Pergi ke kandungan

Kinosternon acutum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kinosternon acutum
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Keluarga: Kinosternidae
Genus: Kinosternon
Spesies:
K. acutum
Nama binomial
Kinosternon acutum
Gray, 1831
Sinonim[2]
  • Kinosternon scorpioides var. acuta Gray, 1831
  • Cinosternum berendtianum Cope, 1865
  • Cinosternon berendtianum Troschel, 1866
  • Cinosternon effeldtii Peters, 1873
  • Cinosternum effeldtii Günther, 1885
  • Cinosternum effeldti Gadow, 1905 (ex errore)
  • Kinosternon berendtianum Mertens, Müller & Rust, 1934
  • Kinosternon acutum Stejneger, 1941
  • Kinosternon berentianum Duellman, 1965 (ex errore)

Kura-kura Tabasco (kinosternon acutum), juga dikenali sebagai pochitoque di Tabasco, Mexico, ialah sejenis kura-kura kecil dari keluarga Kinosternidae. Haiwan ini boleh dijumpai di tengah Veracruz, Tabasco, utara Guatemala dan Belize. Kura-kura ini tinggal di sungai, paya dan tasik. Haiwan ini juga bersifat maging dan nokturnal. Taburan rayapnya tidaklah luas, namun ia mudah dijumpai.[3] Di Tabasco kura-kura ini menjadi ikon dalam budaya masyarakat (Lagu & Tarian “Pochitoque Jahuactero”), serta dijadikan hidangan istimewa mereka walaupun statusnya yang semakin terancam.

Pochitoque dalam budaya Masyarakat Tabasco

[sunting | sunting sumber]

Di selatan Mexico, kura-kura ini dan kura-kura dari spesies (jicotea dan mojina Diarkibkan 2013-07-02 di Wayback Machine) dijadikan santapan istimewa sejak zaman Chontal. Haiwan ini dipanggang, dibuat sup hijau dan dimakan bersama nasi. Hidangan ini digelar "pochitoque en verde".

Pochitoque ialah karakter utama dalam lagenda Masyarakat Chontal. Dikatakan jika ada buaya yang memakan haiwan ini, maka haiwan ini akan makan buaya itu dari dalam badannya secara perlahan-lahan sehinggalah selamat keluar dari perutnya.[4]

Sesetengah penyair atau artis dari Tabasco menggunakan Pochitoque sebagai inspirasi dalam puisi dan lagu-lagu mereka, sehingga wujud tarian Pochitoque. Lagu “Pochitoque Jahuactero” yang dinyanyikan oleh artis dari Tabasco, menceritakan Pochitoque yang perlu berhati-hati ketika keluar untuk naik ke darat.

Status pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini dianggap terancam akibat diburu untuk dijadikan makanan oleh masyarakat tempatan.[3] Aktiviti memburu dan makan haiwan ini berterusan, biarpun ianya dilarang. Pochitoque juga menjadi satu isu antarabangsa akibat penyeludupan. Contohnya pada tahun 2012, seorang warga Rusia dikejutkan dengan kes melibatkan 322 pochitoque.[5] Menurut Norma Oficial Mexicana (NOM059 ECOL 2001), haiwan ini diletakkan dalam status spesies yang dilindungi.[3] Pelbagai organisasi diwujudkan untuk melindungi spesies ini bagi tujuan pemuliharaan.[6] Sesetengah komuniti di beberapa daerah Mexico berusaha membina kawasan pembiakan haiwan bertujuan untuk menambahkan lagi bilangan mereka.[6]

  1. ^ IUCN Redlist.org
  2. ^ Uwe, Fritz; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 250. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012.
  3. ^ a b c Iverson, John B. (2011-12-31). "Tabasco Mud Turtle, Montera, Chechagua de Monte" (PDF). www.chelonianreasearchfoudation.org. Chelonian Research Foundation. Dicapai pada December 5, 2016.
  4. ^ Saba, Samir (March 10, 2009). "Pochitoque, las cosas de la naturaleza". samirsaba.wordpress.com. Dicapai pada December 7, 2016.
  5. ^ Sepulveda, Pablo (June 30, 2013). "Jicotea y pochitoque: tortugas amenazadas que se van al plato". www.unionyucatan.mx. Union Yucatan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-02. Dicapai pada December 7, 2016.
  6. ^ a b Redaccion (December 1, 2013). "Prevalece caza furtiva y venta ilegal de tortugas en Tabasco". www.sinembargo.mx. Sin Embargo. Dicapai pada December 7, 2016.

Templat:Kinosternidae