Pergi ke kandungan

Kiranya Ku Tahu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kiranya Aku Tahu
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehNawal Ismail
PengarahEirma Fatima
Dibintangi oleh
Rosyam Nor
Haliza Misbun
Betty Banafe
Lagu pembukaan"Setiaku Korbankan" oleh Fauziah Latiff
Lagu penutup"Setiaku Korbankan" oleh Fauziah Latiff
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Din
PenerbitIda Rahayu Md Noor
Syarikat penerbitan
Eurofine Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal2001

Kiranya Ku Tahu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2001 arahan Eirma Fatima, dibintangi oleh Rosyam NorHaliza Misbun, dan Betty Banafe. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Identiti, TV3. .[1]

Azim seorang anak yang sangat taat pada ibunya Saniah (Azizah Mahzan) dan disayangi oleh orang kampung & bapa saudara dan ibu saudara (Ismail Din, Katrina Aziz) serta kekasihnya Suraya (Haliza Misbun) . Suatu ketika dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam jurusan perniagaan .Azim dikejutkan dengan pemergian ibunya akibat patukan ular ketika sedang menoreh getah bersama abangnya (bapa saudara Azim), walaupun kehilangan ibunya namun Azim tetap menunaikan impian arwah ibunya kemudian berlepas ke London.

Apabila berada di sana, kehidupan Azim berubah daripada seorang taat kepada kejutan budaya hingga abaikan pelajaran seketika dan melupakan Suraya yang di saat menunggu kepulangan beliau tetapi jodoh Suraya dengan Azim berakhir apabila dijodohkan dengan Basri seorang anak kepada kawan ibu bapa Suraya dan akur. Selepas Azim tamat pengajian beliau bekerja dengan sebuah syarikat perladangan teh yang berpejabat di Sri Lanka dan dari situ berjumpa Marry Anne (Betty Benafe) seorang kaki arak dan judi namun Azim tidak kisah latar belakang beliau dan gagal membimbing hal agama walaupun Anne sudah memeluk Islam. Azim dan Anne tinggal di Cameron Highlands bersama pekerja estet namun perangai Anne semakin teruk selepas kematian anaknya akibat kelalaian Azim dan dirinya akhirnya meninggal dunia selepas dikejar oleh Azim dan bapa saudara manakala Azim menyesal atas kesalahan lampau dan berpindah di sebuah kampung untuk mengusahakan sebuah perniagaan.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Eurofine pernah buang 90 pekerja". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-17. Dicapai pada 2018-01-17.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]