Kiri Te Kanawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:K1 full.jpg
Kiri Te Kanawa

Kiri Janette Te Kanawa IPA: [kʰiɾi tʰe kʰanʌwʌ] DBE, atau lebih dikenali sebagai Kiri Te Kanawa, (lahir Mac 6, 1944) ialah seorang penyanyi soprano opera berasal dari New Zealand . Pada tahun 1981, beliau diberi penghormatan dan ditonton oleh lebih dari 600 juta penonton secara langsung dari seluruh dunia apabila beliau diundang untuk menyanyikan lagu gubahan penggubah George Frideric Handel berjudul "Let the Bright Seraphim" pada hari perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana.

Te Kanawa dilahirkan di Gisborne, di bahagian utara kepulauan New Zealand. Beliau adalah dari kacukan kaum Māori dan Eropah. Tidak banyak diketahui menganai sejarah keluarga beliau kerana beliau diambil sebagai anak angkat semanjak kecil lagi. Ibu angkat Te Kanawa adalah dari bangsa Irish manakala bapa angkat beliau adalah seorang Māori.

Te Kanawa mula menyanyi dari usia remaja lagi dan pada awal 20an dan kemudiannya menjadi bintang pop terkenal New Zealand dan juga kerap menyanyi di kelab-kelab di New Zealand.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Verdi and Puccini Arias (1982) – dua aria penggubah Puccini dari album ini, "O mio babbino caro" (Gianni Schicchi) dan "Chi bel sogno di Doretta" (La rondine) digunakan dalam filem A Room with a View
  • Christmas with Kiri (1984).
  • Handel: Messiah (1984) – rakaman penuh dipimpin oleh konduktor muzik, Sir Georg Solti bersama Chicago Symphony Orchestra.
  • Ave Maria (1984) – koleksi lagu-lagu keagamaan bersama English Chamber Orchestra dan Choir of St. Paul's Cathedral, London.
  • South Pacific (1986) rakaman studio bersama Mandy Patinkin, José Carreras dan Sarah Vaughan.
  • Kiri Sings Gershwin (1987) – koleksi lagu-lagu George Gershwin bersama New Princess Theater Orchestra, di bawah baton konduktor muzik John McGlinn.
  • Portrait of Kiri Te Kanawa (1990).
  • Mozart: Die Zauberflõte (1990) – rakaman penuh opera bersama Sir Neville Marriner dan Academy of St. Martin.
  • Kiri Sidetracks (1992).
  • Great Mass in C Minor (ketua korus: Laszlo Heltay), 1994 Philips.
  • French Songs and Arias (1997).
  • Maori Songs (1999).
  • Kiri - The Best Of (2001).
  • The Very Best Of Kiri Te Kanawa (2003).
  • Kiri Sings Karl (2006) – disusun dan dipimpin oleh konduktor muzik Karl Jenkins.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]