Kini Aku Sendiri (Album 1981)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kini Aku Sendiri
Album studio oleh
Dilancarkan pada1981 (1981)
Dirakamkan pada1980
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatLife Records (Hup Hup Music)
PenerbitBen Teoh Suprianto
Kronologi Rahim Maarof
"Kini Aku Sendiri"
(1981)
"Jangan Marah Marah"
(1981)
Single daripada Kini Aku Sendiri
  1. "Kini Aku Sendiri"
    Dikeluarkan: 13 Januari 1981 (1981-01-13)
  2. "Hanya Dalam Mimpi"
    Dikeluarkan: 21 Mac 1981 (1981-03-21)
  3. "Mengenangmu"
    Dikeluarkan: 19 Mei 1981 (1981-05-19)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kini Aku Sendiri adalah sebuah album pop yang diterbitkan pada tahun 1981 serta merupakan album studio sulung penyanyi Rahim Maarof. Album ini diterbitkan oleh penerbit terkenal Indonesia, Ben Suprianto dan diedarkan oleh Hup Hup Music (Life Records). Album ini menyaksikan pertama kali Rahim yang muncul dengan rakaman album setelah berpengalaman menyanyi di kelab-kelab dan mengganggotai beberapa kumpulan muzik di era pertegahan tahun 70an.

Album ini meluncurkan sebuah lagu saduran yang lirik nya pertama kali di tulis oleh beliau sendiri. Lagu "Kini Aku Sendiri" (lagu asal oleh Leo Sayer berjudul "More Than I Can Say"). Hala tuju muzik Rahim ketika ini berlandaskan pop kerana muzik rock yang diminatinya masih asing kepada pasaran muzik Melayu. Muzik free pop dan retro pop menjadi pilihan penerbit nya ketika ini. Komposer yang menyumbangkan lagu dalam album ini ialah M. Osman, Osman Ghani dan J.Risma serta Rahim dan Ben sendiri. Single seterusnya seperti "Hanya Dalam Mimpi" dan "Mengenang Mu" juga popular sekaligus meletakkan nama Rahim ketika itu sebagai artis baru popular. Album ini juga menyaksikan Rahim merakamkan dua lagu berentak moderate tradisional iaitu lagu "Senja Di Pekan" dan rakaman semula lagu "Dendang Patah Hati"M. Osman dan lagu "Mengenang Mu" mendapat banyak perhatian.

Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

Muka Satu
No.TajukKomposerMasa
1."Kini Aku Sendiri" (Saduran) Leo Sayer / Rahim Maarof
2."Geli Hati"J. Risma
3."Khalayan Senja"O. Ghani
4."Hanya Dalam Mimpi"O. Ghani
5."Senja Di Pekan"O. Ghani
6."Rintihan Anak"J. Risma
Muka Dua
No.TajukKomposerMasa
1."Dendang Patah Hati"M. Osman
2."Apa Salahku?"O. Ghani
3."Mengenang Mu"O. Ghani / Rahim Maarof / Ben Suprianto
4."Aku Ke Kota"J. Risma
5."Cinta"J. Risma
6."Yati Penggoda"Ben Suprianto


Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Album ini dilaporkan terjual lebih 50,000 unit dan diulang cetak dalam bentuk piring hitam beberapa kali. Pada tahun 2012, album ini dikeluarkan semula secara berkembar dengan album kedua Rahim dengan judul "Revival 80'an".