum Eggsy melakukannya, dia telah memberitahu kepada Tilde yang membuatkan dia telah cemburu dan hubungan mereka mulai menjadi tegang.

Merlin dan Ginger Ale gagal memulihkan ingatan Harry, sebaliknya Eggsy yang berjaya memulihkannya dengan mengancam untuk menembak seekor anjing Cairn Terrier yang menyerupai anjing kesayangan Harry Mr. Pickle, menyebabkan Harry mula teringat akan pistol yang dilengkapi dengan peluru kosong untuk latihan pemilihan ejen Kingsman beberapa puluh tahun yang lalu. Kini Eggsy dan Whisky telah berjaya untuk merekrut Harry bagi menyelamatkan misi tersebut. Selang beberapa hari kemudian, Poppy menyiarkan pesan melalui media elektronik telah mengumumkan bahawa toksin yang ada pada dadah sintetik buatannya akan menyebabkan setiap penggunanya mengalami gejala seperti Tequila, sebelum koma akibat kelumpuhan sistem saraf dan akhirnya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Dia juga menawarkan sumber penawar kepada dunia jika Presiden Amerika Syarikat akan menamatkan perang ke atas dadah dan memberikan kekebalan kartelnya dari sebarang pendakwaan undang-undang. Presiden secara umum berunding, tetapi secara rahsia memutuskan untuk membiarkan semua orang yang dijangkiti untuk mati tanpa di rawat. Tujuannya adalah mengurangkan penagih dadah yang ada di Amerika Syarikat yang membuatkan suatu hari nanti Poppy akan berputus asa dengan tindakan bodohnya ini.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]